Barang Keperluan Bersalin

persiapan bersalin

 

Wah… Nampak gayanya tinggal sebulan dua jer lagi, anda bakal bertemu dengan insan yang tersayang yang ldah amaa telah anda tunggu. Roe percaya tentu anda dah pun membuat sedikit sebanyak persiapan kan… Di sini, Roe nak kongsikan checklist barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi semasa di hospital sebagai panduan untuk memudahkan anda.

 

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran Hospital

  1. Rekod kesihatan – Timbang berat, cek tekanan darah…
  2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
  3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
  4. Surat Rujukan Doktor
  5. Surat Jaminan Majikan
  6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
  7. Kad Pengenalan

persiapan bersalin2

 

 

Harus di ingat!!! Elakkan membawa barang kemas k. Kalau boleh bila dah masuk 8 bulan, dah boleh bukak semua barang kemas tuh, sebagai persediaan di masa kecemasan. Tak lah kita nak buka bila di hospital, bukan apa masa tuh kita dah tentu-tentu dengan sakit nak bersalin nya.. Suami pula mesti kalut, panic.. takut tersalah letak pula barang kemas tuh nantikan. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah. 

Pakaian dan Barang-Barang Penjagaan Diri

persiapan bersalin1

  1. Baju T Shirt – yang longgar (memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
  2. Stoking tebal (2 pasang atau lebih)
  3. Minyak Panas (untuk gosok kaki) 
  4. Set Pantang
  5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)

    – Sabun

    – Berus Gigi

    – Ubat Gigi

    – Sikat t

    – Pencuci muka

    – Bedak

    – Tuala

    – Syampu

    – Losyen

 Nota : Bagi yang bersalin dihospital swasta, set mandian ini mungkin tidak diperlukan kerana biasanya ia disediakan dan telah dimasukkan di dalam pakej bersalin

  1. Kain Batik 
  2. Tisu
  3. Selipar
  4. Pad / Tuala Wanita (khas untuk ibu yang baru bersalin)
  5. Seluar Dalam (lebihkan k)
  6. Nursing bra / bra menyusu
  7. Baju sejuk (sweater)

Barang-barang lain

  1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
  2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
  3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
  4. Al-Quran/ Surah Yassin (bagi orang Muslim)
  5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu

    menunggu saat melahirkan

  1. Termos air panas
  2. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
  3. Biskut/Roti  

Barang-barang keperluan bayi

persiapan bersalin3

  1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
  2. Barut
  3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
  4. Pampers / lampin pakai buang
  5. Bedung / kain napkin
  6. Barang mandian bayi
  7. Tuala
  8. Tisu lembap / wet tissue 
  9. Krim untuk mencegah ruam lampin
  10. Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut)
  11. Bedak / losyen

 

Hurmm… Jika segala persiapan ini telah pun anda sediakan… Wah.. Nampak gayanya anda sudah siap sedia menunggu kelahiran insan yang tersayang. Roe doakan moga anda selamat bersalin tak kira lah secara normal ataupun pembedahan k. Tahniah  ;)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing