SHAKLEE MENYUMBANG KEPADA ISRAEL / ZIONIST?!

Assalamualaikum pembaca blog SuperNifzVitamin semua…

Alhamdullilah tika dan di saat saya menaip coretan ini, gencatan senjata telah pun dipersetujui. Pihak Israel telah pun memberhentikan serangan keatas pihak Gaza.

peace gaza

Sejak akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan serangan besar-besaran puak Zionist dan Israel terhadap rakyat Gaza yang telah mengorbankan beribu-ribu rakyat Palestin. 

Disebabkan kesibukkan dengan banyaknya entry yang bak saya postkan sampai saya tertinggal nak keluarkan post yang tidak kurang menariknya ini. Jom kita terskan pembacaan kita yok…

Dalam sebulan dua yang lepas ,penuh di wall- wall kat FB dan bermacam msg di Whatsapp tentang isu ni.

Panas sungguh isi ini kan…
Tapi.. takkan ler kot kan….Harus benar Shaklee ni kan…
Ramai kot yang mengamalkan supplement Shaklee kat Malaysia ni…sampainyalah hati Shaklee nak mengkhianati kesetiaan mereka kan…

Tak adil la kalau betul mcm ni.

Sungguh, kita semua pasti sangat terkesan dengan serangan ini.

Maka, kempen boikot produk-produk yang berkaitan dengan Israel ini mula diperkatakan.

 

Sebenarnya kempen boikot ini memang dah lama dijalankan dan memang sentiasa berterusan. Tapi, ia mula ‘popular’ setiap kali isu Gaza diserang.

 

APA KAITAN SHAKLEE DENGAN ISRAEL

Rupa-rupanya segala persoalan ini berpunca daripada sebuah website iaitu Keneseth Israel Congregation (KIC) (http://kenesethisrael.com/) yang memaparkan logo Shaklee seperti di bawah.
Sepantas kilat keluar macam-macam screenshots dan gambar yang diedarkan di laman sesawang tentang website ini yang terang-terangan menyokong perjuangan Israel.Ya memang betul la tu. Mmg la organisasi tu sokong pun. Yang jadi masalah adalah sebab ada logo Shaklee kat situ. Jadi Shaklee sokong Israel la ni? Cuba belek balik website tu dan baca betul- betul. Selain logo Shaklee yang di tepek kat situ, ade tak lagi kaitan yang boleh di link kan dengan Shaklee? Tak ada kan…?  Then jom kita faham kenapa la logo Shaklee tu ade tertepek kat situ

 Keneseth Israel Vs Shaklee1

Website Keneseth Israel yang memaparkan logo Shaklee.

Pelawat diajak menyokong gerakan mereka dengan setiap pembelian produk Shaklee.
 

Jika anda klik kat logo Shaklee dalam website tersebut, anda akan dibawa ke website baru seperti di bawah:-
 

Keneseth Israel Vs Shaklee2 

Haaa….Ini bukanlah website rasmi SHAKLEE CORPORATION.

Jika anda lihat pada alamat link website ini, ia sebenarnya adalah link di bawah account Keneseth Israel yang merupakan PENGEDAR BEBAS atau INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID)

Meh sini saya nak bagi penerangan pulak mengenai apa itu SID ini. Untuk pengetahuan anda semua, setiap ahli dan pengedar Shaklee yang berdaftar dipanggil PENDEDAR BEBAS SHAKLEE atau SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID).

Dalam contoh di atas, KIC adalah merupakan Independent Distributor dan setiap belian produk Shaklee daripada mereka, mereka menyumbang kepada program yang menyokong Israel.

Sama juga macam kami. Contohnya kami dapat bonus Shaklee dan sumbangkan kepada zakat, badan-badan kebajikan, pusat tahfiz, gerakan Palestin dan lain-lain.

Jadi ia tiada kaitan dengan Shaklee Corporation, sebab Shaklee TIADA HAK untuk menentukan bagaimana ahli-ahlinya menggunakan bonus mereka.

COMPANY STATEMENT

Disebabkan ramai Distributor yang mahukan kepastian tentang perkara ini, pihak Shaklee Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi seperti di bawah:-

 Keneseth Israel Vs Shaklee3

Nah…Alhamdulillah, sekarang macam mana, dah ada official statement pun daripada pihak Shaklee yang mengesahkan Shaklee tiada kaitan dengan gerakan Zionist atau Isreal.

 

Penerangan lebih lanjut daripada pihak Shaklee.

Keneseth Israel Vs Shaklee4

 

UPDATES ON 23 JULY 2014 – KI HAS REMOVED THE SHAKLEE LOGO FROM THEIR WEBSITE!!

 

ALHAMDULILLAH!! Akhirnya, logo Shaklee yang telah bertahun-tahun ada di website Keneseth Israel ini telah pun diturunkan. Inilah berkat suara bantahan beramai-ramai oleh para Shaklee Distributor Muslim di Malaysia. Sujud syukur kepada Allah. 

 JANGAN BOIKOT DENGAN EMOSI SEMATA-MATA

Alhamdullilah,Sekarang ini dah jelas dan dah pun terbukti yang Shaklee tiada kaitan langsung dengan Israel atau Zionistkan.

Saya perhatikan, ramai antara kita yang suka sangat share dan sebarkan macam-macam info di blog dan Facebook, tanpa kita sendiri tau kesahihannya. Ini termasuklah isu Shaklee menyumbang kepada Israel ni.

Siap dengan macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Ada yang sampai nak buang vitamin yang dah dibeli dan suruh semua orang lain jangan lagi beli produk Shaklee.

Ada juga yang ambil kesempatan ni mengutuk Shaklee, semata-mata untuk melakukan produk dan bisnes mereka sendiri. Kononnya produk mereka lebih baik sebab berasaskan makanan Sunnah sahaja.

JANGAN SEBARKAN FITNAH!!

Oleh itu,sebelum menyebarkan info yang kita sendiri tak pasti, silalah selidik terlebih dahulu. Tanyalah kepada mereka yang ‘ahli’ dalam bidang itu, bukan hanya mendengar dari mereka yang tak pernah dan tak tahu apa-apa pun tentang perkara tu.

Kalau kita sebarkan berita yang tak betul, kan dah jadi FITNAH tu!! Dosa fitnah lebih besar daripada MEMBUNUH!!

Kepada mereka yang telah pun menyebarkan info PALSU tentang Shaklee menyumbang kepada Israel, saya berharap anda dapat menarik kembali fitnah yang telah anda sebarkan, dengan menyebarkan kembali entry ini atau mana-mana entry blog lain yang mengupas isu ini.

Mudah-mudahan Allah sentiasa menjadikan diri kita orang-orang yang banyak memberi manfaat kepada yang lain. Dan bukannya orang yang hanya sering mencari-cari kesalahan orang lain.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing