Masalah Senggugut Teruk Punca Mood Tak Tentu Pasal

10-ways-to-relieve-menstrual-cramps-rm-722x406

Apa itu Sengugut

Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Senggugut adalah masalah yang biasa dihadapi oleh kaum wanita ketika datang bulan. Sakitnya haduihhh… Bila ia datang menyerang segala kerja akan tertangguh dan segala rancangan tergendala.

Senggugut atau ‘period pain’ adalah kesakitan yang dialami oleh wanita di bahagian pelvis atau bawah perut ketika didatangi haid. Organ-organ seperti rahim, ovari, pundi kencing dan salur fallopio terletak di kawasan pelvis ini.

Pre-Menstrual Syndrome (PMS) ini akan membuatkan seorang wanita itu mengalami sakit kepala, pening, berasa lemah, loya, muntah, cirit-birit dan sakit belakang. Komplikasi fizikalnya boleh mengganggu kesuburan dan secara mentalnya boleh menyebabkan stress berlebihan dan tidur yang terganggu.

Tanda-tanda senggugut menyerang 

  • Kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek. Lebih teruk lagi jika  ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.
  • Sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan haid.
  • Terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  • Mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

 

Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi
gla-shaklee-untuk-senggugut
Setiap penyakit ada penawarnya. Kini mimpi ngeri setiap bulan wanita senggugut pasti tidak menjelma lagi jika mengamalkan GLA Complex. Insyallah, cara ini lebih selamat kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia tetapi ia dicipta hanya menggunakan bahan semula jadi.
Secara ringkasnya GLA ini memberikan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Ia melegakan kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan membantu kitaran haid agar tidak ‘berterabur’.
Untuk langkah pencegahan senggugut jangka panjang dan sekaligus menghapuskan masalah senggugut ini setiap bulan, saya mencadangkan kepada pengidap senggugut untuk mengamalkan supplement senggugut shaklee ini.

Bila kenal Shaklee dan amalkan GLA Complex. Alhamdullilah, Tak ada dah senggugut nih mai menyerang.Bersyukur sangat.

Dan sampai sekarang masih lagi amalkan GLA Complex. Period pain dah hilang dan teratur.

Sonya…Apa lagi tunggu tu? Bagi yang kerap kena senggugut cepatlah bertindak. Inilah masanya untuk anda hapuskan mimpi ngeri setiap bulan. Takkan nak tahan sakit setiap bulan? Nak guling-guling atas tilam setiap bulan? Nak mc setiap bulan? Jom amalkan GLA Shaklee sekarang! Kebahagiaan pasti muncul untuk anda.

 

logoroe

Cara Untuk Hamil Semula Selepas Keguguran

things-to-never-say-to-pregnant-woman

Bagi mereka yang pernah keguguran, mesti akan berasa was-was untuk mengandung semula kan. Perasaan takut akan berlalukya keguguran lagi pasti akan bermain di benak kepala kita kan…
Namun keguguran bukanlah perkara yang asing sebenarnya. Hampir 40% dari kehamilan berakhir dengan keguguran dan kebanyakannya para wanita belum menyedari bahawa mereka telah hamil namun telah keguguran. :-(

Tidak dinafikan, keguguran berulang boleh membuatkan emosi seseorang wanita terganggu dan memerlukan sokongan dari suami dan kaum keluarga. Rohie  pernah mengalami keguguran semasa mengandung kali ke 5. Perasaan sedih, memang tak boleh di gambarkanlah masa tuh, tapi alhamdullilah, suami & keluarga serta kawan-kawan banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat kat Rohie.

Ada wanita yang serik untuk hamil lagi kerana bimbang perkara yang sama berulang lagi. Namun, sebaik sebaiknya jangan berputus asa. Sekurang kurangnya, anda boleh hamil. Cuma pelbagai langkah berjaga jaga perlu diambil kira untuk memastikan keguguran tidak berulang k.

Sekiranya berhasrat untuk hamil semula, berikut beberapa tips yang boleh diikuti mengikut kesesuaian :

Dapatkan Sokongan Moral – dapatkan sokongan moral dari kaum keluarga terdekat terutamanya dari suami. Kawan kawan juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan secara mental dan fizikal.

Lakukan Pemeriksaan – sekiranya anda telah mengalami keguguran lebih dari 2 kali atau keguguran selepas kehamilan berusia lebih 20 minggu, boleh lah berbincang dengan pakar sakit puan anda untuk kehamilan seterusnya. Mungkin masalah keguguran sebelum ini berkaitan dengan masalah genetik atau struktur tisu dalam badan serta buat pemeriksaan terhadap uterus dan sebagainya. Namun, sekiranya cuma mengalami sekali keguguran, mungkin boleh abaikan pemeriksaan ini dan anggap mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk anda. Kuatkan semangat k…

Kenali Risiko Yang Bakal Di Alami – Sekiranya anda berumur lebih dari 35 tahun, mempunyai masalah kesihatan kronik juga seorang perokok. Anda mungkin menambah risiko keguguran dan ketidaksuburan. Seboleh bolehnya, berhenti merokok, dapatkan berat badan ideal, dan amalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan peratus kehamilan anda.

Jangan Berhenti Berharap – Yang paling penting, jangan putus harapan. Dalam masa sama banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh. Jaga pemakanan, amalkan hidup sihat dan jangan lupa amalkan vitamin yang bersesuaian untuk tingkatkan kesuburan. Berikut adalah VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE yang boleh diamalkan oleh suami isteri untuk tingkatkan peluang hamil. Bukan isteri sorang saja tau, suami pun kena sama sama makan juga. Baru peratus peluang lebih tinggi. Insyallahhh…

Nak Cuba? Meh hubungi Rohie k

rohie3

 

Cegah Ulser Mulut Dengan Pengambilan Vitamin

Ulser mulut adalah rasa pedih atau sakit di dalam bahagian mulut sama ada di bahagian lidah atau gusi.

Pada kebiasaannya, ulser mulut ini tidak berbahaya sebenarnya dan akan sembuh dengan sendiri. Tetapi perlu diingat sekiranya ulser ini tidak juga sembuh-sembuh sehingga 3 minggu atau kerap-kali berulang, maka lakukanlah pemeriksaan doktor.

Ulser mulut juga tidak boleh berjangkit. Justeru, jangan bimbang. Secara statistiknya, satu daripada 5 orang di dunia ini akan dijangkiti penyakit ini pada satu-satu masa.

Ada juga yang panggil serawan. Ada yang panggil mata ikan. Apa pun panggilannya, kalau diserang ulser ini memang sangat terseksa. Terutamanya bila makan, minum apatah lagi memberus gigi. Ouch!

Saya jelaskan secara berhemah ye, bahawa tubuh kita ni memerlukan supplemen atau vitamin yang mencukupi bagi memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh.

 

Berikut adalah beberapa vitamin yang anda boleh ambil untuk melindungi tubuh dan keluarga tersayang daripada serangan ulser mulut.

set-ulser-shaklee

  • Vitamin C Sustained Release 500mg

Jika anda sering terdedah kepada ulser mulut. Penting untuk anda tingkatkan sistem imun tubuh. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C Shaklee 500mg secara konsisten setiap hari. Vitamin C juga bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan jantung. Tak rugi anda amalkannya.

  • Zinc Complex

Ulser mulut juga menunjukkan tubuh kita kekurangan zat besi dan kita boleh ambil ujian darah untuk membuktikannya.

Saya menyarankan anda untuk mengambil zink complex untuk mengatasinya. Zink juga bagus untuk keupayaan seks dan memelihara kesihatan rambut.

  • B-Complex

Ulser mulut adalah salah satu tanda kita tubuh stress dan puncanya biasanya daripada bebanan kerja, terlebih bersenam atau kurang air dalam tubuh. Untuk masalah ini kita boleh ambil B-Complex Shaklee.

B Complex bersifat anti stress dan membekalkan tenaga kepada tubuh. Bila kita bebas stress, muka pun bertambah cantik dan kurang kedutan.

Dalam era yang serba moden dan maju ini, adalah penting untuk kita memastikan sistem imun kita ini dipertingkatkan kerana persekitaran, makanan dan minuman yang kita ambil sangat terdedah kepada radikal bebas yang melemahkan sistem imunisasi kita.

Perlu juga diingatkan:

Selalu juga serawan atau ulser mulut ini menyerang ibu-ibu yang mengandung. Justeru, perlu berhati-hati dalam mengambil ubatan dari farmasi. Tetapi vitamin Shaklee ini adalah selamat untuk diambil kerana ianya ramuan semulajadi.

Jangan berkira untuk kesihatan. Fakta penting yang perlu anda tahu, kos rawatan adalah berganda lebih tinggi berbanding kos pencegahan.

Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesama kita mencegah Ulser nih dari menyerang kita k…

rohie3

 

Kenapa Mesti Nutriferon?

 

Kenapa pula nak kena bertukar dari panadol kepada Nutriferon pulak?

Tau tak anda2 yang Paracetamol ni ada side effect kepada tubuh. Kenapa pilih paracetamol sedangkan ada alternatif lain yang bebas dadah, semulajadi, selamat dan berkesan!

Sistem imun badan kita nih adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. 
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-

  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON MENJADI PILIHAN.

  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.

Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Ha… tunggu apa lagi tuh, meh penuhkan lemari ubat tuh dengan Nutriferon meh.

rohie3