Asma / Lelah di kalangan Kanak-kanak

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit yang mengakibatkan kesukaran bernafas. Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat.. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik

Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik

Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Saluran Asma

Saluran Asma

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

 Penyakit Asma di kalangan kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.

Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

faktor asma

  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • Bulu binatang
  • Merokok  dan asap rokok
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya

Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Adakah keadaan ini serius?

Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.

Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.

Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut…cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.

Penyelesaiannya dengan Omega Shaklee

Zemanta Related Posts Thumbnail

Bagaimana Omega boleh membantu mengurangkan Asma/Lelah?

Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Kerana itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan, seperti asma (radang pernafasan), Artritis reumatoid, dan sebagainya.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik , anda digalakkan untuk mengambil minyak ikan pada kadar yang tinggi. Pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya

 Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

 Amalkan pengambilan Omega-3 secara konsisten. InsyaAllah ia boleh membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia memberi rasa panas dan kelegaan dari dalam.

Jom redakan Asma anak-anak anda mulai dari awal.Insyallah jika ia dibendung dari awal, ianya akan hilang tatkala anak-anak anda dewasa.

       

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing