MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?

Assalamualaikum wbt

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama glamour “easy-on-the go-meal” merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar

mealshake

Meal Shakes adalah sesuai untuk kanak-kanak yang berusia satu tahun ke atas. Dengan dos yang betul ianya selamat dan berkesan untuk anak anda.
Tapi tunggu!
Adakah Meal Shake ini hanya boleh diambil oleh kanak-kanak sahaja?
Jawapan: TIDAK
mealshakes-manfaat
Meal Shake juga sesuai diambil oleh orang dewasa sebagai sarapan yang mudah disediakan (dan penuh nutrisi). Uniknya Meal Shake adalah kerana ianya sesuai untuk mereka yang ingin menambahkan berat badan dan juga mereka yang mengalami masalah tidak berselera untuk makan; malahan sesuai juga untuk orang yang ingin mengurangkan berat badan!
Hebat bukan?
Ada lagi! Meal Shake juga merupakan solusi kepada orang dewasa yang sukar menelan makanan tambahan dalam bentuk pil terutamnya warga tua. Penyediaan yang ringkas dan mudah membolehkan Meal Shakle dinikmati oleh semua golongan tanpa sebarang masalah.
Apa yang anda perlu tahu tentang Meal Shake?
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mempunyai sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Diperbuat dari soya bukan GMO
  • Mempunyai rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
  • Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja.
  • Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanan secara semulajadi
  • Meal Shake boleh diambil untuk menambahkan berat badan dan menambahkan selera makan dengan menjadikannya menu sarapan dan makan malam tanpa diganti oleh makanan lain (i.e. ambil Meal Shake beserta sarapan dan makan malam seperti biasa)
  • Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan. Jika anda berhasrat mengambil Meal Shake untuk tujuan ini, jadikan Meal Shake sebagai Meal Replacement.

Shaklee-Meal-Shakes

Siapa yang perlu ambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak dan org dewasa yang kurang berat badan
  • Kanak-kanak dan org dewasa yang kurang selera makan
  • Mereka yang mempunyai masalah asma
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Kanak-kanak yang kerap demam dan sakit
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
  • Orang yang ketagih minuman kafein kerana Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein

 

Anda berminat untuk mendapatkan MealShake Shaklee ini? Anda boleh hubungi saya ya.;)

rohie3