Kopi , Teh dan Vitamin

KOPI

 

Kopi

Kopi

Untuk menikmati kopi, kita perlu mencampurkan serbuk kopi (benih kopi ataupun biji kopi) bersama air panas. Disebabkan kandungan kafeinnya , kopi dikatakan mempunyai kesan perangsang pada manusia.

 

TEH

 

Teh

Teh

Dihasikan daripada daun atau pucuk pokok renek yang dikenali sebagai CAMELLIA SINENSIS atau CAMELIA THEA. Ia di rendam didalam air yang panas.Teh juga dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah,bunga dan perasa buah untuk meningkatkan kualiti teh dan memberi rasa yang berlainan.

 

Kandungan didalam Kopi dan Teh iaitu polyphenols yang mana ia merupakan sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral. Maka dari itu kita disarankan untuk mengelakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila kita memakan atau mimun makanan/minuman yang kaya dengan zat besi. Kita hendaklah menunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan atau minum agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan vitamin /supplement.

 KALSIUM

 Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat banyak kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minima. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit Osteoporosis.

VITAMIN D

Kafein boleh menyekat Reseptor Vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan kita. Kekurangan Vitamin D akan menyebabkan tulang mudah rapuh. 

 ZAT BESI (IRON)

Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

 VITAMIN B

Kafein juga dikatakan bertindak sebagai diuretik ringan, yang mana ini akan menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurangan kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

 Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas,

Bukan tak boleh lansung kita menikmati Kopi dan Teh bila kita mengamalkan vitamin/ suppliment, tetapi kita hendaklah menjarakkan pengambilannya dari 30 minit ke 1 jam sebelum ataupun selepas kita minum. Ini adalah untuk mengelakkan dari zat-zat di dalam vitamin itu di serap oleh kopi dan teh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing