Kebaikan & Manfaat Air Masak

 

air masak

Air masak atau pun air suam adalah amat penting untuk tubuh badan kita

Air masak atau pun air suam adalah amat penting untuk tubuh badan kita. Akan tetapi kebanyakan dari kita agak liat untuk memimun air masak/suam walaupun kita sudah sedia maklum akan kebaikan-kebaikan dan kelebihan air masak/suam ini.

Air merupakan keperluan asas manusia. Secara purataya, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman boleh didapati pada kadar yang murah dan mudah didapati di dalam Negara kita. Namun, masih ramai diantara kita yang memilih untuk minum minuman bergula yang berlebihan dalam kehidupan harian.

Air adalah penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga merupakan pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan. 

Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asthma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi. 

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di negara Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya 2 peratus penurunan air dalam badan sahaja, cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, meminum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.

JENIS-JENIS AIR DI DUNIA

Air Bermineral (Mineral Water)

Air Mineral

Air Mineral -Sumber dari dalam tanah secara semulajadi,

Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.

Air Minuman Bertapis (Purified Drinking Water)

menggunakan sumber air awam

Air Minuman Bertapis – Menggunakan sumber air awam

Biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti sinaran UV [ultra-ungu], penurasan fiber, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini, banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.

Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis Water)

Air Osmosis Songsang

Air Osmosis Songsang – Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui proses saringan

Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui pelbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh. Kini, terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.

Air Beralkali (Alkaline Water)

Air Beralkali

Air Beralkali – Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali

Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali digunakan untuk bateri. Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau muscle cramps. Air terbaik di dunia iaitu air Zam-zam yang juga lebih tinggi kandungan alkali dan tidak memudaratkan badan.  

KELEBIHAN MEMINUM AIR

Air boleh menyejukkan

Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, kadar darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

Mengumpulkan zat-zat makanan

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Beberapa zat makanan yang larut dalam air sehingga diserap dengan air.

Memudahkan proses pembuangan tinja/najis

Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka mereka akan mudah mendapat penyakit sembelit. Sembelit adalah satu situasi yang menyebabkan seseorang itu sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.

Menjaga kelembapan kulit agar tetap halus

Sel-sel kita memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit kita lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihatan lebih uzur.

Bebas dari penyakit batu karang

Penyakit batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar dibawa oleh air.

 Mengawal Kalori

 Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekecang antara makanan yang mengandungi banyak air serta dapat memperlahankan penyerapan air. Ini akan membuat kita berapa kenyang dan akan mengurankan kita dari mengambil kalori secara berlebihan.

 

WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK

minum air

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh

SELEPAS BANGUN TIDUR -Minum dua gelas air masak bagi membantu mengaktifkan organ dalaman 

30 MINIT SEBELUM MAKAN – Minum segelas air masak,ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan .

SEBELUM MANDI –  Minum segelas air masak dapat membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah .

SEBELUM TIDUR – Minum segelas air masak,dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing