Punca dan Pencegahan Kaki Kejang Ketika Hamil

leg-cramps

Rata-rata wwanita hamil sememangnya mengalami masalah yang satu ini. Yang membezakannya ialah kekerapan. Ada yang hampir setiap malam diserang, ada yang jarang-jarang sekali.

Ia disebabkan oleh asid terkumpul di serat betis yang menyebabkan otot betis anda menegang. Ia juga disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam darah. Apabila wanita hamil mempunyai kurang kalsium dan magnesium, bayi dalam kandungan terpaksa menarik nutrisi yang diperlukan daripada simpanan badan anda.

Lebih parah jika kandungan nutrisi yang tersimpan dalam badan tidak mencukupi untuk bayi anda. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu kekuatan fizikal dan otot serta tulang bayi anda akan terjejas.

Apa Nak Buat Apabila Diserang Kejang Kaki

Apabila malam anda diganggu dengan kaki kejang, pertama sekali yang anda perlu ingat supaya tidak melawan kesakitan itu. Sama juga seperti bersalin, apabila kita melawan kesakitan, otot-otot lain akan turut tegang dan merasa lebih sakit.

Oleh itu, anda perlu buat regangan dengan menegakkan kaki dan gerak-gerakkan tapak kaki anda. Ianya memang agak menyakitkan pada mulanya tetapi ia akan beransur hilang dalam tempoh yang sekejap. Anda boleh urut otot yang sakit itu sekiranya kesakitan masih dirasai.

Masa saya mula-mula kena dulu, memang agak terkejut. Saya akan meringkuk kesakitan sehinggakan pagi esok nak berjalan pun sakit. Sehinggalah satu malam saya diserang kekejangan lagi. Saya kejutkan suami dan beritahu kaki saya krem. Dia tarikkan kaki saya dan urutkan tapak kaki.

Alhamdulillah, sekejap sahaja sakit itu hilang walaupun masa suami tarik rasa macam nak menangis. Pagi esoknya juga saya dapat berjalan macam biasa, tidak seperti sebelum ini.

Cara Untuk Elak Daripada Kaki Kejang Ketika Hamil

Tentulah jika diberi pilihan, saya memang tidak mahu diserang kejang kaki ketika sedang enak tidur. Walaupun saya sudah ada cara untuk memastikan kesakitan tidak berpanjangan, tetapi saat diserang ketika dalam keadaan tidak sedar memang sangat membuatkan saya terkejut.

Macam kena kejutan elektrik tau sebab ia menyerang secara tiba-tiba.

Oleh kerana punca kejang kaki disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium, maka anda perlulah tambah nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian anda. Saya faham mungkin anda peminum susu tegar dan sudah pun mengambil pil kalsium dari klinik.

Tapi anda perlu faham, kejang kaki merupakan indicator atau isyarat bahawa anda tidak menyalurkan nutrisi selengkapnya pada bayi sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan anda. Ini juga membuatkan badan anda semakin lemah apabila kandungan semakin membesar.

Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.

Bahaya kan jika fizikal bayi terjejas hanya kerana kita kurang ambil berat tentang nutrisi secukupnya kepada bayi. Oleh itu, anda perlulah mencari suplemen yang bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil. Pilih suplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium seperti Ostematrix Shaklee. In shaa Allah, anda boleh elak daripada mengalami masalah kejang kaki.

Jika anda alami masalah kejang kaki, atau anda mempunyai rakan yang ada masalah sebegini cubalah ikhtiar supaya masalah tidak berpanjangan. Kita pastinya inginkan kesihatan yang terbaik buat diri sendiri dan anak dalam kandungan kan? Jangan abaikan indicator yang Allah hantar bahawa badan anda kekurangan nutrisi. Kesian pada baby.

Jaga pemakanan dan pastikan pengambilan nutrisi kehamilan sentiasa dijaga dengan baik.

Sila kongsikan artikel ini jika dirasakan ia dapat membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kejang kaki.