Cara Semula Jadi Untuk Si Penceroboh – Semut

ant-and-sugar

Semut.. arghh dah sapu, dia mai balik.. spray racun makhluk perosak pun dia akan datang balik….Mesti ramai yang menghadapi masalah yang sama dengan Roe kan. Apa lagi Roe pun bertanyakan lah masalah nih kat Pakcik Google untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang lain.

Hasil dari carian, Roe terjumpa beberapa teknik menarik yang hanya mengunakan bahan-bahan semulajadi yang senang di dapati di kebanyakan dapur kat umah kita. Asalnya artikel ini didalam bahasa inggeris berjudul : 13 Natural Remedies for the Ant Invasion. Meh sini Roe translatekan beberapa cara yang Roe rasa agak menarik untuk di cuba.

Antara langkah-langkah yang terdapat dalam blog ini adalah bertujuan untuk menghalang semut daripada datang ke rumah kita. Jejom kita tengok jom, mana cara yang kita boleh cuba.’

1.Jus lemon

lemon jus

Perahkan beberapa biji buah lemon, masukkan ke dalam botol semburan dan semburkan di laluan dan tempat berkumpulnya semut-semut ini. Mungkin semut-semut ni tak suka kot dengan bau lemon nih kot.

2. Kulit Kayu Manis

cinnamon-sticks-and-powder-on-wooden-table

Taburkan Serbuk Kayu Manis di tempat utama semut-semut nih datang, maknanya di rumah semut-semut nih lah. Dan di sepanjang laluan utama mereka. Ini termasuk lah di sekeliling tingkap, lantai dan tempat-tempat simpanan kita macam tempat gula ke kan.

Juga boleh menggunakan minyak kayu manis. Lalukan cara yang sama juga.

3. Air Mendidih dan Sabun Cuci Pinggan

boiling-water

Jika di dalam rumah anda ataupun di luar rumah anda terdapat busut semut, anda boleh lah mencuba cara ini, didihkan air kosong dan campurkan dengan sedikit sabun pencuci pinggan mangkuk, kemudia di jiruskan kedalam busut tersebut. haa cara ini memang kompem efektif rasanya nih. Kompem pupus terus lah kot semut kat kawasan tuh.

4.Kapur Tuliskapur

Ha cara ini agak menarik untuk di cuba. Di katakan dalam blog tersebut, cuba anda dapatkan kapur tulis dan buatkan garisan di sepanjang tempat semut-semut ini berjalan, semut-semut ini tidak akan melintas kawasan yang bergaris tersebut dan serta merta semut-semut di sekitarnya akan lesap sama sekali…(hurmmm…)

5. Baking Soda dan Gula IsingBaking728x480

Campukan Baking Soda dan gula ising kedalam satu bekas dan letak di tempat yang menjadi tumpuan para semut-semut nih, Semut-semut ini akan mengangkut campuran Baking soda tersebut ke dalam rumuh mereka dan anda boleh lah tengok hasilnya dalam sehari 2. kompem hilang dah semut kat laulaun tersebut.

6. Serbuk Kopi

COFFEE

Sama seperti kebanyakan cara kat atas tuh, letakkan serbuk kopi di laluan semut-semut nih, baunya yang kuat akan membuat semut-semut nih melarikan diri ke tempat lain.

7. Cuka

Cuba mop lantai rumah anda dengan air dan campuan sedikit cuka. Lebikan mop  di laluan-laluan semut-semut nih. kering jer air nanti, pasti semut-semut semua akan hilang dari penglihatan anda.

Ok itu sedikit sebanyak perkongsian yang Roe rasa kita boleh cuba dengan barangan dapur kita. Roe pun nak cuba & saksikan hasilnya nanti.

rohie3

Fasa Dalam Berpuasa

selamatberpuasa
Assalamualaikum, Apa khabar sahabat-sahabat Supernifz semua.. Lama rasanya tak update blog nih. Memandangkan tak lama jer lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan, meh sini Roe nak sharekan beberapa Fasa dalam kita berpuasa nanti.
Fasa 1 – Hari 1-2
  • Gula dalam badan menurun.
  • Jantung berdegup perlahan.
  • Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
  • Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

 

Fasa 2 – Hari 3-7
  • Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
  • Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
  • Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
  • Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

 

Fasa 3 – Hari 8-15
  • Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
  • Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
  • Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

 

Fasa 4 – Hari 16-30
  • Badan mula selesa dgn puasa.
  • Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

 

Fasa 5 – Hari Raya Syawal (ni tambahan je yerk)
Badan dan akal fikiran jadi tak tentu arah..nafsu makan datang membuak-buak tatkala terlihat ketupat, lemang, nasi impit dan pelbagai jenis rendang. Lemak baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas. Darah menjadi naik dengan cepat naik ketika acc bank tiada berbaki..dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila gaji lama lagi nak masuk…‍‌‌‌‌‍  :lol:
rohie3