Tips Atasi Anak yang Cerewet Makan

Di bawah ada beberapa Tips Atasi anak yang cerewet makan:

  • Tetapkan masa makan yang konsisten setiap masa. Ianya sangat penting untuk anak anda tau signal untuk dia rasa lapar pada waktu yang sama.
  • Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan. Ia akan menjadikan aktiviti yang menyeronokkan apabila seisi keluarga berkumpul bersama.
  • Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.
  • Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen.
  • Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.
  • Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.
  • Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.

 mealshake-anak makan sayur

Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak?

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.

Sekiranya anda salah seorang ibu atau bapa yang prihatin tentang kesihatan dan pemakanan anak-anak, anda perlu cuba Mealshake. Ia bukan sahaja menambah selera makan anak-anak, malah memberikan kesihatan yang menyeluruh setiap hari.

Anak-anak yang sering terdedah dengan jangkitan penyakit seperti di taska atau tempat asuhan dapat dikurangkan. Jika anak-anak tidak sihat, Mealshake membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana ia mampu menguatkan imunisasi anak anda.

SID-1065293

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing