Hilangkan Kedut di Wajah – Petua

Hilangkan Kedut di Wajah

kedut 

Untuk mendapatkan kulit yang lambat berkedut kita hendaklah memastikan kulit kita sentiasa lembab dan tidak kering (hidrasi) dari segi luaran dan dalaman.

Dari segi luaran ialah dengan menggunakan krim pelembab dengan cara yang betul supaya ia lebih berkesan. 

Mari kita berkongsi tips (petua) mudah dan ayuh jadikan sebagai rutin harian kita,

1. Selepas bangun tidur, mandi…basuh muka, lap sikit-sikit kemudian sapu krim pelembab. Bagi orang Islam, krim pelembab ini boleh disapu selepas solat subuh.

2. Minum segelas air limau/lemon suam (sebagai tonik untuk kulit yang sihat).

3. Mandi dengan memberus atau menyental daki sehingga bersih dan segar. Boleh menyental badan dengan menggunakan berus badan atau bahan sentalan campuran sedikit madu dan gula.

4. Selepas mandi, jangan lap badan sehingga kering sangat, biarkan kulit lembab. Kemudian sapukan krim pelembab lagi ke muka dan seluruh badan, teruskan dengan bersiap dengan memakai pakaian, kemudian sapu krim pelembab lagi di muka, sambung lagi bersiap, sapukan lagi krim pelembab ke muka. Ulang menyapu krim pelembab sehingga 3 – 5 kali. Pastikan krim pelembab tersebut betul-betul terserap ke dalam kulit. Sebenarnya proses ini hanya mengambil masa 5 – 10 minit sahaja.

drink-a-glass-of-water-for-health

Bagi mengelakkan kulit kering dari dalaman ialah dengan minum banyak air dan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kulit yang sihat dan cantik.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing