Set Penyusuan Shaklee

makanan untuk ibu nyusu

Tips untuk banyakkan susu ibu

Entry kali nih saya nak kongsikan tips untuk banyakkan susu ibu. Pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang tercari-cari cara untuk mendapatkan susu yang banyak & peka supaya dapat mengenyangkan & menyihatkan bayi tersayang. Bakal ibu dan ibu yang berniat untuk susukan bayi & anak perlu cari ilmu banyak-banyak. Bila ilmu dah penuh di dada, baru lah senang untuk melaksanakan aktiviti menyusukan bayi anda.Disini nak saya kongsikan rahsia untuk mendapatkan susu yang banyak. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri dah hasil dari google dan pengalaman kawan-kawan.

Sebenarnya, tak susah taw untuk mendapatkan susu yang banyak, apa yang penting adalah komitment yang kuat dari para ibu. Persiapaan mental & fizikal juga amat penting untuk menjayakan hasrat murni ini. Dai awal, kena tanamkan dapam hati dan minda yang kita nak meyusukan bayi kita selama yang boleh, keyakinan perlu kuat & teguh, jangan sesekali mengau kalah ataupun mengeluh bila hasil kurang memuaskan. Kita kena terus dan teruskan usaha k…

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara akan sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa dalam tempoh baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dengan hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

 

NIAT

Dari awal kehalmilan, pasang niat yang kita mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Juga untuk memastikan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menentang penyakit. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian.

 

Posisi yang bersesuaian, ia amat lah penting supaya para ibu tidak mudah penat/letih

Posisi yang bersesuaian, ia amat lah penting supaya para ibu tidak mudah penat/letih

 

Posisi

Perlu tahu & cari posisi yang bersesuaian, ia amat lah penting supaya para ibu tidak mudah penat/letih, jika salah posisi, para ibu akan mudah kena sakit pinggang.

 

Waktu yang sesuai

Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

PERASAAN
Sentiasa berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam

Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam

 

PAM

Jika bayi anda sudah kenyang, akan tetapi anda berasakan susu masih ada lagi, cuba untuk pam susu anda, Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam…konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan masing-massing.

 

Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

 

Air Kosong

Banyakkan minum air kosong untuk memastikan badan kita tidak kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

 

piramidamakananibu nyusu

Pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.

SUPPLIMEN

Supplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya.

Supplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya.

 Pengambilan vitamin yang betul dan pada masa yang betul adalah sangat membantu. Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil supplimen-supliment tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah

Omega Guard-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi.

Alfalfa – Membantu untuk banyakkan susu ibu

ESP – Memekatkan susu ibu supaya bayi berasa cepa kenyang.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing