Angin dalam badan

WindBlowing

Angin yang terdapat di dalam badan kita selalunya berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

colon cancer

 

Sebenarnya… Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

angin
Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

 

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  • ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  • Perut berangin.
  • Sakit kepala/migraine.
  • Perasaan mudah marah.
  • Hilang selera makan.
  • Hilang/kurang nafsu seks
  • Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

 

MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN

detox1

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.

* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.

* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.

Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.

* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.

Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.

RAWATAN

* Menukar jenis pemakanan
* Makan ubat
* Kurangkan menelan udar

Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini melalui pengalaman yang dilalui.

Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenalpasti, hindarkan makanan tersebut.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin ini.

Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula.

Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan.

Minum air Halia

Home-Remedies-of-Stomach-Pain

 

 

 

 

Shaklee Peppermint Ginger Plus Penyelesai Masalah Angin

peppermint1

Halia adalah herba terunggul dalam memastikan saluran penghadaman lancar dan mempunyai aspek semulajadi yang bisa menyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina sebagai pelengkap kepada halian dengan berfungsi membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan membuang angin dan mengembalikan keselesaan kepada perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut yang berangin. Bukan itu sahaja, tabletnya juga boleh ditumbuk dan dicampur dengan air panas untuk menjadi minuman herba semulajadi. Paling penting, setiap produk Shaklee tentulah bebas dari sebarang unsur perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani di SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk mendaftar sekarang!

Peppermint Ginger Plus

Pappermintgingerplus

Halia merupakan herba yang terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan ia mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.