Rahsia Kempiskan Perut

kempis perut

Petua kempis perut 1

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas.  Biarkan semalaman.  Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut.  Sebaik-baiknya amalkan setiap hari. Secepat seminggu anda akan lihat perbezaannya.

Petua kempis perut 2

Sediakan limau nipis dan kapur sirih.  Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

 Petua perut kempis 3

Salah satu senaman mudah untuk mengempiskan perut adalah melakukan bangkit tubi atau nama popularnya SIT UP.

  1. Bagi peringkat awal, lakukan 10 kali selepas bangun tidur sebelum bangkit daripada katil.
  2. Lakukan 10 kali lagi sebelum tidur.
  3. Apabila sudah serasi, tambahkan jadi 20 kali bagi setiap sesi.

Pada saya, tidak perlu melakukan pada kuantiti yang banyak TETAPI paling penting adalah konsisten dan berterusan.Anda tidak akan merasa perubahannya serta merta tapi setelah sebulan, pasti seluar yang dipakai terasa longgar.

 Petua perut kempis 4

1. Kempiskan(tahan nafas) perut anda seberapa kempis yang boleh.

2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).

3. Lepaskan.

4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih.

 

Technically, cara ini akan membuat perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle.

 

Jom Try…

 

Salam Sayang

Roe

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing