Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi

kulit kering

Jenis kulit wajah kering adalah jenis kulit yang terjadi kerana kelenjar minyak yang tidak berupaya untuk menghasilkan minyak untuk membantu menjaga kelembapan kulit. Antara gejala yang ditunjukkan dari kulit wajah yang kering adalah bersisik dan juga mengelupas.

Masalah kulit kering ni sebenarnya merimaskan. Bukan hanya boleh terjadi kepada golongan remaja tetapi dah semakin berusia pun boleh lagi dapat masalah kulit kering ni.

Kulit Wajah yang kering sering memang menjadi masalah yang sangat mengganggu kita kan… Mesti kita akan berasa sangat kurang keyakinan diri dan sering berasa kurang selesa dengan keadaan kulit muka kita yang kering dan kadang-kadang sampai menggelupas jadinya.

AWAS!Anda harus waspada kerana sekarang ini semakin banyak produk yang menggunakan bahan kimia untuk mengatasi kulit wajah kering. Bahan kimia yang digunakan tersebut sangat tidak elok untuk kulit muka kita. Adalah lebih baik kita menggunakan bahan yang semulajadi yakni yang tiada bahan kimia.

Penyebab Masalah Kulit Kering?

  • Faktor genetik
  • Diet yang tidak seimbang atau tidak berhati-hati mengambil makanan berkhasiat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Persekitaran (habuk, kotoran)
  • Pelbagai penyakit (sembelit, lemah fungsi hati untuk menyingkirkan toksid)
  • Stress (badan akan menghasilkan hormon androgen yang berlebihan yang juga menjadi sebab terhasilnya sebum yang berlebihan)
  • Selalu letih
  • Tidur yang tidak cukup
  • Penggunaan alat penjagaan muka atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit
  • Perubahan cuaca

Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Cara Mudah

Masalah kulit kering bukan sahaja membuatkan kita rendah diri, segan nak menghadapi orang lain, tetapi juga menjadi tempat terkumpulnya kotoran dan bakteria. Sebab itu jugalah orang yang mempunyai masalah kulit kering ini akan dapat pakej masalah berjerawat sekali. Maka sebab itulah pentingkan kita menjaga kebersihan diri.  Antara tips yang boleh diikuti;

  • Cuba elakkan menyentuh muka dengan menggunakan tangan sebelum dibersihkan (mungkin terdapat kotoran pada tangan anda)
  • Cuci muka 2 kali seharidengan air suam untuk membuka liang pori-pori dan gunakan pencuci muka yang lembut pada kulit anda, kemudian bilas dengan air sejuk (suhu biasa) untuk menutup kembali pori-pori muka.
  • Jaga pemakananyang berkhasiat, lebihkan buah-buahan dan sayuran hijau serta minum banyak air masak
  • Penting juga memilih produk penjagaan muka yang bersesuaian untuk memastikan masalah kulit berminyak terkawal.
  • Minum air suam 8-10 gelas dalam setiap hari dapat membekalkan bendalir yang mencukupi yang di perlukan oleh kulit muka untuk memastikan kelembapan berkekalan.
  • Untuk membantu memberikan kelembapan pada kulit yang kering, maka sebaiknya gunakanlah krim pelempab. Krim pelembab ini biasanya bekerja unutk membantu menarik air yang ada pada sekeliling kulit dan mampu membantu untuk mencegah agar tidaj terlalu banyak penguapan yang terjadi. Menjaga kulit wajah supaya kekal lembut dan lembab serta segar memerlukan faktor yang perlu kita perhatikan, misalnya sapuan krim pelembap yang mencukupi untuk seharian.
  • Mandi dengan meggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga menjadi penyebab kulit kering pada wajah. Sebaiknya gunakanlah sabun yang sesuai dengan tingkat kelembapan wajah kita.
  • Dan selain itu, untuk membuat kulit tidak kering, maka hindarilah sinar matahari dengan langsung dan hindari juga ruangan yang terlalu sejuk dengan suhu penghawa dingin yang tinggi.

 Atasi masalah kulit kering dengan Vitamin E Shaklee! 

Kita selalu dengar orang kata yang vitamin E adalah baik untuk kulit, tetapi kita jarang ambil tahu apa yang vitamin E ni buat pada kulit kita. Secara amnya, vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki struktur kulit kita.

 

Apa itu Antioksidan?

Antioksidan merupakan zat yang berfungsi untuk melindungi tubuh kita dari serangan radikal bebas. Radikal bebas pula merupakan molekul yang boleh merosakkan sel tubuh, menyebabkan kulit kering, kedutan dan garis-garis halus.

 

Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku.Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling kuat, tetapi badan kita tidak bolehmenghasilkannya. Ini bermakna kita perlu mendapatkan nutrien ini daripada diet harian kita.Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan pengambilan suplemen vitamin E bolehmembantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan sel-sel DNA.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani