Bersedih? Ditimpa Ujian?

La Tahzan….

 

Seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155: “Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”

Andai anda sedang bersedih..bermasalah..ditimpa musibah?….apa jua situasi anda.. Ingatlah..setiap manusia di muka bumi ni tak lari dari ujian Allah SWT… Saya juga begitu…

Sahabat sekalian,…. Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa… Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung

 Sebaik2nya kita hendaklah bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan kita dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah swt Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Serulah dari 99 Nama-nama-Nya yang Indah (Asma’ Allah al-Husna), seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki untuk kita “

 

Dan saya juga pernah terbaca bahawa kita digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)

 Apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang ?: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”.

 Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:

1. Doa (kurniaan), 
2. Rahmat dan
3. Hidayah daripada-Nya di dalam ayat seterusnya (2:157): 
Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya…
apa yang saya coretkan ini sekdar peringatan dan ilmu yang bermanfaat untuk kita kongsi bersama dan juga saling ingat mengingati..

Salam sayang

Roe

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing