Gastrik Ketika Berpuasa

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

gastrik

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidak selesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

gastrik

Gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa? Gastrik antara masalah yang biasa ketika bulan ramadhan. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis iaitu keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut. Kedua adalah ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam dan lebih teruk berbanding gastritis. Menurut kajian, kira-kira 80% ulser gastrik berpunca daripada bakteria Helicobacter Pylori.

Tips Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
  • Berbuka secara ringan – Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
  • Tidak berbuka terlalu berat – Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
  •  Elak minum minuman berkafein ketika berbuka -  Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.
  • Elak makanan tinggi lemak – Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.
  • Makan secara sederhana – Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

 

Pengambilan Supplemen Mengatasi Masalah Gastrik

Sebagai satu usaha, anda boleh mengambil supplement seperti berikut bagi membantu mengatasi masalah gastrik:

1. B Complex

–       Menawarkan Vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis Vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

2. OsteMatrik

–       Membekalkan nutrient hariantermasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

3. Vita-Lea Iron Formula

–       Suplimen seimbang dan kemprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu di beli. Ia dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin danmineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

4.ESP – Energizing Soy Protein (ESP)

–       Merupakan sumber soya terbaik dari Shaklee. Ia mengandungi 14 gram protein soya bukan GMO berkuality tinggi dengan semua Asid Amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sentesis protein termasuk sembilan asid amino penting.

Mari kita berikan yg terbaik buat diri kita agar gastrik bukan lagi satu masalah utk kita menjalankan Rukun Islam yang ketiga ini. InshaAllah. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini adalah yang terindah buat kita dan mari sama-sama kita berusaha untuk mengatasi masalah gastrik ini agar ia tidak menjadi asbab untuk kita meninggalkan puasa kita. Buktikan! Kita juga hebat seperti umat yang lain!

Klik jer SET GASTRIK n tuk pembelian secara terus atau hubungi jerk saya cam detail kat bawah n k..

Pengedar Shaklee Perak

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing