Jenis dan Warna Penutup Air Minuman Berbotol Yang Perlu Anda Tahu

	Minum air sejuk boleh membantu metabolisme anda, kerana badan anda akan bekerja lebih keras untuk memanaskan cecair, bermakna lebih banyak kalori dibakar untuk anda.

 Minum air sejuk boleh membantu metabolisme anda, kerana badan anda akan bekerja lebih keras untuk memanaskan cecair, bermakna lebih banyak kalori dibakar untuk anda.

 

Secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja yang berbeza. Perbezaan ini bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan pemprosesan.

Pernah tak anda terlihat warna penutup botol yang berlainan.. Ada yang berwarna putih, biru, hijau dan sebagainya? Sudah tentu pernah bukan. Bagaimanakah kita dapat membezakan jenis air minuman yang kita beli? Khususnya untuk minuman sebagai penghilang dahaga. Apakah perbezaan yeng terdapat dalam minuman ini? Para pembaca yang dihormati, jangan tidak tahu pula air yang terdapat di dalam botol tersebut sebenarnya juga mempunyai identitinya yang tersendiri. Bagaimanakah kita dapat membezakan kandungannya melalui tutup botol tersebut?

 Slide1

 

 

PENUTUP BIRU – Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses menyulingan kemudian dibotolkan. Baru boleh dilabelkan sebagai air MINERAL .

Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada tertera tulisan “Air Mineral”. Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.

 

PENUTUP PUTIH - Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan.

PENUTUP PUTIH – Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan.

PENUTUP PUTIH – Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang.Rasanya lebih payau dan kelat. Jika anda memilih air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan tidak tertulis “air minuman”. Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang. Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi. 

Sebab itu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau DRINKING WATER dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru

 

Jenis-Jenis Air

 air mineral

  1. Air mineral

Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.

 

  1. Air minuman bertapis

drinking water

Menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti sinar UV, fiber penuras, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip kita hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak

 

  1. Air Osmosis Songsang (R.O. Water)

water bottle with border

Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui berbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh kita. Kini terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.

 

  1. Air alkali

alkaline-water-inforaphic

Proses pengionan menghasilkan pH yang tinggi utk air alkali digunakan untuk bateri . Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau cramps. Air terbaik di dunia iaitu air zamzam juga lebih tinggi kandungan asid dari alkali.

 

Tahukah anda di Malaysia, ada peraturan yang telah ditetapkan sebagai garis panduan kepada pemproses air minuman botol iaitu setiap produk air minuman bertapis dan R.O. wajib menggunakan penutup botol berwarna putih manakala penutup botol warna lain adalah untuk air mineral dan sebagainya. Manakala peraturan untuk memproses air mineral secara komersial pula, ia perlu berpunca dari satu kawasan yang tiada kegiatan manusia dalam jejari sekurang-kurangnya 1 kilometer. Peraturan ini ditetapkan demi menjamin kebersihan dan kualiti mineral yang terkandung di dalam air tersebut.

Comments

  1. good info! Nampaknya air mineral paling bagus untuk diminum selain air zam zam. Nasib baik ada penapis air shaklee yang portable tu, dapat minum air mineral kat mana-mana :)
    Ila halilah recently posted…[VIDEO] 7 Kebaikan Membedung Bayi Baru Lahir Ibu Patut TahuMy Profile

    • SuperNifz says:

      Iyer betul tuh sis, kita kena pantikan apa yang masuk kedalam badan kita nih, sesuatu yang bermanfaat untuk kesihatan kita.

  2. ckiesz miesz says:

    jadi, adakah air mineral itu lebih baik dari air minuman?dan adakah air minuman itu kurang baik untuk tubuh badan kita?

    • SuperNifz says:

      Air mineral mengandungi sedikit garam. Oleh itu, bagi yang ingin mengelakkan water retention dan mahu weight loss, kurangkan minum air mineral, tetapi banyakkan minum air biasa atau osmosis k.

  3. betul.

    memang ramai yang tak tahu perbezaan setiap warna tuh.
    titan recently posted…Vouloir C’est Pouvoir.My Profile

  4. Info yang sangat bermanfaat. Lepas ni, kene beli air bertutup biru. Jazakillahu khairan jzk ^^,

  5. Apa beza Air Mineral Penutup Biru dengan Penutup Hijau? Macam Cactus dgn Spritzer…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing