MLM Membinasakan

EE… kau nih.. Takde ke bisness lain kau nak buat? Bisnes yang ko tengah buat nih MLM tau tak… eek au takkan kemana lah dengan MLM nih…

Al kisah, ada sorang ni pergi pejabat jualan satu syarikat lepas dipujuk kawan rapatnya. Agaknya lepas korek2 info dapat tahu syarikat tersebut menjalankan perniagaan MLM; Terus dia cakap “MLM Haram! Aku taknak bagi anak bini aku duit haram!” dan bergegas keluar.

Begitulah antara luahan beberapa orang rakan kepada saya tahu saya buat bisness online nih.. Tergambar kekesalan dan kerungsingan pada raut wajahdepa-depa nih.. Jenama MLM menjerat ramai dengan berhutang, kerugian… hurmm…

MLM Membinasakan

clickcabin_How-to-Get-People-to-Visit-Your

Kenapa jadi begini? Adakah MLM itu membinasakan? Jangan terjebak dengan MLM haram jadah seperti ini:

Ok meh sini teruskan pembacaan, Suka saya nak sharek n apa yang salah seorang leader saya yang hebat kupaskan mengenai MLM nih.

Apa Itu MLM 

Marketing Strategy

Sebenarnya, MLM adalah satu sistem pemasaran utk memasarkan dan memperkenalkan sesuatu barangan di samping meluaskan pasaran.

Sebagai contohnya,

Makcik Tikah buat Kek Coklat, lepas tu suruh 5 orang anak-anak dia tolong hantarkan kek-kek tuh ke beberapa kedai sekitar rumah mereka,Sonya bila dah mintak tolong anak-anaknya, nak kena lah bagi upah sedikit sebanyak kan, kalau tak, kompem lepas2 tuh anak-anak dia akan liattt nak tolong lagi kan

Satu lagi kalau Roe buat risalah pasal Shaklee dan mintak  nyonyah yang edarkan surat khabar masukkan dalam surat khabarsuratkhabar yang dia hantar hari-hari.

Semuanya kaedah untuk PEMASARAN.

MLM haram itu jelas. Skim cepat kaya entah apa-apa, itu satu bentuk MLM. Bagi duit, barang takde, pelaburan kononnya. Tapi sudahnya masuk ke poket orang paling atas. MLM haram jadah, ia bermula dari syarikat MLM yang halal biasanya. Tapi orang-orang dalam MLM haram jadah ni yang buat sedikit kedajalan. Banyak mungkin. Misalnya cari downline beramai2, janji macam2, bayar banyak2… lepas tu lesap. Yang kawan ni siap pinjam duit AhLong bagai lah kononnya lepas ni boleh dapat berganda2… sudahnya membayar hutang berganda2 (kena interest kompemnya aaa kan). Itu belum lagi yang hilang kawan, hilang saudara sebab MLM

Jadi bila saya dah mula bisnes MLM , dah nampak jalan yang sebenarnya macamana.. ya.. MLM (selain yang haram) tu tak salah langsung. Malah ia satu sistem marketing yang sangat bagus dan low cost. Kos utk pengiklanan yang berjuta2 dapat dijimatkan. Berkenaan dakwaan barang murah dijual mahal, itu dah termasuk dalam masalah syarikat tersebut secara khusus, bukan MLM itu sendiri.

mlm

Hakikatnya, boleh dikatakan sebenarnya hampir 90% orang yang register masuk MLM dengan niat nak jana pendapatan, tapi akhirnya balik dengan poket berlubang. Ada juga yang rasa ditipu. MLM yang sebenar adalah satu sistem -jamaie. Yang mana timbal-balik antara upline dengan downline. Upline tugasnya membimbing downline, dan bukan memperalatkan downline untuk kepentingan dirinya, seperti amalan MLM haram jadah. Manakala downline  pula kenalah ikut apa yang upline tunjukkan. Barulah faham apa yang diperjuangkan. Ya, ada orang yang register MLM lepas tu mengharapkan duit masuk ke poket tiap2 bulan tanpa berbuat apa2. Jangan macam tu… nak untung kenalah buat kerja. Macamana pun, berhati2 bila nak merealisasikan niat menjadi KAYA… orang kaya tanggungjawabnya banyak. Sebab tu orang kaya lambat masuk syurga. Jangan dikaburi biji mata dengan ketamakan dan janji2 kereta besar rumah besar, sampai sanggup buat apa saja tanpa fikirkan halal-haram.

Pertama sekali, elakkan dari terjebak dalam MLM haram.

Kedua, elakkan dari MLM haram jadah.

Inilah antara sebab kenapa saya di sini. Membetulkan persepsi tentang MLM dan membetulkan pelakuan MLM yang haram jadah. Oleh sebab itu saya berkongsi segala kaedah pemasaran online yang saya praktikkan selama ni agar sistem MLM yang kita buat ni benar2 multi-level marketing, bukan multi-level mampusthing. Di mana ia cuma dilaksanakan di rumah saja…

 

Macam Mana Nak Kenal MLM Haram Jadah:

1- Modal ribu riban

2- Tak cukup duit, depa akan suggest buat loan

3- Janjikan komisen RMXXXX kalau labur RMXXXXXX

4- Pakai pakaian berjenama

5- Bawak kereta mewah

6- Kena cari orang bawah

7- Jual barang jadi no 2

8- Suruh ajak orang labur ribu-ribu jugak

9- Upline selalu paksa dan push suruh cari orang

Jadi kalau korang ada terasa simptom-simptom seperti di atas. Baiklah muhasabah diri balik. Kalau sempat baik korang angkat kaki. Kalau dah terlabur, cubalah cari jalan selesaikan hutang.

So, jika anda dengar keluhan “mangsa MLM”, cuba kaji sama ada MLM yang haram atau orangnya yang haram jadah. Kalau dua-dua pun haram, gi report polis atau kementerian agar perkara sama tak terjadi kepada orang lain. Dan jika anda berminat nak join mana-mana atau apa-apa MLM, pastikan anda pilih leader yang best; confirm tak nyesal… (kalau tak malas).

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Comments

  1. tengok syarikat, tengok produk, tengok sistem pemasaran dan last sekali dan paling penting tengok leader atau upline.

    kalau semua patuh syariah.

    boleh proceed join syarikat MLM tersebut. :)
    titan recently posted…Masalah datang dan pergi.My Profile

  2. saya still lagi tak yakin dengan MLM walaupun tgk diorg sibuk posing depan kereta mewah.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing