TIPS Penggalak Kehamilan & Makanan Tambahan yang Disarankan

Setiap wanita mesti mempunyai keinginan untuk hamilan dan melahirkan zuriat. Ia adalah waktu dan saat yang paling berharga buat seorang wanita.Kehamilan & Melahirkan adalah tanda pusingan sebagai seorang wanita yang mana ia adalah kelengkapan kehidupan seorang wanita.

Kehamilan & Kelahiran

Kehamilan & Kelahiran

Pun begitu,tak semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Harus diingat, kita sebagai kaun Hawa, JANGAN mudah berfikir untuk mengalah dengan cepat. Usaha… Usahaa… dan berusaha….

                         

Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeki dari Allah Taala..Insyaallah…

Apa yang perlu anda tahu??

Fahami bagaimana kehamilan terjadi.

  • Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana Sistem Reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

Jumpa doktor anda.

  • Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

10 Tips Penggalak Kehamilan

Jejom kita intai-intai TIPS-TIPS kat bawah nih, mana tahu mungkin ia dapat membantu anda dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Tidak salah mencuba kan…. Allah suka kepada insane yang berusaha tanpa kenal erti mengalah.

1. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

2. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

Ketahui waktu subur anda

Ketahui waktu subur anda

3. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

4. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.

5. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

6. Mengambil Multivitamin. Cuba amalkan pengambilan Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan lamanya untuk menampakkan hasil. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk ASID FOLIK untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen ZINC untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

7.Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.

8. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:Memasak, Bersenam, Mendengar muzik, Membaca,Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri

9. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

10.Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

11.Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang

Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang

12.Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.

13.Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

14.Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

15.Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)

Sumber: Kumpulan DOA NABI

 

Set Kesuburan yang Disarankan

Anda boleh mengambil set kesuburan yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:

1) Zinc Complex

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

 

Read more http://www.supernifzvitamin.com

Fanpage: http://www.facebook.com/supernifzvitamin

Email: supernifz@gmail.com

No. HP: 012- 658 4283 (WhatsApp..Sms…)

Kawasan COD: Seri Manjung, Sitiawan, Lumut

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing