Apa itu EBM??

EBM adalah singkatan bagi Expressed Breast Milk atau pun lebih popular dikenali sebagai Susu Perahan. Ia adalah bertujuan untuk menyimpan stok susu bagi ibu-ibu yang bekerja yang berazam untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sepenuhnya.

Jom saya nak kongsi sedikit sebanyak cerita tentang EBM…

Cara pengurusan 

Di sini saya sertakan jadual ringkas yang diambil dari website babygearlab untuk membantu anda ingat tempoh masa penyimpanan susu EBM. Untuk nak mengelakkan anda dari lupa, bolehlah print dan tampal jadual ini pada di peti air masing-masing ya 

 

Jadual ini boleh dirujuk di website babygearlab dan juga dimuat turun secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Jadual ini boleh dirujuk di website babygearlab dan juga dimuat turun secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Langkah-langkah Tambahan – Cara Penyimpanan Susu Perahan

1. Simpan Dalam Bekas atau Plastik yang khas

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu dari dibazirkan. Ini adalah kerana permintaan susu oleh si comel adalah tidak menentu.Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.

 

Contoh Plastik Simpanan Susu Perahan

Contoh Plastik Simpanan Susu Perahan

  

2. Catat Tarikh Setiap Perahan di bekas atau plastik

Gunakan marker yang tidak mudah hilang tulisannya dan catat tarikh dan masa perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. Cairkan Dengan Perlahan-lahan

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. Jangan Campurkan Susu Perahan Sesuka Hati

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. Cara Cairkan/Panaskan Susu Perahan

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

 

 

Cara Merendam Bottle Susu Dalam Air Panas

Cara Merendam Bottle Susu Dalam Air Panas

 

Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.

 

 

JANGAN memanaskan susu perahan menggunakan Microwave

JANGAN memanaskan susu perahan menggunakan Microwave

  

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini.

 P/S –  Anda menghadapi masalah susu merudum? InsyaAllah Set Penyusuan Shaklee boleh membantu anda  

Hubungi saya sekarang di nombor yang tertera ataupun isikan Contact Form di bawah 

 

Sign-latest

Comments

  1. Nice post, very useful,
    Thankyou for this share
    cara membuat email di yahoo recently posted…Apakah ada tutor tentang daftar blog di yahoo, kal…My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing