JANGAN BOIKOT DENGAN EMOSI SEMATA-MATA

ALHAMDULILLAH!! Akhirnya, logo Shaklee yang telah bertahun-tahun ada di website Keneseth Israel ini telah pun diturunkan. Inilah berkat suara bantahan beramai-ramai oleh para Shaklee Distributor Muslim di Malaysia. Sujud syukur kepada Allah. 

 Keneseth Israel Vs Shaklee7

 JANGAN BOIKOT DENGAN EMOSI SEMATA-MATA

Alhamdullilah,Sekarang ini dah jelas dan dah pun terbukti yang Shaklee tiada kaitan langsung dengan Israel atau Zionistkan.

Saya perhatikan, ramai antara kita yang suka sangat share dan sebarkan macam-macam info di blog dan Facebook, tanpa kita sendiri tau kesahihannya. Ini termasuklah isu Shaklee menyumbang kepada Israel ni.

Siap dengan macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Ada yang sampai nak buang vitamin yang dah dibeli dan suruh semua orang lain jangan lagi beli produk Shaklee.

Ada juga yang ambil kesempatan ni mengutuk Shaklee, semata-mata untuk melakukan produk dan bisnes mereka sendiri. Kononnya produk mereka lebih baik sebab berasaskan makanan Sunnah sahaja.

JANGAN SEBARKAN FITNAH!!

Oleh itu,sebelum menyebarkan info yang kita sendiri tak pasti, silalah selidik terlebih dahulu. Tanyalah kepada mereka yang ‘ahli’ dalam bidang itu, bukan hanya mendengar dari mereka yang tak pernah dan tak tahu apa-apa pun tentang perkara tu.

Kalau kita sebarkan berita yang tak betul, kan dah jadi FITNAH tu!! Dosa fitnah lebih besar daripada MEMBUNUH!!

Kepada mereka yang telah pun menyebarkan info PALSU tentang Shaklee menyumbang kepada Israel, saya berharap anda dapat menarik kembali fitnah yang telah anda sebarkan, dengan menyebarkan kembali entry ini atau mana-mana entry blog lain yang mengupas isu ini.

Mudah-mudahan Allah sentiasa menjadikan diri kita orang-orang yang banyak memberi manfaat kepada yang lain. Dan bukannya orang yang hanya sering mencari-cari kesalahan orang lain.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing