Jejom Kita BerBlog

Hari nih Roe nak cite pasal Blog. Mesti kawan-kawan semua pernah dengar,pernah baca & pernah berBlog kan?? Ok meh sini baca sampai habis bingkisan Roe kali nih,

blogger

Blog ini  adalah tempat untuk seseorang individu ataupun kumpulan tertentu untuk berkongsikan apa jua yang diingininya kepada orang lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Melalui cara ini lah maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet diseluruh dunia.

Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Blogging

Itu lah antara makna Blog, amacam dah boleh nampakkan kenapa semakin ramai yang suka berBlog la nih. Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukuwwah dan persahabatan, di samping dapat berkenalan dengan blogger lain dengan kita pergi “melawat” ke blog mereka. Biasanya kita boleh tinggalkan komen kita di ruangan komen untuk memberikan pandangan kita mengenai artikal yang kita baca di blog seseorang itu. Jadinya dari situ perkenalan sudah boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Sonya wujudlah perkataan Blogger khusus untuk mereka-mereka yang ada gemar berBlog ni…

So amacam sekarang? Nak cuba berBlog? Tapi tak reti macam mana nak mula?

Meh sini Roe kenalkan seseorang yang boleh membantu anda untuk mula berblog. Klik kat link ini k. http://www.salwasaleh.com/2015/07/blog-makeover.html

salwasaleh

Sis Salwa Saleh adalah salah seorang blogger yang menawarkan perkhidmatan Make Over Blog untuk mereka-mereka yang ingin berBlog. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dalam bentuk pakej yang pastinya menawarkan harga yang berpatutan. Anda pasti berpuas hati punya lah. Sebabnya Blog Roe nih sendiri pun ada sentuhan dari beliau tau. ;). Salwa nih baik jer orangnya tau… Senang berurusan dengan sis Salwa nih. So kawan-kawan semua jangan segan-segan tuk bertanyakan lanjut kat dia k.

 

Ok lah sekian dulu perkongsian Roe tuk kali nih k.

Comments

  1. Kalau ada template yang cantik dan user friendly, memang senang nak tarik pelawat untuk singgah dan bertandang di blog kita..

  2. blog adalah aset intelek yang boleh juga dikomersialkan..tapi bagi saya blog telah menghubungkan saya dengan ramai blogger di Malaysia dan indonesia

  3. tak pandai make over.

    pandai taip aje.
    titan recently posted…Komisen ke 52 dari Ashadee.comMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing