Tips Melatih Anak-Anak Berpuasa

ramadhan isbek

1. Terangkan kepada anak-anak kita pengertian Bulan Ramadhan.

  • Ramadhan adalah bulan puasa bagi umat Islam. Berpuasa adalah rukun Islam yang ke-3.
  • Menahan diri dari lapar, dahaga, perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana ALLAH

2. Terangkan juga kepada mereka kenapa kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan.

  • Dapat pahala serta menahan diri dari pelbagai sifat seperti marah dan lain-lain, dan dapat merasai kemiskinan dan kesungguhan orang yang lebih kekurangan
Memberi penerangan berkenaan Ramadhan & berpuasa

Memberi penerangan berkenaan Ramadhan & berpuasa

3. Lakukan Secara bertahap

  • Latih mereka bersahur. Bancurkan M3G untuk mereka. Mulakan dengan bertahan sehingga tengahari . Kemudian ke Asar, lama-lama mereka akan sedikit-sedikit dapat berpuasa sehingga waktu berbuka. Memandangkan mereka bersekolah, bagi mereka tidur sebentar selepas subuh untuk memastikan mereka berasa segar untuk ke sekolah.

4. Bagi anak-anak berumur 7 tahun ke atas, lazimnya mereka sudah mampu berpuasa seperti orang dewasa. Namun pastikan mereka memakan sahur. Sebaiknya terdapat kurma dan minuman M3G sebagai salah satu hidangan ketika sahur bagi membekal tenaga yang lebih lama.

5. Pastikan seluruh ahli keluarga perlu tunjukkan ‘support’. Jangan pula ada orang yang lebih tua daripada mereka, tidak berpuasa.

6. Memberi galakan bukan paksaan. Dorongan dan kata-kata semangat untuk memotivasi mereka. Apabila mereka berpuasa dengan rela hati, mereka tidak rasa tertekan sebaliknya redho dengan susah payah mengharungi seharian berpuasa.

7. Sibukkan mereka dengan aktiviti

  • Jika mereka penat, benarkan mereka tidur atau berehat tapi jangan sampai berlebihan.

8. Luangkan masa dengan anak membuat pelbagai aktiviti rumah, persiapan raya, mewarna bersama, kerja kraftangan atau membantu kemas rumah – atau membantu menyiapkan persiapan berbuka puasa di dapur, supaya mereka terlupa memikirkan makan dan minum seketika.

Luangkan Masa bersama anak-anak

Luangkan Masa bersama anak-anak

9. Sediakan menu kesukaan mereka, tanya mereka apa yang mereka nak makan ketika berbuka dan bersahur . Ini akan menambahkan semangat mereka untuk bangun bersahur & menunggu masa berbuka.

10. Elakkan daripada mereka nampak makanan kegemaran seperti ais krim atau sebagainya semasa berpuasa. Sembunyikan dahulu pada waktu siang. Ini dapat mengurangkan kecenderungan mereka berbuka puasa sebelum tiba masanya.

11. Pastikan anak-anak makan tidak terlalu kenyang semasa berbuka. Bancuhkan secawan M3G untuk mereka. kemudian beri mereka makan buah dahulu. Ini juga point untuk melatih mereka supaya tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Lepas solat Maghrib boleh sambung makan, itu pun jangan berlebih-lebihan.

12. Beri Ganjaran.

  • Ada sesetengah ibu bapa yang kurang bersetuju dengan cara ini, akan tetapi point ini secara tak langsung boleh dijadikan motivasi sebagai permulaan . Misalnya beli alat tulis atau makanan kegemaran mereka jika dapat berpuasa penuh. Atau boleh merancang hadiah misteri seperti bawa mereka berjalan selepas berbuka… bawa membeli barang kegemaran mereka.
  • Terangkan kepada anak-anak, puasa bukan lah untuk dapat ganjaran atau upah, tapi tanda ketaatan kepada ALLAH. Barulah ibadah puasa dijalani penuh bermakna.

 13. Jaga waktu tidur mereka

Pastikan anak-anak mendapat tidur yang secukupnya.

Pastikan anak-anak mendapat tidur yang secukupnya.

  • Galakkan anak-anak kita tidur awal, dan bekalkan M3G untuk lebih kalsium supaya mereka kekal bertenaga. Selalu kongsikan cerita dan keberkatan ramadan. serta ceritakan kesengsaraan kanak-kanak di negara lain yang kuat walaupun penuh kesusahan. Allah menyukai mukmin yang kuat dan tidak malas.

14. Sediakan makanan berkhasiat ketika sahur

  • Sediakan makanan yang berserat, ada kalsium, karbohidrat , dan beprotein. Biar anak makan banyak masa sahur supaya bertenaga.
Ramadhan adalah bulan puasa bagi umat Islam. Berpuasa adalah rukun Islam yang ke-3

Ramadhan adalah bulan puasa bagi umat Islam. Berpuasa adalah rukun Islam yang ke-3

15. Balik kerja awal sebelum berbuka

  • Ibu bapa pulanglah awal, boleh masak banyak makanan kesukaan anak-anak dan luangkan masa bersama mereka. Minta anak agih-agihkan pada jiran . Tradisi ini serta masa yang ibu bapa perlu luangkan mungkin membuatkan anak seronok untuk berbuka , akan menyebabkan mereka mungkin seronok untuk berpuasa pada keesokan harinya .

 

 Semoga ibu bapa berjaya memujuk anak-anak untuk berpuasa , elakkan menghukum anak-anak jika dia tidak mahu berpuasa , bagi yang belum baligh lagi . Ajak mereka duduk semeja berbuka sama. Dengan cara ini memberi kesan psikologi untuk anak-anak merasa tercabar melihat akak dan abang mereka berpuasa. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua :)

 

Jom dapatkan Set Berpuasa Istimewa Mighty 3 Gem untuk anak-anak anda. Ia juga sesuai tuk semua golongan taw!!!

 

Jangan berlengah lagi untuk melaburkan wang bagi mengekalkan kesihatan anda dan insan-insan yang tersayang di tahap yang paling optimum!

Read more http://www.supernifzvitamin.com

Fanpage: http://www.facebook.com/supernifzvitamin

Email: supernifz@gmail.com

No. HP: 012- 658 4283 (WhatsApp..Sms…)

Kawasan COD: Seri Manjung, Sitiawan, Lumut

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing