Kepentingan Vitamin / Suppliment

Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan Vitamin/Suppliment??

Vitamin

Vitamin

Vitamin / Suppliment adalah;

  • Bahan Organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil.
  • Berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit.
  • Vitamin juga biasa disebut sebagai mikronutrien.
  • Membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Ada sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak perlu diambil.

Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut juga ada membekalkan vitamin yang tinggi.

  

Apakah yang akan terjadi jika tidak ambil vitamin / suppliment?

Secara amnya semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga sangat bagus untuk mereka-mereka yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.

Jadi untuk mendapatkan nutrien-nutrien yang telah hilang itu, anda perlu mengambil vitamin ataupun suppliment. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh anda berfungsi secara normal serta mengembalikan tenaga-tenaga anda yang telah hilang.

Tetapi jika anda tidak mengambil sebarang vitamin, kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.

Misalnya,sakit kepala,kurang bermaya, rabun, darah tinggi,kencing manis,gout dan macam-macam jenis penyakit lagi akan mudah ‘hinggap’ di badan anda.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing