Cyst & Fibroid

Apakah Cyst?  

Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka. Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor.

Apa itu cyst ovari?

 

Cyst Ovari

Cyst Ovari

 

cyst2 

Cyst ovari adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia bukan penyakit kanser kerana ianya tidak merebak secara merbahaya. Cyst ovari ini akan membesar secara perlahan2 tanpa merebak ke tempat2 lain. Cyst sebenarnya adalah kelompong nipis yang mengandungi air, berada dalam ovari. Kelompong seperti ini biasanya adalah fisiologi normal bagi wanita yang subur kerana kelompong ini mengandungi ova (telur wanita).

 Namun apabila ianya tidak menetas dan saiznya melebihi 20mm atau 2cm, maka ianya dinamakan cyst ovari. Saiznya boleh bertambah besar selagi ianya tidak menetas. Ianya mungkin bersaiz biji kacang atau mungkin sebesar buah tembikai.

 Jika tidak dibedah, kemungkinan ianya akan pecah sendiri secara semulajadi dan menyebabkan pendarahan yang banyak. Untuk menghentikan pendarahan ini, pembedahan harus dilakukan. Maka sama ada mahu menunggu ianya pecah secara semulajadi atau dikeluarkan, pembedahan adalah jalan terbaik. Selalunya, pembedahan akan dilakukan apabila saiznya melebihi 5cm.

 Selalunya, wanita yang menghidapi masalah cyst ovari akan mengalami masalah2 ini:-

  • Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.  
  • Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.  
  • Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.  
  • Perut membesar tanpa hamil.  
  • Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)  
  • Gangguan kencing atau air besar.  
  • Dalam kes cyst ovari diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.

 

Apa itu fibroid?

Fibroid

Fibroid

 

Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.

 Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu :

  •  Estrogen
  • Progesteron

Biasanya Estrogen meningkat naik selepas haid dan paras Progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas haid sehingga tempoh haid yang akan datang. Keadaan ini kadangkala menyebabkan salah satu hormon menjadi kurang atau tidak seimbang.

 Jika keadaan terlalu banyak Estrogen dan kekurangan Progesteron terjadi maka hal ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid dalam rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita mengetahui mengapa kandungan Estrogen dan Progesteron menjadi tidak seimbang, mungkin juga disebabkan oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang, yang mana boleh menyebabkan paras Estrogen dan Progesteron terganggu.

 Biasanya wanita yang hampir menopause akan mempunyai ketumbuhan fibroid yang saiznya kecil dan tidak menimbulkan apa-apa tanda. Dan akan mengecut sendiri apabila wanita itu putus haid atau menopos.

 Tanda yang biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid, dan diantara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). 

 Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun! 

 

Apakah Punca Fibroid?

Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.
 
Gejala-gejala

Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim :

Jenis-Jenis Fibroid

Jenis-Jenis Fibroid

 

Fibroid 1 : Intramural
Yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2 : Submucosal
Juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3 : Subserosal
Juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.
 
Cadangan Vitamin

Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan. Ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.

Set Rawatan Cyst & Fibroid

Set Rawatan Cyst & Fibroid

GLA Shaklee

GLA Shaklee berfungsi untuk menyeimbangkan hormone di antara hormon estrogen dan hormon progesteron supaya ia kembali ke tahap normal.

Vitamin ACE

Vitamin ACE terdiri daripada Carotomax Shaklee (Vitamin A), Vitamin C Plus Shaklee (Vitamin C) dan Vita E Shaklee (Vitamin E). Vitamin 3 serangkai ini merupakan anti-oksidan penting untuk membunuh hormonxenoestrogen.

Memadai Ke Dengan GLA Sahaja?

Jika anda ingin mencuba GLA sahaja,Boleh… Akan TETAPI adalah amat disarankan pengambilan GLA ini digabungkan antara GLA dan Vitamin ACE kerana GLA hanya bertindak membetulkan hormon yang tidak seimbang, manakala Vitamin ACE pula menghapuskan hormonxenoestrogen.

Berminat untuk berikhtiar menghilangkan Cyst atau Fibroid anda atau orang yang tersayang? Boleh hubungi saya ya. Jom guna produk yang terjamin selamat, sihat, berkesan dan mesra alam ni

Comments

  1. Thx Atas Informasinya, Produk Soybean Isoflavone Capsule Meringankan gejala menopause & menstruasi, meningkatkan gairah seksual, daya tahan tubuh, penambah hormon Estrogen, dan sebaliknya sebagai penyeimbang pada wanita dengan hormon berlebih.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing