Tips Sembuhkan Luka Pembedahan Cesarean Dengan Cepat

Sudah tentu para ibu amat menunggu saat-saat melahirkan cahaya mata setelah sekian lama si anak “berada” di dalam perut. Semestinya satu pengalaman yang amat bermakna bagi seorang ibu kan.

Perasaan tidak sabar untuk menatap wajah sekecil. Alhamdulillah.

Proses berpantang iaitu suatu keadaan yang perlu di lalui oleh setiap ibu yang baru lepas bersalin adalah agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan atau cesarean(C-sect).

Para ibu memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan luka betul-betul pulih berbanding dengan luka bersalin normal. Normal atau cesarean tak penting. Yang penting semuanya selamat. Bettul tak?

Jejom kita teruskan pembacaan untuk mempercepatkan proses pemulihan supaya kita boleh cepat sembuh dan menghabiskan masa dengan bayi yang memerlukan sepenuh perhatian dari ibunya.

1. Berehat

Bersalin secara Cesarean dikategorikan sebagai pembedahan major.Ia sama seperti mana-mana pembedahan major yang lain. Tubuh kita memerlukan masa untuk pulih kembali. Biasanya ibu akan ditahan di wad selama 3 ke 4 hari selepas pembedahan. Si ibu akan di tahan lebih lama lagi jika ada komplikasi.

Berikanlah masa sehingga 6 minggu kepada badan kita untuk kembali pulih sebelum melakukan rutin harian yang biasa.

Your-Savvy-Baby_0

Mesti kita sering mendengar nasihat dari orang tua untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kan. Walaupun sebenarnya agak sukar untuk kita nak dapatkan rehat yang mencukupi, tetapi kita boleh mengambil peluang berehat ketikan bayi kita sedang tidur. Cuba tidur bila-bila masa sahaja bayi kita tidur. Ini amat membantu.

Kalau ada tetamu yang datang ziarah, rasanya mereka pun tentu akan faham yang para ibu yang baru bersalin amat memerlukan rehat yang mencukupi.Tak perlu bersusah payah melayan tetamu jika kita rasa tidak larat. Berehatlah sahaja di katil. Mereka tentu akan faham dengan situasi kita k.

Ha, satu lagi keistimewaan ibu yang baru bersalin nih, boleh lah minta bantuan dari suami atau keluarga sekiranya ingin menukar lampin atau membuang air.

Dah tentunya kita akan mendapat layanan yang baik di sepanjang tempuh berpantang nih.

2. Manjakan Diri

Para ibu yang baru bersalin secara pembedahan perlu lebih berhati-hati bila melakukan sebarang pergerakan. Elakkan dari naik dan turun tangga selagi boleh. Letakkan barang keperluan berhampiran dengan kita supaya kita tak perlu bangun dan bergerak dengan kerap.

Ingat!! Jangan sesekali angkat sesuatu yang lebih berat dari bayi kita. Mintalah bantuan dari pasangan atau keluarga untuk melakukannya. Setiap kali bersin dan batuk, pastikan kita memegang perut untuk melindungi kawasan luka pembedahan.

Kita perlu tunggu biasanya sehingga minggu ke lapan (2 bulan) untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Rujuklah doktor jika anda rasa sudah boleh kembali bekerja, memandu dan sebagainya.

relax

Satu lagi mintak bersabarlah dari melakukan hubungan seks sehingga doktor memberikan lampu hijau buat anda dan pasangan.

Ibu juga perlu elakkan senaman berat tetapi senaman dengan berjalan perlahan-lahan sangat digalakkan secara kerap. Gerakan ini akan membantu tubuh untuk pulih, mencegah sembelit dan darah beku.

Ibu-ibu juga perlu mengawal emosi taw, begitu juga dengan fizikal. Jangan dilupa kesihatan emosi perlu stabil. Ibu perlu beradaptasi dengan kehidupan selepas bersalin terutamanya dalam tempoh berpantang.

Menjaga bayi memang akan mudah berasa letih, sedih dan kadangkala terlalu sensitif dengan orang sekeliling. Berkongsilah dengan pasangan atau ahli keluarga jika perlu. Luahkan emosi untuk ketenangan minda.

Jangan tension-tension sangat k.

3. Berhati-hati Dan Tahu Bila Masa Untuk Hubungi Doktor

Doctors-Advice-for-Worships

Kita mungkin akan berasa tidak selesa dan sedikit pedih di tempat luka. Mungkin juga akan terjadi pendarahan dan lelehan di kawasan itu sehingga 6 minggu. Itu adalah normal. Anda tak perlu gusar.

Begitu pun, sekiranya terdapat gejala-gejala berikut, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor kerana mungkin berlakunya jangkitan kuman:

  • Kemerah-merahan
  • Bengkak atau nanah meleleh dari luka
  • Rasa sakit di sekitar kawasan luka
  • Demam yang lebih daripada 100.4 darjah Fahrenheit atau 38 darjah Celcius
  • Bau faraj yang kuat dan tidak menyenangkan
  • Pendarahan yang banyak keluar dari faraj
  • Kaki kemerah-merahan atau bengkak-bengkak
  • Mengalami kesukaran bernafas
  • Rasa sakit dada
  • Rasa sakit di bahagian payudara

Sila hubungi doktor jika anda berasa sedih dan mood tak menentu terutamanya jika mempunyai pemikiran untuk mencederakan bayi. Itu adalah sindrom kemurungan/meroyan (pos-partum depression). Jika anda biarkan situasi ini, di kuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku.

4. Pemakanan Yang Baik

Healthy-Food-PNG-File

Pemakanan yang baik adalah rahsia kepada kesihatan yang baik. Sama sahaja pentingnya untuk menjaga pemakanan semasa pantang dan semasa tempoh kita hamil.

Kajian menunjukkan bahawa makan sayur-sayuran semasa menyusu akan memberikan rasa (flavour) dalam susu ibu. Ini akan meningkatkan keseronokan untuk bayi dan meningkatkan jumlah penyusuan susu ibu oleh anak.

Kita juga perlu minum banyak air. Ibu berpantang memerlukan cecair tambahan untuk meningkatkan bekalan susu badan dan untuk mengelakkan sembelit.

5. Pengambilan Multivitamin Untuk Segera Sembuhkan Luka

Anda juga disarankan untuk mengambil diet yang kaya dengan zink dan zat besi untuk memulihkan luka pembedahan dengan cepat. Untunglah di zaman kita sekarang ini, pengambilan multivatimin amat membantu.

Pengambilan Set Berpantang Shaklee sangat membantu saya dan ramai lagi ibu diluar sana. Vitamin seperti Vitalea yang kaya dengan Zat besi amat perlu memandangkan kita banyak kehilangan darah ketika bersalin. Begitu juga dengan Zinc Shaklee yang amat berkesan menyembuhkan luka pembedahan dengan lebih cepat.

Pengalaman seorang pengguna  Shaklee, Luka Ceaser Sembuh Dalam Seminggu Selepas Pengambilan Vivix Shaklee

 

Di bawah ini pula perkongsian seorang penggunal Set Kesuburan Shaklee, Penantian selama 6 tahun membuahkan hasil.

Alhamdulillah! berkat mengamalkan Set Kesuburan Shaklee, kini cahayamata beliau sudah ada 2 orang.

Kedua-duanya dilahirkan dengan kaedah ceaseran. Memerlukan untuk beliau berpantang rapi untuk benar-benar sembuh.

Kisahnya untuk kelahiran yang kedua, bekalan Zinc dan Vivix agak lambat sampai. Selepas seminggu lebih luka masih belum kering.

Beliau di sarankan untuk naikkan dos zinc dan ambil Vivix Shaklee supaya luka cepat sembuh dan kering. Dengan izin Allah, dalam masa seminggu selepas konsisten mengamalkan Vivix dan Zinc ini luka telah pun kering. Beliau nih mengamalkan Set Berpantang Shaklee.

Lagi bestnya, menurut kakak ni, dia dapat berpantang seperti orang bersalin normal. Bergerak aktif, badan rasa cergas, ringan dan dapat menguruskan 2 orang anaknya sendiri.

rohie3

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing