Sabar dan Redha Dalam Menghadapi Ujian

 

sabar

Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia.

 

Apabila Allah uji kita dengan fitnah/ ujian kesusahan, bagaimanakah caranya kita mahu menghadapi ujian ini?

 

Pertama sekali ialah sabar. Sabar dalam bahasa Arab membawa maksud ‘kurung’ atau ‘penjara’. Yakni bermaksud mengurung emosi dan nafsu kita.

 Sebagai contoh ada orang yang tertekan dan ingin terjun bangunan.Ada orang tidak mampu menahan tekanan rasa mahu menjerit. Adapula teori kaunseling mengatakan, menjerit dan meluahkan satu dari cara meredakan tekanan. Itu menurut teori psikologi moden.

Walhal Islam mengajarkan supaya wudhu, solat dua rokaat dan mengadu kepada Allah. Bukan menjerit.Adayang menjerit hu ha hu ha kerana tension. Adakah ini cara yang betul untuk menghilangkan tekanan?

Menurut Islam, tekanan ini diselesaikan dengan sabar. Itu sebab Allah menceritakan kelebihan-kelebihan orang yang sabar. Sebagai contoh,

“khabar gembira bagi orang yang sabar” (al-Baqarah, ayat 155).

 Manakala cirri-ciri orang yang sabar ialah redha seperti dalam firman Allah,

“Yakni orang-orang yang apabila ditimpah musibah, mereka berkata inna lillahi ilaihi rojiun.” (al-Baqarah, ayat 156) 

Maksudnya dia redha dengan apa yang menimpa. Oleh sebab itu, kita harus redha dengan dugaan dan ujian yang Allah timpakan kepada kita.

Kita selalu lihat apa yang berlaku di luarsana, ada ramai orang yang diuji lebih teruk daripada kita. Jangan kita lihat hanya diri kita semata-mata. Kemudian sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah.

Itu yang harus kita jadikan sebagai motivasi dan muhasabah.Kita selalu meminta dari Allah, namun tidak pernah memberikan ketaatan. Kita tidak akan dibantu oleh Allah seandainya kita tidak membantu agama Allah. Seperti firman Allah,

“Sekiranya kamu tolong agama Allah, nescaya Allah tolong kamu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Maksudnya bukan kita menolong Allah, sebaliknya menolong agama Allah. Caranya ialah dengan mentaati perintah Allah.Ini cara untuk melahirkan perasaan redha.

sabar1

Orang yang faham sabar dan redha ini ialah orang yang memahami taqkir Allah. Hanya orang yang tidak beriman kepada qada dan qadar tidak mampu untuk bersabar dan tak mampu untuk redha.

Berbicara tentang sabar, ia sering dikatakan sebagai satu sifat yang mudah disebut, payah untuk dilaksanakan. Ada benarnya, kerana kesabaran mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Maka itulah jelas kedudukan seseorang di sisi Allah, dan hampirnya seseorang hamba itu dengan Tuhannya adalah dengan menerusi nilai kesabaran yang ditunjukkan dengan akhlaknya, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]

Dan Allah Swt juga mengingatkan kejadian kita sebagai hambaNya dalam ayatNya “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah ayat 155]

Sesungguhnya dalam usaha menjadi orang yang Berjaya dunia dan akhirat adalah dengan belajar memperbaiki diri. Dan dalam memperbaiki diri mengatasi kelemahan menerusi dua perkara sabar dan menahan marah ini, keduanya memerlukan kepada kekuatan hati untuk dilaksanakan.

Maka Setelah selesai sesuatu amalan yang baik ucapkanlah Alhamdulilah. Memperbanyakkan ucapan ini kerana ia  melambangkan sifat sabar dan syukur kerana dihidayahkan Allah SWT untuk kita berubah kepada kebaikan dan membahagiakan diri dan pasangan. Semoga dipermudahkan setiap usaha kepada pengakhiran yang baik di dunia dan akhirat yang abadi.

Cara Elakkan Penyakit dan Sembuh Mengikut Sunnah Rasullullah (saw)

sabarsolattenang

CARA-cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit, seperti yang dipetik dari sebuah buku.

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf: 179).

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata,’ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini’

Tambahnya dengan nada tegas,’Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran.’

Jejom kita layan video nih sebagai salah datu cara untuk muhasabah diri

Asma Ul Husna #Dai TV3

Keajaiban Hidup

Tawakal Adalah Keajaiban Hidup::

quantum miracle



Kita melalui proses, makin hari kita akan makin bertambah umur kita. Tidak ada siapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku pada besok hari, secara tepat, boleh mengagak mungkin. Tetapi Allah yang menentukan kehidupan ini. Kadang-kadang perkara yang kita rasa kita tak boleh buat, jika Allah izinkan, ia berlaku. Dan ada orang merasakan ia besar, dengan segala kekuatannya, tiba-tiba ia gagal dalam hidupnya. 
Dulu masa kita sekolah, kita kene ingat kawan-kawan kita yang dapat nombor 1, nombor 2, tapi bukan semua yang dapat nombor yang baik-baik itu akhirnya menjadi orang yang hebat.


Sahabat sekalian,,,
Dalam agama, antara perkara besar yang agama tekankan dalam soal aqidah, ialah bab yang dinamakan dengan tawakal. Insan bergantung dengan Allah SWT.. Manusia disuruh berusaha, tapi manusia kena yakin bahawasanya, atas segala usahanya,  kuasa yang lebih besar ialah kuasa Allah SWT. Sebab tu Allah berfirman: 

ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله بالغ امره قد جعل الله لكل شىء قدرا


Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat ni orang Melayu panggil “Ayat 1000 Dinar” walaupun orang melayu guna duit RM.. Kita tak panggil ia 1000 Dinar atau apa-apa, ia ayat dari Surah At-Thalaq, ketika Allah menceritakan nasib-nasib wanita yang ditalaq dan juga nasib manusia keseluruhannya. Allah mengingatkan kepada mereka dan kepada kita. Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan untuknya jalan keluar, dan Allah rezkikan dia dengan jalan yang dia tak sangka, rezki datang dengan jalan yang kita sangka dan yang kita tak sangka.  Orang selalu sangka, rezki tu gaji dia,  tapi kadang-kadang dia dapat makan, dia dapat macam-macam yang Allah beri dalam hidup dia, tanpa dengan usaha dia. Kalau bergantung dengan kadar kebijaksanaan dia, mugkin dia tak dapat semua itu, tapi Allah telah memberikan berapa banyak kurnia dalam hidup kita. Semata-mata kurniaan “Yang Maha Memberi Rezki”.

“…Dengan berzikir kepada Allah
gumpalan ketakutan……..
kecemasan dan kesedihan…..
akan lenyap.
Lebih dari itu,
dengan berzikir kepada Allah
tompokan beban hidup
dan masalah kehidupan
akan hilang….”



Sahabat sekalian,,,

 TAWAKAL adalah KEAJAIBAN HIDUP.. “Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri, yang menguasai segala urusan, yang menguruskan, yang menegakkan, dengan rahmatMu ku memohon pertolongan,  baikilah untukku urusanku keseluruhannya. Dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip  mata.”  
Allah, tolonglah urus urusan ini, mengharungi kehidupan dengan cabaran-cabaran kehidupan, setiap orang ade masalah dengan kehidupan seharian, kadang kala kita apabila kita bergantung dengan kemampuan kita, kita rasa kita lepas. Kita tak lepas sebenarnya… Tapi apabila Allah yang menakdirkan kita urusan kita… Masyaallah…… ia jadi sangat cantik. Apabila Allah menguruskan urusan ini, ia menjadi sangat ajaib. Banyak perkara yang orang sangka dalam kehidupan ini, kita menang. Tapi jika Allah tidak izinkan kita, kita kalah. Dan ada perkara yang orang sangka kita kalah, tapi dengan kita bergantung kepada Allah, Allah memberikan keajaiban di luar jangkaan manusia.

 “Orang-orang yang dikatakan kepada mereka…
Nun disana, orang-orang sedang berkumpul
untuk mengambil tindakan kepada kamu..
Takutlah kamu kepada mereka.. 
bertambah iman mereka.
Mereka berkata,
Cukuplah bagi kami ini Allah,
kepada Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan..”


Sahabat sekalian,

Kita ada kehidupan, kita tak boleh menjangka apa yang bakal berlaku.. Berbagai-bagai lagi, mudah-mudahan kita bergantung kepada Allah. Ada kadang-kala Allah uji kita dengan berbagai-bagai ujian… Kita pun  berasa.. ” Ya Allah…..habislah akuuu!!!!!”  tapi jika kita yakin “Hasbunalllah wa ni’mal waqil”  Masyaallah, entah berapa banyak kita lalui dugaan perjalanan dalam hidup, hari ini telah pun Allah keluarkan kita daripadanya. Sebab itu, bab tawakal ini bab aqidah, apabila manusia boleh meyakinkan, bahwa dia bergantung kepada Allah,, bulat imannya, disamping dia sentiasa berusaha. tapi hatinya sentiasa mengharap pada Allah.. Kita akan tengok kehidupan kita ini berjalan dari satu peringkat kepada satu peringkat, sehingga kita bertemu Allah.

BerSelawat dan fadilatnya.

Amalan yang mudah namun dipandang ringan….hakikatnya selawat banyak fadilatnya.

selawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani

Sebab Anak Tidak Hormat Ibu Bapa

Saya sangat tertarik bila membaca artikel yang sungguh hebat nih dalam blog Master Norita Idris, saya rasa sungguh tertarik dan nak jugak berkongsi dengan semua teman saya sekalian betapa pentingnya sesuatu amalan itu….

Dr. Fadilah Kamsah menulis….

Assalammualaikum. …..
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu …
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ….either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya …..makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik …
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ….tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib …. dapat semua waktu lagi baik …sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita“. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly… Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you’ll lose nothing.
Wallahu A’lam…
Terima Kasih

Bahagia

bahagia

 

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Kebahagian hidup adalah merupakan matlamat utama kehidupan manusia didunia ini. Ia tidak kira bangsa, agama, ataupun budaya, apabila ditanya apakah yang kamu mahu didalam kehidupan ini? pasti jawapannya tetap sama adalah untuk hidup bahagia. Tetapi, bagaimanakan untuk mencari kebahagiaan hidup? Adakah anda bahagia sekarang? Sekiranya masih timbul keraguan lagi terhadap persoalan ini, anda sepatutnya meneruskan pembacaan artikel yang t5 telah sediakan.

smile

Setiap orang mempunyai definisi yang berlainan. Anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah makna kebahagiaan didalam kehidupan anda. Ini adalah amat penting kerana ia akan mempengaruhi keputusan anda yang lain. Sebagai contoh, anda rasakan keluarga adalah kebahagian utama didalam kehidupan. Kemudian anda mendapat tawaran kerja yang memaksa anda berjauhan dengan keluarga untuk satu jangka masa yang panjang. Sudah pasti anda mengetahui keputusan mana yang perlu dilakukan.

Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

 

SID-1065293

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani di SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk mendaftar sekarang!

 

 

Bersabarlah

sabar3

Kerana di hujung jalan kesabaran itu, terdapat kesudahan yang dibanjiri dengan nikmat-nikmat kesempurnaan.

al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.” Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajipan yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.”

Firman Allah,

“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga-syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dar semua pintu; (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu,”

(Ar-Ra’d; 13: 22-24)

Bersabar…bersabar…dan berdoalah!

sabar2

Apabila kita ditimpa musibah, banyakkan bermohon kepada Allah. Berdoalah tanpa jemu. Mintalah daripadanya. Tidak kiralah walau cepat atau lambat termakbulnya doa itu, jangan sedikitpun timbul rasa putus asa. Apabila hamba-Nya berdoa,Allah s.w.t mempunyai 3 jawapan pada Doa’:

Pertama: Ya

Kedua: Ya, tapi bukan sekarang.

Ketiga: Ada perancangan yang lebih baik untuk dirimu

Tidak ada yang ‘tidak’, teruskan berusaha dan berdoa.
Wahai jiwa hamba, percayalah pada-Nya…

sabar

Setelah kita mengetahui betapa indahnya sabar, maka sekarang pertanyaannya adalah: sudahkah kita mewujudkan nilai-nilai kesabaran ini dalam kehidupan kita? Sudahkah kita menjadikan sabar sebagai rukun kebahagiaan kita? Sudahkah sabar mewarnai hati, lisan, dan gerak-geri anggota badan kita?

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

 

SID-1065293

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani di SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk mendaftar sekarang!

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

keberkatan1

 

  1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
  4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
  5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
  6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
  7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
  8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92.
  9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat – bukan dunia untuk dunia)
  10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
  11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)’

 

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. Banyak lagi yang kita perlu tahu untuk mendapat keberkatan seperti doa-doa yang mustajab, mujarab solat sunat Dhuha, berkatnya zakat …. Dan berbagai lagi. Semuga kita dapat menfaatkan artikel ini dan bersyukur atas nikmat yang kita dapati.

Doa Termakbul Di Hari Wukuf

wukuf-di-arafah-1
Banyakkan berdoa pada waktu wukuf, kerana di situ Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya, dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.” (Riwayat Imam Ahmad)

digalakkan kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah berdoalah kepada Allah segala yang dihajati bagi kehidupan.

Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah.” (Sahih Muslim)

Berpuasa pada hari Arafah, adalah digalakkan sebagai amalan terbaik dan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia tidak kurang juga yang berpuasa pada hari Arafah untuk mendapat ganjarannya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.”

Banyakkan bertaubat dan beristighfar, tinggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, serta mengharapkan keampunan dan rahmat-Nya. Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak suka apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.” (Muttafa ‘Alaih)

Setelah matahari terbenam, Jemaah haji akan bergerak ke Muzdalifah, kedudukannya adalah di pertengahan antara Arafah dan Mina. Kemudian Jemaah akan ke Mina untuk melontar jamrah pada keesokan harinya.