Hari #3: Percutian Keluarga |Cabaran 30 Hari Entry

Hokeh untuk cabaran hari ke3, kali ini tajuk yang dipilih oleh adalah Percutian Keluarga.

Baiklah, kebetulan pulak bebaru nih mmg kami ada pergi bercuti, tetapi percutian yang biasa-biasa aje,tapi tak kisah lah biasa ke luar biasa ke, yang penting bagi saya dan suami, anak-anak bergumbira….

Destinasi pilihan kami kali ini, Kuala Lumpur. Dan tempatnya Zoo Negara dan PetroSains KLCC.Kami memilih 2 tempat nih, coz nak bagi pendedehan kat anak-anak mengenai haiwan dan dunia Sains. Alhamdullilah, ala-ala mission accomplish aaa…. mmg anak-anak teruja & seronok sangat..

Hari Pertama

Zoo Negara - Percutian Keluarga

Zoo Negara – Percutian Keluarga

Zoo Negara, seronok juga sekali sekala melawat tempat-tempat yang banyak haiwan-haiwan nih, bagi anak-anak kami kenal sedikit sebanyak dengan haiwan-haiwan yang ada kat muka bumi ini.

 

Adam dengan Burung Kakak Tua

Adam dengan Burung Kakak Tua -Takut sebenarnya tuh…

 

kakak-zoo

Kakak dengan Burung Kakak Tua-Steady

Alhamdullilah kami sampai agak awal, sonya takda lah nak berebut-rebut. Masuk2 terus ke Mini Show, memang seronok tengok anak-anak bergumbira tengok pertunjukkan Anjing Laut dan Burung Kakak Tua. Sebelum-sebelum ini, kalau pergi Zoo, asik terlepas jerk nak tengok pertunjukkan tuh, tapi kali nih, alhamdullilah…

Hari Kedua

Ok, hari keduanya pulak, kami ke PetroSains kat KLCC.Pun sama macam hari semalamnya, kami pergi agak awal, sonya takder aa nak bersesak sangat masa nak beli tiket.

Pertunjukan Api

Tekun 3 beradik nih tengok Pertunjukan Api

Hurm, seronok rupanya masuk PetroSains nih, macam-macam benda yang kita tak terfikir boleh kita jumpa dalam pameran kat PetroSains ni. Anak-anak jangan cakap lah, semua benda dicubanya…

Haaa… masa dan on de way nak balak tuh, kami singgah kat satu lagi tempat, iaitu Istana Negara… Hehe… Istana lama… bukan Istana Baru k…hehehehe…

Makan aiskrim sementara tunggu Mama beli tiket

Makan aiskrim sementara tunggu Mama beli tiket

 

Selalunya ada Kuda...

Selalunya ada Kuda…

Perh… mmg menarik aa suasana kat dalam Istana tuh, memang tak pernah terbayang pun dapat masuk kat Istana tuh, mamang cantik I tell u…. Beruntungnyer jadi anak-anak raja nih kan…  

 

Ok lah itu lah sedikit sebanyak pengalaman kami bercuti kali ini. Sampai berjumpa lagi ya…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing