Sejarah Manjung, Perak

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Hi semua!

 

Kali nih saya nak bercerita lanjut tentang Seri Manjung. Anda pernah dengar tak Seri Manjung? Ha meh sya sharekan sejarahnya yang sya cari kat Pakcik Gugel

Sejarah Manjung

majung

 

Menurut catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah  daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.

Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan.

 

Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Sehingga tahun 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan.

 

Manjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri  Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang.

 

Pentadbiran Daerah Manjung

Pusat Pentadbiran Daerah Manjung kini terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang merupakan sebuah kawasan perbandaran baru yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980’an.

Daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.

 

Ha… itu lah dia perkongsian saya tuh kali nih pasai Seri Manjung nih… Menarik kan…

 

 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Seri Manjung

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Lumut

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Setiawan

Untuk lelain kawasan jagang risau k… saya akan pos tros ke pintu rumah anda.

SID-1065293

 

 

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing