Petua selsema untuk bayi dan kanak-kanak.

kunyit hidup

 

 

 

 

Petua 1: Sediakan kunyit hidup dan bersihkannya. Asah kunyit tadi pada sesuatu – lebih elok kalau diasah pada bahagian bawah pasu, menurut petua tradisional melayu.

Sapukan hasil asahan tadi ke batang hidung bayi. Waktu yang sesuai adalah selepas bayi dibersihkan seperti lepas mandikan bayi pada sebelah pagi dan petang dan seeloknya ketika bayi tidur.

Selalunya selsema akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa kerana hidung tersumbat. Dengan cara ini, bayi dapat tidur dengan lebih selesa kerana selsemanya akan cepat kering dengan bantuan sapuan halia tadi.   Cuba amalkan selama beberapa hari, insya-Allah selsema akan sembuh sepenuhnya.

daun sirih

 

 

 

 

Petua 2: Sediakan 3 helai daun sirih.  Sediakan juga sebiji limau nipis. Belah dan perah limau nipis tadi untuk mendapatkan air perahan. Campurkan perahan limau nipis dengan air sirih dan biarkan seketika. Sapukan air campuran tersebut ke dada dan leher kanak-kanak yang terkena selsema.

Bagi mereka yang sering terkena selsema pula, cuba amalkan petua elak selsema ini:

1.  Mandi dengan air suam pada sebelah petang.  Air sejuk akan menjejaskan kesihatan badan.

2. Amalkan minum air halia, seminggu sekali.

3. Bersihkan hidung setiap kali mandi. Caranya masukkan air ke dalam hidung. Tahan selama lebih kurang 5 saat dan kemudian hembuskan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali anda mandi.

Dengan izin Allah, penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya tidak kerap seperti dulu.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing