Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Agar Kulit Kembali Halus Mulus

Chickenpox1

Bagi yang dijangkiti Chickenpox semasa dewasa terutamanya gadis-gadis remaja mahupun wanita dewasa tentunya runsing terutamanya apabila memikirkan bagaimana cara untuk menghilangkan parut Chicken Pox supaya kulit kembali halus mulus seperti sedia kala. Ramai berpendapat bahawa lebih senang jika sudah dijangkiti Chickenpox semasa kanak-kanak kerana simptom Chickenpox kanak-kanak lebih mild berbanding dewasa, kanak-kanak lebih cepat sembuh iaitu memakan masa kira-kira satu hingga dua minggu sahaja. Tambahan pula penyembuhan parut pada kulit kanak-kanak lebih berkesan dan parutnya cepat hilang.
Jom Tonton Sedikit Perkongsian Pengalaman Puan Nur Hidayah Binti Zakaria Yang Dijangkiti Chickenpox Ketika Dewasa Dan Bagaimana Beliau Mendapatkan Kembali Kulit Yang Halus Mulus

 

 

Chickenpox atau Cacar air adalah penyakit bawaan Virus Varicella-Zoster yang bercirikan ruam merah yang gatal. Ianya  adalah salah satu penyakit berjangkit yang paling biasa dijangkiti oleh kanak-kanak. Tetapi penyakit ini juga menjangkiti individu dewasa, malahan simptomnya lebih teruk berbanding kanak-kanak.

Jangkitan Chickenpox sebenarnya boleh menjurus kepada komplikasi yang serius seperti radang paru-paru. Komplikasi ini lebih kerap berlaku kepada pesakit dewasa berbanding kanak-kanak. Ianya lebih cenderung berlaku di kalangan wanita hamil dan sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah, contohnya pesakit yang sedang menjalani kemoterapi. Jika anda hamil dan belum pernah dijangkiti Chickenpox, dan terdapat seseorang yang mempunyai Chickenpox yang pernah bersentuhan dengan anda, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera, sebagai rawatan pencegahan sebelum Chickenpox berlaku.
 
Individu yang dijangkiti Chickenpox biasanya membentuk imuniti seumur hidup. Ini bermakna jarang sangat berlaku di mana pesakit dijangkiti Checken pox lebih dari sekali. Walau bagaimanapun, virus yang kekal tidak aktif (dorman) di dalam badan boleh menjadi aktif semula di kemudian hari dan menyebabkan penyakit kayap (shingles).
Punca /Penyebab Chickenpox
Chickenpox disebarkan oleh titisan daripada bersin atau batuk, atau melalui sentuhan dengan pakaian, cadar atau sentuhan dengan lelehan daripada radang kulit pada pesakit yang dijangkiti. Gejala atau simptom biasanya berlaku di antara 10 hingga 21 hari selepas pendedahan kepada punca jangkitan. Penyakit ini adalah yang paling mudah berjangkit satu atau dua hari sebelum ruam muncul dan sehinggalah ruam menjadi kering dan gugur daripada permukaan kulit.

 

Gejala / Simptom Chickenpox

 

 

Gejala atau simptom biasanya lebih teruk di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak. Simptom yang biasa adalah:

 

  • Demam dengan suhu yang tinggi dan sakit kepala yang biasanya berlaku satu atau dua hari sebelum ruam muncul.
  • Ruam atau tompokan merah yang terbentuk secara berkelompok, berkembang menjadi ruam yang lebih besar dan gatal.  Bintik-bintik ruam berisi air ini boleh berada di mana sahaja pada badan dan kadang-kadang juga di dalam mulut. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri, ada yang berlaku beberapa hari sahaja, ada yang muka dan seluruh badan dipenuhi bintik ruam tetapi ada yang terbentuk beberapa tompok sahaja.
  • Hilang selera makan, keletihan dan rasa sakit adalah perkara biasa.

 

Demam dan berasa kurang sihat boleh berlarutan selama beberapa hari. Bintik-bintik ruam secara beransur-ansur kering dan gugur daripada permukaan kulit. Ianya pudar perlahan-lahan dalam masa seminggu atau lebih, tetapi mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk hilang sepenuhnya. Ini biasanya meninggalkan parut pada kebanyakan pesakit.

 

Rawatan Chicken Pox secara Moden Dan Tradisional

 

Chickenpox adalah amat mudah berjangkit, jadi pastikan anakpesakit dikuarantin di rumah sehingga semua bintik ruam telah pecah dan luruh dari permukaan kulit. Kebanyakan kes Chickenpox tidak memerlukan rawatankhusus, selain merawat simptomnya sahaja.

 

Biasanya doktor anda akan mencadangkan ubat antiviral bagi memendekkan tempoh simptom Chickenpox. Selain itu, doktor anda mungkin mengesyorkan ubat penahan sakit dan antihistamin untuk melegakan rasa sakit, gatal dan bengkak. Antibiotik pula hanya akan diberikan sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kulit atau jika pesakit tersebut mendapat komplikasi serius seperti radang paru-paru (pneumonia).

Khasiat Daun Semambu (Neem Leaves) Dalam Merawat Chickenpox

chicken-pox-neem-leaves

Bagi masyarakat Melayu, biasanya daun semambu digunakan dengan pelbagai cara untuk mengurangkan rasa gatal, mempercepatkan penyembuhan dan menghilangkan parut. Biasanya orang tua-tua menyarankan supaya daun semambu diletakkan di atas tilam mereka yang dijangkiti dan daunnya juga direnyuk-renyukkan dan dicampur dengan air untuk dibuat air mandi. Dipercayai kedua-dua petua ini mampu mengurangkan rasa gatal pada pesakit.

 

Daun semambu yang biasa digunakan untuk pesakit Chickenpox

 

Selain itu daun semambu dikisar bersama sedikit beras dan kunyit hidup ataupun serbuk untuk dijadikan bedak sejuk. Bedak sejuk ini diratakan di kawasan yang terdapat bintik ruam Chickenpox. Dipercayai bedak sejuk ini mampu mengurangkan rasa gatal, membantu mengubati parut dan membantu mempercepatkan pemulihan gejala Chickenpox.

 

 

Saya juga pernah mencuba bedak sejuk daun semambu untuk anak pertama saya yang dijangkiti Chickenpox

 

Alternatif Vitamin Semulajadi Dalam Membantu Penyembuhan Parut Chickenpox

 

Bagi pesakit dewasa yang dijangkiti Chickenpox, anda bolehlah mengamalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee bagi membantu menghilangkan parut Chickenpox anda.

 

 

skin care

 

 

 

Bagi kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, anda boleh berikan set kanak-kanak shaklee untuk si manja anda.

 

setkanak2

 

Selain itu, bagi pesakit dewasa mahupun kanak-kanak, anda boleh cuba sapukan krim Herbal Blend Shaklee. Krim ini mampu melegakan rasa gatal akibat jangkitan Chickenpox terutamanya pada kanak-kanak. Di samping itu, ia membantu penyembuhan parut Chickenpox.

 

herbablend

 

Dengan pengambilan Set Kanak-kanak Shaklee secara berterusan disertai penggunaan Krim Herbal Blend sebagai pengganti Calamine lotion, simptom bintik ruam.

Ingin merawat Chiken Pox dengan Shaklee? meh hubungi Rohie k.

rohie3