Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

dt1

Darah tinggi

 

Darah tinggi dikatakan juga sebagai penyakit pembuhun senyap

Darah tinggi dikatakan juga sebagai penyakit pembuhun senyap

 

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi , sakit kepala ataupun sakit pinggang. Sekiranya pesakit tidak dirawat dengan kadar segera, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Saluran Darah Tersumbat -Punca Berlakunya Darah Tinggi

Saluran Darah Tersumbat -Punca Berlakunya Darah Tinggi

Tekanan darah pula adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi  merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Darah Tinggi

Darah Tinggi

Kadar Tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika Tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula Tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar Tekanan darah anda yang sebenar.

Faktor Darah Tinggi

Gejala Tekanan Darah Tinggi

Gejala Tekanan Darah Tinggi

Faktor Keturunan

Ini adalah faktor yang tidak dapat di elakkan,jika Ibu bapa ataupun ahli keluaraga memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan anda mendapat penyakit Darah Tinggi adalah tinggi.

ht3

Usia

Peningkatan usia seseorang juga boleh menjadi penyebab mereka mendapat penyakit ini, Ini adalah kerana semakin kita bertambah tua, kepekaan pembuluh darah kita juga berkurang sehingga cenderung mengalami penyempitan pembuluh darah. Akibatnya, tekanan darah pun meningkat.

Pemakanan

Kalau Anda suka makan makanan tinggi kalori, lemak, dan gula, mungkin sudah saatnya anda mengurangkannya untuk mengurangkan risiko terkena penyakit darah tinggi. Dan, ini juga adalah fakta umum yang diketahui hampir semua orang: kurangi makanan bergaram karana itu dapat menahan banyak cairan dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanannya.

Kolesterol

Kandungan lemak yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini boleh membuatkan pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat.

Obesiti/Kegemukan

Individu yang memiliki berat badan melebihi 30 peratus berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.

Stress/Tekanan

Stres dan keadaan emosi yang tidak stabil juga mengakibatkan tekanan darah tinggi. Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stres, dan itu akan  mengakibatkan jantung memgepama darah lebih cepat sehingga tekanan darah pun meningkat.

Perokok

Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi

Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi

Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasaan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan strok.

Kafein

Kafein yang terdapat pada kopi, teh mahupun minuman lain menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Alkohol

Pengambilan alkohol secara berlebihan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Mengonsumsi alkohol dapat meningkatkan kadar trigliserida dalam darah. Trigliserida adalah kolesterol yang jahat yang berpotensi menyebabkan tekanan darah meningkat.

Kurang Bersenam

Kurang bersenam dan bergerak boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Senaman yang teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi tetapi jangan melakukan senaman yang berat jika anda menderita tekanan darah tinggi.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
Carta Bacaan Darah Tinggi

Carta Bacaan Darah Tinggi

 

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Berikut di senaraikan antara langkah-langkah yang  boleh di ambil untuk mengurangkan masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

Mengawal berat badan

  • Ambil inisiatif untuk mengawal ataupun menurunkan berat badan. Kurangkan berat sekurang-kurangnya 4kg- 5kg  akan memberikan impak yang ketara dan memudahkan penurunan tekanan darah tinggi.

Melakukan senaman secara kerap

  • Bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

Mengurangkan pengambilan garam

  • Garam dikatakan umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan pengambilan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 sudu kecil garam sudahpun mengandungi 2.3g!
  •  

Kawal kolesterol.

  • Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan disapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

 Berhenti dari merokok.

  • Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

Kurangkan tekanan/Stress

  • Tekanan di tempat kerja, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagilah yang akan  tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai masalah tekanan yang terlalu kerap, ia akan memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Amalkan pemakan/diet yang lebih baik. 

  • Pemakanan/diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.

Kurangkan pengambilan alcohol dan kafein

Kalori

Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pada masa yang sama ia mem bantu anda mengawal atau kurangkan berat badan.

 *****Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda, ia dapatkan mengurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.***

Pemeriksaan yang kerap anat PENTING bagi mereka yang mempunyai bacaan yang tinggi.

Pemeriksaan yang kerap anat PENTING bagi mereka yang mempunyai bacaan yang tinggi.

 

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Comments

  1. Thanks.. Great Article and very helpfully, Promo toko online, menjual Garlic Tablets, cocok untuk anda yang mempunyai penyakit darah tinggi.

  2. Wow.. Nice Post. Saran dan Info, Anda orang yang pemarah? Jangan suka marah-marah ya, berbahaya, nanti Anda bisa Darah Tinggi dan kepala pusing, kalau tekanan darah tinggi Anda naik, bisa kena stroke, rutinlah meminuh teh, Teh Pingle cocok untuk Anda.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing