Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru akan mengalami masalah ini. Saya percaya Ibu-ibu mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospitalkan.. Sebab saya pun berperasaan yang sama ;).

sembelit

Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil..
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidinaboleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran di bantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besiatau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah kerana saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.

 

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

vegejuice

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

 

Cara Saya Cegah Sembelit Lepas Bersalin

1. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Biasanya suami saya akan sediakan. Letak siap-siap dalam bilik supaya senang nak minum bila saya bangun tengah malam untuk menyusukan bayi atau tukar lampin.

2. Banyakkan makan buah oren. Selain baik untuk merawat luka dalaman dan luaran, oren juga boleh menjadi pelawas. Buah oren juga boleh dibuat jus. Saya biasanya minum jus oren kotak (yang 100% asli) sebab malas nak buat sendiri.

Tapi ingat, sebolehnya jus oren jangan disejukkan kerana ibu berpantang tidak digalakkan minum minuman sejuk.

3. Makan lauk yang berkuah. Menu saya dalam pantang biasanya masakan sayur air yang terdiri daripada sawi, lobak merah (carrot) dan brokoli.

Kalau tak makan nasi, saya makan lauk sahaja. Ia dah membantu untuk saya lawas membuang air besar.

4.Ambil 4 biji Ostematrix sebelum tido. Saya sangat suka Ostematrix kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai pelawas, tetapi juga membantu memberikan saya tidur yang lena sepanjang malam.

5. Bila bangun menyusu pun, tak rasa pening, sakit badan dan belakang, mudah jer saya sambung tidur semula selepas menyusu.

Bangun keesokan paginya, pasti akan terus buang air besar. Lega rasanya perut, best kan?

ostematrix shaklee

Mari kita lihat apa yang ada dalam Ostematrix.

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

Ostematrix juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

5.Amalkan pengambilan ESP & Zinc Complex setiap pagi, sepertimana pengalaman indah yang dilalui oleh salah seorang pengguna Shaklee iaitu Pn.Khadeejah Hasmad semasa kelahiran anak kedua. Jejom kita tonton perkongsian video berikut:

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!