Keguguran di awal kehamilan

darah-keguguran

Antara tanda-tanda keguguran yang selalunya terjadi adalah keluarnya banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang agak teruk.

Keguguran di awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam tempuh 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran di awal tempoh kehamilan adalah kerap berlaku, malah tidak mustahil apabila anda keguguran walaupun pada masa itu anda tidak perasan pun yang anda sedang hamil.

 Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada telur yang di senyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.

Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Selepas anda di sahkan mengandung, terdapat satu dalam lima kemungkinan kandungan tersebut akan mengalami keguguran.

 

. Tidak salah untuk anda berasa sedih,akan tetapi anda di nasihatkan jangan bersedih ataupun berkabung terlalu lama

. Tidak salah untuk anda berasa sedih,akan tetapi anda di nasihatkan jangan bersedih ataupun berkabung terlalu lama

Siapa yang tidak sedih dengan keadaan ini kan, di tambah pula apabila ia melibatkan kandungan yang pertama. Tidak salah untuk anda berasa sedih,akan tetapi anda di nasihatkan jangan bersedih ataupun berkabung terlalu lama, ini adalah kerana perasaan dan emosi anda ini akan menyebabkan diri anda sendiri yang rugi.

Penyebab kepada keguguran di awal kehamilan

Faktor yang boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ianya berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah: 

  1. Masalah genetik: 30%      keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah      genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma      suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik      merangkumi 40-45% dari sebab keguguran. 
  2. Masalah penyakit  si ibu: seperti      kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum)      atau fibroid (lihat fibroid)

 

Kromosom

Bayi di alam kandungan memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa

 

Keguguran di awal proses kehamilan biasanya berlaku disebabkan oleh embrio yang tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Selain dari itu masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.

Faktor yang meningkatkan risiko keguguran

  1. Usia : Ibu yang      berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda. 
  2. Pernah keguguran sebelumnya: jika ibu      pernah keguguran , risko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika      pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43%      kalau pernah 3 kali gugur atau lebih. 
  3. Merokok: merokok      lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko 
  4. Alkohol:      pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.  
  5. Demam panas: melebihi      37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran. 
  6. Trauma: trauma      (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  
  7. Kafeine:      pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan      boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari. 
  8. Sebab-sebab lain: risiko      meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan,      sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan      bahan-bahan kimia.

 

Tanda-tanda Keguguran

Antara tanda-tanda keguguran yang selalunya terjadi adalah keluarnya banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang agak teruk. Jika anda bernasib baik, ia akan terhenti dan kehamilan akan berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran adalah benar dan akan berlangsung,ia akan tetap berlaku.

Dalam masa ini, anda amat-amat perlu banyakkan bersabar dan bersedia untuk peringkat seterusnya.

Apakah yang berlaku selepas anda keguguran?

Ada sesetengah kes, anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita itu sendiri akan menyempurnakan proses keguguran secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu.

Berehat sahaja di rumah sudah memadai, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut

Berehat sahaja di rumah sudah memadai, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut

Berehat sahaja di rumah sudah memadai, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali,carilah seseorang yang anda senangi untuk berada di sisi anda  untuk menjaga dan menyenangkan hati anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya.

Sekiranya pendarahan tidak berkurangan atau tidak berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut:

  • Pengurusan      ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan      berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
  • Pengurusan      perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk      membantu keguguran itu selesai dengan baik.
  • Pengurusan      pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk      menyempurnakan keguguran tersebut.

Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan.

Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus.

ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus.

ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus.

Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan.

Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin.

Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda.

Selepas gugur kali pertama, doktor biasanya tidak akan mengaturkan sebarang ujian khas kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar Kehamilan yang seterusnya pasti akan berjaya.

Suppliment Ibu selepas keguguran

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja mengalami keguguran di luar sana,anda amatlah digalakkan untuk mengambil vitamin/supplement tambahan untuk mempercepatkan proses baik luka dalaman, memandangkan sistem peranakkan kita masih lemah dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Kesimpulannya Set Keguguran dari Shaklee telah diakui dapat memenuhi keperluan ibu-ibu yang keguguran. Ia adalah bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Set Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya. 

So, Ibu-ibu sekalian,dah nampakkan betapa pentinnya  berpantang selepas keguguran serta betapa pentingnya mengambil supplement tambahan ni?

Jangan ragu-ragu lagi untuk mendapatkan Set Keguguran Shaklee ni kerana ianya memang selamat dan sesuai untuk diamalkan.

Dengan harga yang berpatutan anda boleh terus menggunakannya walaupun setelah habis tempoh berpantang.

 Jika berminat anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan untuk mendapatkan Set Keguguran Shaklee.

Zemanta Related Posts Thumbnail

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing