Kelebihan Vitamin C

image_Vitamin-C

Tahukah anda kenapa Vitamin C begitu penting untuk tubuh badan kita?  Jom teruskan membaca entry Roe kali nih… Roe nak bagi korang semua faham akan kepentingan Vitamin C n.

Apa itu Vitamin C 

Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh dan mudah larut air. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan turut termusnah.  

Kepentingan utama Vitamin C adalah ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh,ia juga dapat menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

 Jom kita teruskan pembacaan dan tengok apa lagi kelebihan Vitamin C n.

Pertumbuhan dan penggantian Tisu

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.

Melawan Jangkitan Kuman

Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.Vitamin C hanyalah vitamin tetapi ia diperlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan Vitamin C yang mencukupi setiap hari akan menguatkan sistem pertahanan badan kita secara tidak langsung.

LDL & HDL dan Tekanan Darah Tinggi

Sayangi Jantung Anda

Sayangi Jantung Anda

Dapat mengurangkan paras “low-density lipoproteins” (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan ” high-density lipoproteins ” (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah ” atherosclerosis”

Mengawal Serangan Asma dan Alergy

Jika kita ni jenis yang selalu alami masalah asma dan histamin, kita boleh ambil bekalan vitamin C untuk kurangkan simptom tersebut. Vitamin C akan bertindak sebagai anti-histamin di mana ia mengurangkan risiko  daripada terkena serangan yang disebabkan alergy. Untuk asma pula, Vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru daripada terjadi. Namun, perlu diingat bahawa Vitamin C bukanlah ubat di mana kita akan segera sembuh selepas mengambilnya. Kita perlu mengambilnya secara konsisten dan sedikit demi sedikit badan kita akan jadi kuat untuk melawan serangan asma dan alergi.

Mencegah Katarak dan Cepatkan Penyembuhan Luka

sembuhkan lukaluka

Mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Menurut kajian, jantung akan senang sakit jika bekalan vitamin C di dalam badan kita berkurangan. Vitamin C akan menghalang lemak-lemak yang berada di dalam darah daripada berkumpul di saluran arteri di mana ia menjadi punca kepada serangan jantung.

Mengimbangi Kesan Stress

Stress dikatan antara punca kepada banyak penyakit mental dan fizikal. Bekalan vitamin C yang cukup akan mengimbangi kesan stress di mana ia akan neutralkan toksin yang terhasil ketika diri kita sedang stress.

Mengawal penyakit Gout

Gout terjadi di sebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Vitamin C boleh mengurangkan asid urik di dalam badan.

Batu hempedu

Vitamin C membantu menghalang pembentukan batu hempedu.

 

Panduan Mengambil Supplemen Vitamin c untuk kesan yang optimum.

Ambil Vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk dicerna dan lebih cepat memasuki darah.

Untuk penyerapan iron pada tahap optimum,  ambil iron bersama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.

Untuk kadar penyerapan vitamin C yang lebih optimum, kita boleh ambil vitamin C yang mempunyai ciri – ciri ‘sustained release’ di mana vitamin C hanya akan di lepaskan jika badan kita tidak cukup vitamin C.

Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat itu lebih baik.

Hurm.. Nampak gayanya begitu banyak kelebihan Vitamin C nih kan. Patut lah semakin ramai yang menggilai Vitamin C sekarang nih.

Kepentingan dan kebaikan Vitamin C  terhadap kesihatan kita memang tidak dapat disangkal lagi dan ia telah banyak terbukti membantu mendapatkan kesihatan optimum

Walaupun kita boleh mendapati keperluan vitamin C dengan mudah dalam pemakanan seharian kita, tetapi adakah anda tahu ia tidak mencukupi?

Jom dapatkan Vitamin C Shaklee yang hanya terbaik di pasaran untuk memastikan badan kita mendapat vitamin yang mencukupi.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing