Risiko Kolesterol Tinggi

AMARAN : Lebih dari 6 juta rakyat Malaysia tinggi kadar kolestrol!!!
ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARINYA? Atau mungkin orang yang anda SAYANG?
Kadang tu kita tau kita ni kolestrol tinggi. tapi rileksss ja lagi.
Bahayanya kalau Kolestrol Tinggi?
Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal dan di biarkan sahaja  LAMA KELAMAAN akan membuatkan anda diserang tekanan darah tinggi.
Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh. Proses ini akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila penimbunan lemak mula berlaku, Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan SERANGAN JANTUNG akan berlaku BILA-BILA MASA.
Dan yang lagi SERAM, benda ni sume attack tanpa ada petanda. Strok, Sakit jantung,ini semua dinamakan Silent Killer.
Pesanan saya buat semua pembaca, kalau dah tahu kandungan kolestrol anda tinggi,TOLONG jangan amik remeh ok..
  • Selalu lah check kadar kolestrol.
  • Amalkan gaya hidup sihat.
  • Kerap bersenam
  • Banyakkan pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C (Vitamin C perlu untuk kesihatan salur darah)
Kalau nak beli suplemen jenama Shaklee, saya syorkan beberapa seperti Omega Guard, Pytocol-ST, Lecitin, GLA, Vitamin C, Vitamin E, GLA, Vivix. (yang mana satu, ikut kemampuan bajet anda)

notakaki: Kalau nak beli suplemen, dapatkan consultation dari pengedar yang tahu at least fungsi suplemen yang dijual, yang boleh bagi jadual makan, yang tahu produk yang bersesuaian

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Rawatan Alternatif Stroke

Terbaru saya ternampak perkongsian di dalam group Shaklee  tentang ibu kepada seorang ahli group. Ibunya menghidap stroke yang turut melumpuhkan badan dan membuat ibu tersebut tak dapat bercakap.

image

Tapi alhamdulillah biiznillah setelah amalkan Vivix Shaklee, keadaan ibunya hampir pulih.

Kos Vivix untuk 2 bulan hanya RM 475. Sayangi insan tersayang. Beri lah peluang untuk mereka menikmati keindahan setiap saat kehidupan.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Kenali Tanda Serangan Awal Stroke

stroke

Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Ia juga merupakan serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Jejoms kita tengok penerangan secara terperinci mengenai Stroke ini.

Apa itu Stroke?
Stroke adalah satu keadaan di mana gangguan fungsi otak yang terjadi secara tiba-tiba. Serangan ini akan menganggu pembuluh darah di otak, dan dapat mengakibatkan kematian. Ia juga sering dikaitkan dengan timbulnya gangguan saraf (defisit neurologis) yang mana ia akan berlarutan seningga lebih dari  24 jam.

Gejala Stroke
Serangan Stroke akan menyerang pada tiba-tiba sahaja. di mana pun dan pada siapa saja, tidak kira lah kita sedang melakukan apa sahaja aktiviti atau pun sedang berehat. Tanda yang jelas dan nyata jika seseorang itu di serang stroke adalah raut wajah mereka akan berubah,gangguan fungsi bahagian tubuh tertentu seperti  percakapannya menjadi sesuatu yang sukar untuk kita fahami,lengan dan tangan menjadi lemah. Kelemahan pada lengan dan tangan biasanya hanya menyerang satu sisi tubuh saja, kanan atau kiri, dan sangat jarang sekali terjadi pada kedua sisi tubuh secara bersamaan di waktu yang sama. Gangguan saraf ini terjadi akibat kerosakan setempat pada area ganglia basalis dimana terdapat serabut-serabut saraf motorik yang mengatur pergerakan otot di tubuh kita. Sedangkan defisit neurologis global terjadi karena adanya gangguan pada ARAS (Ascending Reticular Activating System), yang merupakan area otak yang mengatur kesadaran. Gangguan pada ARAS dapat berupa kerosakan setempat atau penekanan oleh bekuan darah/ kenaikan tekanan di dalam tengkorak.

Seseorang dikatakan menderita stroke jika mengalami defisit neurologis selama lebih dari 24 jam. Bila gangguan saraf berlangsung selama kurang dari 24 jam maka keadaannya disebut sebagai suatu Transient Ischemik Attack (TIA) atau stroke ringan. Perlu diingat bahwa TIA merupakan salah satu faktor risiko terjadinya stroke di kemudian hari, sehingga keadaan ini tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja. Gejala stroke yang disebabkan oleh adanya gangguan pada pembuluh darah otak, berupa penyumbatan ataupun pecah pembuluh darah otak, dan bukan disebabkan oleh penyakit lain seperti tumor otak, infeksi otak ataupun gangguan saraf perifer. Faktor-faktor yang dapat menyebabkan gangguan pembuluh darah otak diantaranya adalah hipertensi, kencing manis dan kolesterol.

Kenali Tanda Serangan Awal Stroke

Stroke merupakan suatu kegawatdaruratan dalam bidang penyakit saraf (neurologi). Bila tidak ditangani dengan baik dan segera, stroke dapat menyebabkan kecacatan dan bahkan kematian. Bagaimana cara termudah dalam memastikan bahwa seseorang terkena stroke? Hal ini merupakan pertanyaan yang sering timbul dalam pikiran masyarakat awam saat mendengar perkataan stroke.. Semakin terlambat seseorang yang menderita stroke mendapatkan penanganan, semakin banyak pula jaringan otak yang akan mengalami kerosakan kekal, sehingga semakin berat pula kecacatan yang timbul.

Berikut di senaraikan beberapa petanda-petanda bagi mereka yang terkena serangan Stroke yang diharapkan dapat membantu meningkatkan kewaspadaan masyarakat awam terhadap tanda awal serangan stroke.

Dengan mengetahui tanda-tanda awal ini diharapkan setiap ahli keluarga dan masyarakat memiliki kesadaran untuk segera membawa pesakit stroke ke  hospital berdekatan,

Jika pesakit stroke segera ditangani, maka kesempatan dapat terselamatkan akan lebih besar, sehingga boleh mencegah kecacatan serendah yang mungkin.

stroke-face

Wajah
Mintalah orang yang dicurigai terkena serangan stroke untuk senyum. Perhatikan, adakah wajahnya nampak berlainan? Sama ada mulutnya aka nada sebelah yang menurun sedikit dari kebiasaan.

stroke-arm

Lengan
Mintalah orang yang dicurigai terkena stroke untuk mengangkat kedua lengan lurus ke depan dan menahannya untuk beberapa detik. Apakah ia hanya dapat mengangkat satu lengan saja? Bila ia dapat mengangkat kedua lengannya, apakah salah satu lengan terlihat turun?

Percakapan
Mintalah orang yang dicurigai mengalami stroke untuk mengulang beberapa perkataan. Apakah mereka mampu menyebutnya dengan jelass atau terdengar seperti telo atau pun pelat.? Cuba minta mereka untuk menyebut  perkataan yang mengandungi konsonan huruf R seperti “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”. Biasanya jika mereka yang terkena serangan store akan mempunya masalah untuk menyebut beberapa konsonan huruf.

Masa
Setiap detik adalah sangan berharga bagi mereka yang baru terkena serangan Stroke. Bila anda menemui tanda-tanda seperti di atas, segera lah hubungi ataupun bawa pesakit ke hospital yang berdekatan..

Sentiasa mengamalkan kehidupan yang sihat seperti makan makanan yang sihat, banyakkan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin .

Insyallah semoga para pembaca blog Supernifz, di kurniakan kesihatan yang sihat.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings

 

 

 

 

 

 

Ok kali nih Roe nak share Lirik lagu pulak… asbabnya… Roe suka sesgt dengar lagu nih… jejom layanzz…
wings (2)

Semenjak Awal Lagi
Bila Ku Mengenalimu
Dunia Ini Serasa
Cuma Dalam Genggamanku

Ramai Yang Datang Menduga
Namun Tak Sama Denganmu.. Aku
Percayalah
Biar Pun Remuk Di Hati
Akan Ku Rawat Sendiri
Kerana Kau Aku Rela

Mengapa Aku Yang Tidak Setia
Mengapa Akukah Yang Berdosa
Mengapa Ku Mudah Terlupa
Janji-Janji Kita Kali Pertama

Sesalnya Aku Cuma
Ingatkan Engkau Merayu
Itulah Kesilapanku
Belum Terlewat Lagi
Itu Kata Darimu Mudah
Memang Begitu Indah

Mengapa Aku Yang Tidak Setia
Mengapa Akukah Yang Berdosa
Mengapa Aku Mudah Terlupa
Janji-Janji Kita Kali Pertama

Musuh Tak Kenal
Jangan Diikut Tinggalkan Dia
Mengapa Aku Masih Kau Goda
Masih Kau Goda

Mengapa Aku Yang Tidak Setia
Mengapa Akukah Yang Berdosa
Mengapa Aku Mudah Terlupa
Janji-Janji Kita Kali Pertama
Amacam besh kan..kan.. kann… roe dah cakap dah kan… kompem layan punya lah…

Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.

cara pengambilan vitamin

Ramai yang sering bertanya kat Roe mengenai cara dan waktu makan Vitamin Shaklee yang betul dan sesuai. Ok meh sini Roe nak sharekan cara dan waktu yang sesuai untuk makan Vitamin Shaklee nih k .

Sebelum nak cerita cara makan vitamin shaklee, perlu di ketahui susunan produk Shaklee mengikut kepentingannya.

1.ESP- Jika anda ingin “berkenalan” dengan Shaklee, ESP adalah pilihan yang terbaik untuk sesi berkenalan. ESP berperanan untuk membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu.

 

ESP

Mulakan hari kita dengan segelas ESP (Protein). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera.

Bolih juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing.Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.

2.Vitalea – Ia diibaratkan sebagai makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.

3.Lecithin & Omega, Alfalfa  & Zinc – vitamin sebelum makan

Lecithin bertugas sebagai pemecah LEMAK dan Omega pula pemecah KOLESTEROL sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.

  1. Alfalfadisamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.

Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan dan gastrk dan alergik.

* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 alfalfa.

Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara baik dan lebih baik.

  1. Zinc Complex – Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.

Cara Makan Vitamin Shaklee

Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.

Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.

 

Contoh:

* Selepas minum pagi – 1 Vita C & 1 B- Complex, dll.

* Selepas makan tengahari  – 1 vita lea,  1 Vita C, dll

* Selepas makan malam -1 vitalea, 1B co, 1 vita E dll

* Sebelum Tidur – 4 osteomatrix, dtx, 4 herblax  (seminggu sekali) .

 

 Elakkan:

1 Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. kerana iron di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.

2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.

3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman mengandungi kafein, sekurang-kurangnya bagi jarak masa 30 minit antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.

Medizin
Bagi individu yang ada penyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 1 jam.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Jejom Kita BerBlog

Hari nih Roe nak cite pasal Blog. Mesti kawan-kawan semua pernah dengar,pernah baca & pernah berBlog kan?? Ok meh sini baca sampai habis bingkisan Roe kali nih,

blogger

Blog ini  adalah tempat untuk seseorang individu ataupun kumpulan tertentu untuk berkongsikan apa jua yang diingininya kepada orang lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Melalui cara ini lah maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet diseluruh dunia.

Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Blogging

Itu lah antara makna Blog, amacam dah boleh nampakkan kenapa semakin ramai yang suka berBlog la nih. Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukuwwah dan persahabatan, di samping dapat berkenalan dengan blogger lain dengan kita pergi “melawat” ke blog mereka. Biasanya kita boleh tinggalkan komen kita di ruangan komen untuk memberikan pandangan kita mengenai artikal yang kita baca di blog seseorang itu. Jadinya dari situ perkenalan sudah boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Sonya wujudlah perkataan Blogger khusus untuk mereka-mereka yang ada gemar berBlog ni…

So amacam sekarang? Nak cuba berBlog? Tapi tak reti macam mana nak mula?

Meh sini Roe kenalkan seseorang yang boleh membantu anda untuk mula berblog. Klik kat link ini k. http://www.salwasaleh.com/2015/07/blog-makeover.html

salwasaleh

Sis Salwa Saleh adalah salah seorang blogger yang menawarkan perkhidmatan Make Over Blog untuk mereka-mereka yang ingin berBlog. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dalam bentuk pakej yang pastinya menawarkan harga yang berpatutan. Anda pasti berpuas hati punya lah. Sebabnya Blog Roe nih sendiri pun ada sentuhan dari beliau tau. ;). Salwa nih baik jer orangnya tau… Senang berurusan dengan sis Salwa nih. So kawan-kawan semua jangan segan-segan tuk bertanyakan lanjut kat dia k.

 

Ok lah sekian dulu perkongsian Roe tuk kali nih k.

10 Makanan Menggemukkan Malaysia.

Siapa yang tak suka nasi lemak dan roti canai?? Ce angkat tangan, Roe nak tengok sat… Majoriti dari kita mesti dah terbayangkan nasi lemak.. sambal ikan bilis yang ummpp… tambah pula telor mata.. perhhh… Roti canai pula dapat yang lembut, tepek pula telor, cicah pulak dengan kuah dal. Perhhh… mau 2 pinggang pun leh abih tuh kan.

Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah kalau Roe cakap ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

Meh sini kita tengok meh…

nasi lemak

  1. Nasi Lemak.

Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

 

  1. Roti Canai.

roticanai

Siapa yang tak suka roti canai kan? Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…

  1. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

  1. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

  1. Burger.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

  1. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

  1. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

  1. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

  1. Roti Manis dan Donut.
donut

… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

 

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

 

  1. Mayonis.

Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

…petikan dari perkongsian Kelvin Zahri

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

MLM Membinasakan

EE… kau nih.. Takde ke bisness lain kau nak buat? Bisnes yang ko tengah buat nih MLM tau tak… eek au takkan kemana lah dengan MLM nih…

Al kisah, ada sorang ni pergi pejabat jualan satu syarikat lepas dipujuk kawan rapatnya. Agaknya lepas korek2 info dapat tahu syarikat tersebut menjalankan perniagaan MLM; Terus dia cakap “MLM Haram! Aku taknak bagi anak bini aku duit haram!” dan bergegas keluar.

Begitulah antara luahan beberapa orang rakan kepada saya tahu saya buat bisness online nih.. Tergambar kekesalan dan kerungsingan pada raut wajahdepa-depa nih.. Jenama MLM menjerat ramai dengan berhutang, kerugian… hurmm…

MLM Membinasakan

clickcabin_How-to-Get-People-to-Visit-Your

Kenapa jadi begini? Adakah MLM itu membinasakan? Jangan terjebak dengan MLM haram jadah seperti ini:

Ok meh sini teruskan pembacaan, Suka saya nak sharek n apa yang salah seorang leader saya yang hebat kupaskan mengenai MLM nih.

Apa Itu MLM 

Marketing Strategy

Sebenarnya, MLM adalah satu sistem pemasaran utk memasarkan dan memperkenalkan sesuatu barangan di samping meluaskan pasaran.

Sebagai contohnya,

Makcik Tikah buat Kek Coklat, lepas tu suruh 5 orang anak-anak dia tolong hantarkan kek-kek tuh ke beberapa kedai sekitar rumah mereka,Sonya bila dah mintak tolong anak-anaknya, nak kena lah bagi upah sedikit sebanyak kan, kalau tak, kompem lepas2 tuh anak-anak dia akan liattt nak tolong lagi kan

Satu lagi kalau Roe buat risalah pasal Shaklee dan mintak  nyonyah yang edarkan surat khabar masukkan dalam surat khabarsuratkhabar yang dia hantar hari-hari.

Semuanya kaedah untuk PEMASARAN.

MLM haram itu jelas. Skim cepat kaya entah apa-apa, itu satu bentuk MLM. Bagi duit, barang takde, pelaburan kononnya. Tapi sudahnya masuk ke poket orang paling atas. MLM haram jadah, ia bermula dari syarikat MLM yang halal biasanya. Tapi orang-orang dalam MLM haram jadah ni yang buat sedikit kedajalan. Banyak mungkin. Misalnya cari downline beramai2, janji macam2, bayar banyak2… lepas tu lesap. Yang kawan ni siap pinjam duit AhLong bagai lah kononnya lepas ni boleh dapat berganda2… sudahnya membayar hutang berganda2 (kena interest kompemnya aaa kan). Itu belum lagi yang hilang kawan, hilang saudara sebab MLM

Jadi bila saya dah mula bisnes MLM , dah nampak jalan yang sebenarnya macamana.. ya.. MLM (selain yang haram) tu tak salah langsung. Malah ia satu sistem marketing yang sangat bagus dan low cost. Kos utk pengiklanan yang berjuta2 dapat dijimatkan. Berkenaan dakwaan barang murah dijual mahal, itu dah termasuk dalam masalah syarikat tersebut secara khusus, bukan MLM itu sendiri.

mlm

Hakikatnya, boleh dikatakan sebenarnya hampir 90% orang yang register masuk MLM dengan niat nak jana pendapatan, tapi akhirnya balik dengan poket berlubang. Ada juga yang rasa ditipu. MLM yang sebenar adalah satu sistem -jamaie. Yang mana timbal-balik antara upline dengan downline. Upline tugasnya membimbing downline, dan bukan memperalatkan downline untuk kepentingan dirinya, seperti amalan MLM haram jadah. Manakala downline  pula kenalah ikut apa yang upline tunjukkan. Barulah faham apa yang diperjuangkan. Ya, ada orang yang register MLM lepas tu mengharapkan duit masuk ke poket tiap2 bulan tanpa berbuat apa2. Jangan macam tu… nak untung kenalah buat kerja. Macamana pun, berhati2 bila nak merealisasikan niat menjadi KAYA… orang kaya tanggungjawabnya banyak. Sebab tu orang kaya lambat masuk syurga. Jangan dikaburi biji mata dengan ketamakan dan janji2 kereta besar rumah besar, sampai sanggup buat apa saja tanpa fikirkan halal-haram.

Pertama sekali, elakkan dari terjebak dalam MLM haram.

Kedua, elakkan dari MLM haram jadah.

Inilah antara sebab kenapa saya di sini. Membetulkan persepsi tentang MLM dan membetulkan pelakuan MLM yang haram jadah. Oleh sebab itu saya berkongsi segala kaedah pemasaran online yang saya praktikkan selama ni agar sistem MLM yang kita buat ni benar2 multi-level marketing, bukan multi-level mampusthing. Di mana ia cuma dilaksanakan di rumah saja…

 

Macam Mana Nak Kenal MLM Haram Jadah:

1- Modal ribu riban

2- Tak cukup duit, depa akan suggest buat loan

3- Janjikan komisen RMXXXX kalau labur RMXXXXXX

4- Pakai pakaian berjenama

5- Bawak kereta mewah

6- Kena cari orang bawah

7- Jual barang jadi no 2

8- Suruh ajak orang labur ribu-ribu jugak

9- Upline selalu paksa dan push suruh cari orang

Jadi kalau korang ada terasa simptom-simptom seperti di atas. Baiklah muhasabah diri balik. Kalau sempat baik korang angkat kaki. Kalau dah terlabur, cubalah cari jalan selesaikan hutang.

So, jika anda dengar keluhan “mangsa MLM”, cuba kaji sama ada MLM yang haram atau orangnya yang haram jadah. Kalau dua-dua pun haram, gi report polis atau kementerian agar perkara sama tak terjadi kepada orang lain. Dan jika anda berminat nak join mana-mana atau apa-apa MLM, pastikan anda pilih leader yang best; confirm tak nyesal… (kalau tak malas).

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Amalan Gaya Hidup Sihat

Healthy lifestyle for better live

Tentu kita menginginkan kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat kan. Untuk mencapai impian tersebut,pengamalan gaya hidup sihat merupakan  langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat

Healthy-Lifestyle-Tips

Semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Anda akan kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan.

Mulakan dengan makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang terdiri dari empat aras makanan.

piramit-4aras makanan

Aras Satu – Pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

Aras Dua – Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Aras Tiga – Daging dan kekecang begitu juga dengan susu, dadih dan keju.

Aras Empat – Gula, garam, lemak dan makanan yang tinggi dengan kandungannya.

Kita di sarankan untuk melebihkan makan makanan yang berada di Aras Satu. Seimbang dan pelbagaikan pilihan makanan daripada setiap aras dan makanlah mengikut waktu yang teratur untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pilihan snek yang berkhasiat dan elak dari mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama.

Makan dengan jumlah yang sedikit,dan minumlah enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Makan secara berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada masalah kegemukan/Obesiti. Gunakan Indeks Jisim Badan atau IJB (BMI) untuk menentukan sama ada kita mempunyai berat badan yang sihat atau sebaliknya.

IJB

Untuk mengira IJB anda, bahagikan berat badan anda dalam kilogram dan ketinggian anda dalam meter persegi. IJB di antara 18.5 dan kurang daripada 25 adalah berat badan yang sihat. Jika IJB anda 25 dan ke atas ini bermakna anda berlebihan berat badan.

Kita di galakkan untuk melakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan kita. Gabungkan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemop lantai, menaiki tangga dan bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenamlah tiga hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kesihatan jantung.

 

Aktiviti Menyihatkan Badan

  1. Libatkan diri dalam aktiviti aerobic seperti berjalan pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain atau bersukan.
  2. Memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam dapat menghindarkan kecederaan dan meningkatkan prestasi.
  3. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan serta kasut yang sesuai.
  4. Minumlah air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.
  5. Jangan sesekali bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan atau ketidakselesaan.
  6. Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat.
  7. Tidak merokok juga adalah amalan cara hidup sihat.
    1. Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok, termasuk karbon monoksida, nikotin dan tar.
    2. 63 jenis bahan kimia yang lain pula adalah penyebab kanser.
    3. Merokok adalah penyebab kepada lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut seperti serangan jantung, strok, kanser dan chronic bronchitis.
    4. Ibu-ibu hamil yang terdedah kepada asap rokok adalah berisiko untuk mendapat bayi pra matang atau kurang berat badan atau pun mati sewaktu dilahirkan.
    5. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok pula kerap mengalami batuk, selesema serta jangkitan pernafasan. Perkembangan otak dan paru-paru mereka juga lembab malahan mereka juga akan mengalami komplikasi kesihatan.
    6. Jika anda seorang perokok, berhentilah. Dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan ketagihan.

Cuba kaedah 10M berikut.

  1. Melengah untuk menyalakan rokok,
  2. Minum banyak air.
  3. Menarik nafas panjang,
  4. Membuat sesuatu,
  5. Menjauhi orang yang merokok,
  6. Mengunyah sesuatu,
  7. Membasuh tangan,
  8. Mandi dengan kerap,
  9. Melakukan senaman regangan,
  10. Memohon doa.

Cubalah dan nikmati faedah dan ganjaran untuk tidak merokok. Tangani stress untuk hidup yang sihat. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan stress. Matlamat yang tidak realistic, masalah keluarga, kerja rumah, masalah kewangan, kerja pejabat yang perlu disiapkan, hubungan tidak baik dengan rakan sekerja, persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai, hilang pekerjaan. Stress apabila berpanjangan, keterlaluan dan anda tidak mampu menanganinya boleh menjurus kepada kemarahan.

Kemarahan

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Jika anda mula hilang sabar, tinggalkan tempat tersebut dengan segera. Kawal kemarahan dan kurangkan stress. Mengaku yang anda sedang marah, bawa bertenang, tarik nafas panjang panjang dengan menggunakan otot abdomen anda. Tahan, lepaskan. Ulangi sebanyak 10 kali. Cuba cari punca kemarahan anda. Dengar pendapat orang lain. Jangan katakan sesuatu yang mungkin anda sesalkan kelak. Belajar memaafkan orang lain. Ketahui punca kemarahan seseorang dan cuba elakkannya. Lakukan perubahan sekarang. Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, jangan merokok, tangani stress.

Sayangi keluarga anda.