Hari #7: Buku Yang Anda Suka| Cabaran 30 Hari Entry

Buku Yang Anda Suka… Itu lah tajuk Cabaran 30 Hari Entry di hari #7. Kali ni saya nak berkongsi mengenai buku JANGAN BERSEDIH ataupun La Tahzan…

 

La Tahzan Jangan Bersedih

La Tahzan Jangan Bersedih

Petama kali tengok tajuk buku ni, terus macam terasa nak baca sesgt buku ni.. Kalu ikotkan mase memula jumpa buka ni, bukannyer tengah bersedih pun, tengah dok cari buku bacaan untuk anak-anak..Sesambil tuh melilau-lilau dalam book store tuh, itu yg ternampak & terus bace sinopsisnya… Antaranya…

la tahzan

Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.
Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi. Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Hanya kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t. Mungkin ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. Atau mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan. Ini yang selalunya membuat kita jauh daripada Allah s.w.t dan dilanda kesedihan. Terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat mudah terlena, terlalu sedih atau kecewajuga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong suram.

Setiap Malasah pasti ada Penyelesaian

Setiap Malasah pasti ada Penyelesaian


Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkan lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia.


Jangan bersedih, mungkin itu lafaz yang amat mudah dan ringkas. Makna dan jiwanya besar. Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni mengupas indah dan mudah pengisian ilmunya. Menyuntik semangat untuk jiwa yang bersedih, berduka dan hati yang bercelaru. Agar kita lebih dekat dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Kita memohon kekuatan dan ketabahan daripada Allah s.w.t bagi menghadapi kesusahan dan kesedihan.

Hurmm.. menarik sungguhkan susunan ayatnya.. Mudah untuk di fahami dan begitu mendalam maksudnya.

Susunan ayat yang mudah difahami

Susunan ayat yang mudah difahami

Ada banyak bab dalam buku ni taw.. Ada 281 bab kesemuanya. Memang Berinspirasi dan memberi semangat sungguh “cerita-ceritanya”.

Sebenarnya ramai dah penulis yang dah mengeluarkan buku yang bertajuk Jangan Bersedih ni, kita kena pepandai mencari yang kena dengan kita k…

Ok itu lah sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai Buku Yang Saya suka…Tenang jiwa membacanya…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing