Tips Perkahwinan: MJengekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

love

Setiap pasangan yang baru berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin pasti menginginkan kemanisan dan kebahagian yang dikecapi pada awal perkahwinan berpanjangan selama-lamanya dalam rumahtangga yang dibina. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amatlah penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga berkekalan.

Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan tips berikut:

 love-doa

  1. Sentiasa berdoa dan meminta kepada Yang Maha Esa untuk mengekalkan kebagian yang kita kecapi.
  2. Sentiasa ingat kewujudan pasangan anda. Jangan putuskan sesuatu keputusan tanpa merujuk pada pasangan anda.
  3. Apa sahaja yang anda lakukan, pasangan anda perlu tahu kerana dia memang berhak tahu.
  4. Cincin perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
  5. Apabila anda diminta dibuat sesuatu, elakkan sikap lambat-lambatkannya sebaliknya lakukan dengan serta merta dengan ikhlas dan tanpa banyak komen
  6. Perubahan – Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
  7. Walaupun perempuan terkenal dengan sikap yang suka merajuk dan 1001 perangai, elakkan untuk biarkan suami berkecil hati atau merajuk/marah terlalu lama. Cepat-cepatlah memujuk. Letakkan jauh ego anda, demi dapatkan keluarga bahagia
  8. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda . Ambil masa untuk luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Komunikasi akan membuatkan anda dan pasangan anda menjadi lebih faham antara satu sama lain.

????????????????????????????????????????????????????????????????

9. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

10. Berikan Perhatian yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

love-ilu

11.Ucapkanlah kata sayang dan romantic mesra anda kepada suami anda setiap hari. Amalkan untuk akhiri perbualan atau mesej anda dengan ucapan kata sayang

12.Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada pasangan anda seperti penampilannya, wajah, rambut, dan sebagainya

13. Sentiasa dalam keadaan kemas, wangi dan cantik meskipun hanya berada di dalam rumah. Elakkan diri berbau, kusut masai kerana beringat bahawa mereka suka perempuan yang kemas dan cantik sentiasa

14. Curi masa untuk berjemaah bersama suami anda. Mungkin semasa hujung minggu kerana dengan jadikannya amalan harian untuk merapatkan lagi hubungan anda dan suami .

15. Walaupun anda juga penat seharian bekerja, curi juga masa anda untuk belai suami anda selepas mereka pulang dari kerja. Urutlah badan mereka, hidangkan air untuknya semoga segala penat lelah seharian bekerja mereka hilang dibelai anda.

16. Sentiasa senyum dan bermuka manis di hadapan pasangan masing-masing

17. Ringankan mulut untuk berpesan kepada suami. Atau erti kata lain untuk saling ingat-mengingati

18.Walaupun anda bukan seorang pakar memasak, tetapi cuba untuk belajar memasak masakan kegemaran pasangan anda.

19.Tanamkan keprihatinan di dalam diri anda. Latih diri anda untuk bertanya tentang pasangan anda, bagaimana harinya dan sebagainya

20. Belajar lakukan sesuatu di luar jangkaan. Seperti kejutan mesra dengan tinggalkan note sebelum anda ke kerja untuk pasangan anda baca nanti.

21.Sentiasa bersikap romantik terhadap pasangan anda.

love-couple-talking-saidaonline

22. Akur kepada suami. Jangan sesekali melawan. Jika ada yang menganggu fikiran anda, cuba untuk berbincang dan luahkan pendapat anda dengan nada yang tenang supaya tiada ketegangan berlaku

23. Sekali sekala ajaklah pasangan anda keluar dan berdua-duaan seperti zaman anda bercinta dahulu. Anda boleh ajak pasangan anda menonton wayang, kerkaraoke atau pun cukup sekadar bajalan-jalan di shopping complex atau pun di taman-taman.

24. Beri ruang untuk pasangan berehat setelah berpenat lelah bekerja seharian atau pun melayan kerenah anak-anak.

25. Pastikan kesihatan pasangan anda berada di tahap yang baik dengan membekalkan supplement/makanan tambahan yang sesuai.

 

Haa… itu lah antara tips yang boleh Roe kongsikan dengan pembaca tersayang dalam membantu anda untuk mengekalkan keharmonian rumah tanggamemikat suami. Ingatlah bahawa syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Meskipun mahligai anda dilanda badai, cuba untuk selesaikannya dengan tenang. Jangan tergesa-gesa bimbang kelak, pilihan anda membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan.

 

Suami cinta, rumahtangga bahagia!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing