Masalah Keputihan & Bau Berlebihan

 

Ramai wanita mengalami keputihan dan ia sesuatu yang normal. Tetapi bila menimbulkan masalah seperti bau yang kurang menyenangkan dan paling teruk menyebabkan kegatalan pada vagina, ia bukan normal lagi dan mesti diberi perhatian serius..jom kita ketahui sedikit info tentang keputihan ini..

 fisiologis

Masalah kegatalan dan keputihan mungkin berpunca daripada jangkitan di faraj dan permukaan kulit sekitarnya. Masalah ini boleh dirawat dengan jalani ujian untuk mengesahkan jangkitan dan mendapatkan nasihat doktor tentang kaedah rawatan terbaik mengatasinya.

Keputihan ini berlaku kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Kita akan dapati keputihan akan berlaku pada sebelum waktu haid. Semua orang tidak terkecuali termasuklah kanak-kanak kecil, anak dara, wanita berkahwin dan juga hamil. Anak dara remaja ini yang mempunyai sistem badan rendah dan juga mempunyai sejarah penyakit diabetes atau aktif seksual juga sangat berpotensi untuk mendapat KEPUTIHAN.

Selain jangkitan kuman, ia mungkin dijangkiti kutu rambut yang menimbulkan kegatalan tersebut. Penyakit ini banyak berkait rapat dengan penjagaan kebersihan di sekitar kemaluan dan amalan pemakanan.

Keputihan biasanya boleh bertukar akibat campuran peluh dan jangkitan bakteria serta akan mengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan jika tahap kebersihan sekitar kemaluan kurang dijaga.

Penggunaan pantyliner yang mengandungi wangian atau dari sumber herba untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri ketika bergaul dengan rakan-rakan. Amalkan juga penukaran pantyliner sekerap yang mungkin dan penjagaan kebersihan di kawasan alat sulit terutama ketika datang haid.

Panduan menjaga kebersihan alat sulit:-

  • Jangan menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.
  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Jangan Memakai Bedak di bahagian kemaluan wanita
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya sekerap mungkin.
  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan
  • Mengamalkan supplemen ALFALFA SHAKLEE – mengandungi khasiat dari pokok alfalfa yang mampu mengurangkan keputihan juga memberi kesegaran dan tenaga kepada tubuh kita

 

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, Jejoms hubungi saya:

SID-1065293
 
 Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan vitamin Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya 1065293, dan jaminan saya untuk anda:

1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
 2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
 3) Nikmati layanan ISTIMEWA &EXCLUSIVE di secret group saya FB & WhatsApp

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing