Kepentingan Makanan Tambahan.

Kali nih Roe nak berbicara mengenai Makanan Tambahan atau pun lebih dikenali sebagai Supplement.

Vitamin

Vitamin/Makanan Tambahan

 Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan “supplement” ?  Mengikut kamus maksud supplement adalah “Sesuatu yang kita tambah ke atas sesuatu untuk menjadikan sesuatu itu lebih sempurna”.

Huh… aper kebenda punya ayat tuh?? Haaa meh sini baca huraiannya meh…

 Kita hendaklah memastikan diet harian kita “complete” dan hanya selepas itu apa jua “food supplements” yang diambil akan membawa kesan yang terbaik. Jika makanan harian kita terdiri dari “junk food” (selalu diterjemahkan sebagai “makanan ringan” atau “snek”. Salah, “junk food” patut diterjemahkan sebagai “makanan sampahan” yang bermaksud tidak berguna untuk kita sebenarnya) serta minuman bergas (yang terlalu banyak kandungan gula) maka “bergantang-gantang pil, vitamins, minuman bertenaga” yang diambil sebagai “food supplement” tidak boleh menampung kekurangan dalam makanan harian kita itu.

Jadi asas utama, sebelum mahu memastikan apa-apa makanan tambahan yang diambil itu berkesan, pastikan makanan utama yang kita ambil,seimbang terlebih dahulu.

Sekiranya anda menyempurnakan tugas pertama ini, maka InsyaAllah, apa jua food suplements yang diambil akan memberi kesan yang bagus.

Ambillah mana-mana supplement yang anda yakin berkesan dan bila ambil, cuba amalkan secara konsisten, iaitu berterusan dan bukan sekali sekala. Ia bersifat tambahan.

 

Kesihatan anda, anda tentukan.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing