Masalah Period Tidak Teratur

Menstrual-Cycle

Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambing kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.

Gangguan ini boleh menjadi insiden yang menggembirakan khususnya bagi wanita yang sudah berumahtangga dan sedang berusaha mendapatkan anak. Bagi mereka yang tidak bercadang dan tidak mahu hamil pula, gangguan haid itu amatlan mencemaskan.

Tegasnya, tidak datang haid adalah tanda awal kehamilan. Walaupun demikian, ia mungkin juga satu petanda bagi beberapa jenis penyakit lain khususnya penyakit kanser pada anggota peranakan.

Wanita yang menyusukan anak atau sedang menghampiri waktu putus haid mungkin juga mengalami gangguan haid ini. Kedatangannya juga boleh dihentikan dengan sengaja untuk tujuan tertentu seperti mengerjakan ibadat haji atau umrah ataupun untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit

 

Puan Ija Ramli mengalami masalah yang sama, period tak datang selama setahun!

Oh boleh bikin pening kepala, kan.

Puan Ija Ramli mengamalkan Set Period Kembali secara konsisten selama 3 minggu, dan alhamdulillah akhirnya  period beliau datang semula.

Set Period Kembali ini terdiri dari 4 jenis supplement penting iaitu

  • Vitalea (multivitamin)
  • Vitamin C
  • B Complex
  • GLA Complex

Jom ikuti perkongsian Puan Ija Ramli di bawah nih…

 

Set ini bertahan 2 – 6 bulan, harga satu set ini hanya RM336.25

Dapatkan set ini segera untuk betulkan semula period anda dan kembalikan keceriaan hidup anda.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

 

Dilema Wanita – Haid tidak teratur

 

 

KEDATANGAN haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawtan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Sumber Dr Adilah Ahmat – Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!