Jom Kurus

Sebut jerk pasal nak kurus, kompem semua pasti teruja kan… tak kira lah berapa pun berat badan kita…100kg…80kg..60kg, malah yang 50kg pun, nak kurus dan kurus lagi.. betul tak??

Disiplin perlu ada dalam proses penurunan berat badan

Disiplin perlu ada dalam proses penurunan berat badan

Ok jom kita intai-intai cite kita kali ini…

Ramai di antara kita yang menanam berazam untuk nak menurunkan berat badan a.k.a nak kurus… akan tetapi ianyanya bukan lah perkara mudah. Anda memerlukan komitment yang cukup-cukup kuat untuk merialisasikan azam anda itu. Anda juga mestilah tidak mudah berputus asa dengan apa yang anda buat. Teruskan dan teruskan sehingga lah anda mendapat berap badan yang anda impi-impikan selama ini. Azam yang kuat di tambah dengan amalan senaman & amalan2 kerohanian yang betul, panti impian anda akan terkabul…

 

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan beberapa aspek seperti pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit,tetapi hasilnya pasti sangat…sangat berbaloi-baloi…

 

MATLAMAT

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu tetapkan MATLAMAT anda secara perlahan-lahan. Contohnya anda inginkan penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu. Untuk permulaan, tetapkan penurunan yang tidak begitu drastic, pada permulaan mungkin anda rasakan agak sukar, tetapi anda perlu tekat, Insyaallah anda akan dapat mencapai MATLAMAT anda.

MAKANAN

Piramid makanan-Kurangkan Karbohidrat dan lebihkan Protein

Piramid makanan-Kurangkan Karbohidrat dan lebihkan Protein

 

Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori nya tetapi mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Cuba untuk kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Jika kiandungan kalori berlebihan, ia akan bertukar menjadi LEMAK di dalam badan kita, anda perlu melakukan aktivi-aktiviti yang lasak seperti senaman untuk membakarnya semula.Anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi).

 

  • Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan seharian anda akan dapat membantu anda mengurangkan berat badan selain ia mengenyankan juga.

 

  • Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

 

Anda juga hendaklah mengurangkan pengambilan Karbohidrat dan melebihkan pengambilan Protin dalam hidangan anda. Pengambilan Karbohidrat yang berlebihan hanya akan menggemukkan anda, ia memang mengenyangkan TETAPI hanya untuk sementara waktu sahaja, selepas dalm 2 jam anda akan berasa lapar semula.

 

Protein pula, akan lebih cepat mengenyangkan anda dan ia akan bertahan lebih lama berbanding karbohidrat.

 

Tahukah Anda : ESP keluaran Shaklee, terbukti mempunyai sumber Protin yang tinggi.Jadi kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, jom minum ESP, dijamin sumper yang berprotin tinggi.

  

MINUMAN

Kafein

Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan kadar metabolisma badan menurun serta boleh menyingkirkan nutrien dalam badan kita


soft drink

Kandungan gula dalam air gas adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!

Jangan lupa untuk banyakkan pengambilan air masak/ air mimeral dah kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi begitu juga dengan minuman bergas. Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.Minuman bergas mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.


Contoh: Air Gas atau air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

SENAMAN

 Anda juga digalakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang ringan selama lebih kurang 30-40 minit setiap hari untuk membakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan tangga jika pejabat/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

Positif

Sentiasa berfikiran positif,tekadkan MATLAMAT, tentukan MAKANAN & MIMUNAM yang sihat dan lakukan SENAMAN yang bersesuaian insyallah segalanya akan menjadi mudah. Kuatkan disiplin diri untuk mengikuti segala perancangan yang telah anda rencanakan.

Timbang berat badan sekurang-kurangnya sekali seminggu agar anda tidak terlalu kecewa jika melakukannya hari-hari.

 

Disamping mengamalkan perkara-perkara di atas, anda juga memerlukan supplement / vitamin untuk mengisi kekurangan Micro-Nutrisi yang mana ini akan membuat nafsu makan anda naik secara mendadak. Amalkan pengambilan SET KURUS Shaklee untuk membantu mengimbangi diet seharian anda.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing