Turunkan Berat Badan Dengan Shaklee

cinch shaklee

Cinch Shake Mix Shaklee merupakan makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.

Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Untuk mereka yang mahu menguruskan badan, dan membuang lemak yang berlebihan dalam badan. Jom amalkan pengambilan produk ini untuk menjadikan badan anda lebih ramping dan langsing, lebih bertenaga, lebih berkeyakinan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Produk tersebut adalah:

  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Tea Mix
  • Lectihin

 

Untuk memantopkan lagi, anda juga boleh menambah OmegaGuard Shaklee. OmegaGuard ini akan memastikan semua lemak-lemak lama yang sudah lama tersimpan di dalam badan anta dinyahkan dengan cara yang betul.

Walau bagaimanapun, anda haru ingat ya….Ibu-ibu yang menyusukan anak,tidak sesuai ambil Cinch nih, Ini adalah kerana Cinch Shake Mix tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Antara alternatif untuk ibu yang menyusukan bayi tetapi ingin menurunkan berat badan dengan Shaklee, Ibu-ibu boleh mengambil Energizing Soy Protein dan Lecithin.

Istimewanya Shaklee kerana anda boleh memilih mengikut keperluan dan budget. Tak perlu nak berhabis semua benda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Malah, jika anda mahu menjalankan ‘diet’ dengan cara mengurangkan pengambilan makanan (terutama kalori dan lemak), anda boleh dengan hanya mengambil Vitalea (multivitamin dan mineral) sebagai menyokong keperluan nutrisi harian.

Walau bagaimanapun, anda haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan… misalnya menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing