Beza antara UBAT dan MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)

Ketahui-Perbezaan-Antara-Ubat-Dan-Vitamin

Ubat

“Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan;

(1) tanpa preskripsi, iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan.

(2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat ini dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan.

Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. .Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Penggunaan ubat yang berlebihan dan dalam jangka masa yang lama tidak baik untuk kesihatan. 

 

Suplemen/ Makanan Tambahan

Vitamin-Pills

Makanan tambahan ni bertujuan untuk menyokong keperluan diet dan membantu menyalurkan nutrisi seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, asid amino yang memang kita tak boleh nak dapat dari sumber makanan harian ataupun menampung keperluan sebab kuantiti yang kita makan berkemungkinan tidak mempunyai nutrisi yang cukup malahan mengandungi lemak dan kalori yang tinggi sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak.

 

Dunia yang berbeza

Walaupun ubat dan supplement mempunyai rupa fizikal yang lebih kurang sama, iaitu bulat atau lonjong dan berwarna, tetapi perubatan dan nutrisi adalah dua dunia yang berbeza.

 

Dalam entry ini saya akan menggunakan bahasa mudah difahami, ‘perubatan’ untuk industri ubat farmaseutikal dan ‘supplement’ untuk industri nutrisi.

Dunia perubatan

Dalam perubatan, ubat lebih bersifat merawat sakit.

Ubat mengandungi dadah yang akan bertindak dengan cepat menyerang virus dan mematikan simptom sakit. Biasanya kalau kita demam, ubat berfungsi untuk menurunkan suhu (merawat simptom)

Sebagai contoh untuk penyakit kanser, pembedahan berfungsi untuk membuang sel yang dirosakkan oleh sel kanser.

Dunia supplement

Dalam dunia supplement, vitamin dan supplement bersifat mencegah sakit.

Sel badan kita memerlukan vitamin dan nutrisi yang betul untuk menjadi sihat dan bekerja secara efektif.

Sebagai contoh penyakit kanser, supplement berfungsi untuk membetulkan semula DNA sel yang rosak seterusnya membantu mengecutkan saiz kanser. (produk Vivix)

 

Kualiti produk

 

Produk Perubatan

Produk perubatan perlu melalui pelbagai saringan ujian klinikal untuk memastikan yang ia sah boleh menyembuhkan penyakit.

Ubat tidak boleh sewenang-wenangnya dijual oleh sesiapa sahaja terutama yang mengandungi dadah terkawal.

Produk Supplement

Produk supplement hanya perlu melalui saringan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan ia boleh dimakan. Kira kalau makan, kita tak pengsan, boleh lulus KKM

Tidak wajib untuk produk supplement menjalani ujian klinikal.

Tapi pihak Shaklee mewajibkan semua produknya menjalani ujian klinikal seperti produk perubatan. Ujian klinikal ini pula dijalankan oleh pihak bukan Shaklee untuk memastikan kualiti terkawal.

Realiti Dunia Kesihatan

Hakikatnya tubuh kita mula tak sihat jika kita kekurangan nutrisi dan zat.

Bila ada lompong nutrisi pada diet pemakanan dan corak pemakanan yang tidak sihat, ia akan menjadi pintu masuk untuk radikal bebas atau virus masuk  ke dalam tubuh dan mula membuat kerosakan (penyakit)

Sebagai contoh, sakit kencing manis berlaku kerana terlalu banyak makan makanan tinggi kandungan gula (karbohidrat) walhal sepatutnya kita kurangkan pemakanan karbohidrat dan lebihkan protien dan serat.

Sebab itu untuk pesakit darah tinggi, walaupun doktor pakar darah tinggi beri ubat kepada pesakit, pada masa yang sama, doktor pakar tersebut turut akan memberi cadangan makanan harian untuk pesakit tersebut.

Kawal cara makan kita dan jalani gaya hidup yang sihat.

Ubat atau supplement, yang mana satu?

Ia bergantung kepada diri anda sendiri. Ambil ubat tak salah, saya pun ambil ubat jika sakit semakin kronik.

Tetapi adalah lebih baik untuk kita cegah sakit dengan mengambil supplement yang membantu tampung kekurangan nutrisi harian kita.

Mencegah lebih baik dari mengubati, kan?

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement semulajadi Shaklee, anda boleh hubungi saya:

SID-1065293

Comments

  1. sama macam doktor vs nutrititionist. org ingt sama padahal jauh berbeza.

    doktor rawat orang sakit. takde org sakit, takde lah doktor.
    kalau dia nk kekal jadi doktor, kena suka org sakit la kan?

    nutritionist nak org sihat. takde org sihat takde lah nutritionist.
    so, kalau dia nak kekal jadi nutritionist, kena lagi suka orang sihat la kan?

    hehe. sekadar perbandingan. doktor2 kalau baca ni jangan mare la plak…
    zainul recently posted…Panduan Menulis Blog Yg Popular & Menguntungkan – 10 Langkah MudahMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing