Tips Tidurkan dan Kejutkan Anak

Kringgggg… Kringgggggg…

Bangun…Bangunnnn…

Mesti agak sukar untuk nak mengejutkan anak-anak di pagi hari kan. Ialah kan tengah sedap-sedap si manja kita lena tuh, kita kejutkan pula, silap hari bukan boleh spoil mood di pagi hari.

Kenapa kadang tuh agak mudah untuk kita kejutkan anak & ada masanya akan jadi drama pulak kita nak kejutkan anak di pagi hari hurmmm…  boleh naik tension kita kan, bagi  mak ayah yang kerja, tentu agak kalut mana nak bersiap lagi, nak kejut & sianpak anak-anak pula lagi….

Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya
Wudhu

Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.

Gadget

gadget

Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.

Berdoa

go_to_sleep_ina1

Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain.

Jika anak-anak masih belum boleh menghafal, boleh lah ajarkan anak-anak membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

Baca Buku

k9387529

Bagi kebanyakan pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan panduan hidup untuk si manja.

Pelukan dan Ciuman

pic_06

Pelukan dan ciuman sebelum anak tidur adalah sesuatu yang akan membuat anak kita terasa di sayangi. Usap-usap dahi mereka dan berikan kata-kata “ Mama sayang kakak/abang/adik… Tidur dengan lena ye sayang”. Sudah pasti anak anda akan berasa tenang dan ini akan memudahkan mereka untuk tidur.

Waktu doa mustajab

Bisikkan doa Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

Ungkapan dari hati ke hati6Tp55a6Rc

Ketika anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Menurut pakar,Ketika kita dalam keadaan tidur-tidur ayam, otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

Mohon Maaf

Kemungkinan anda ada tanpa sengaja memarahi si manja, ambil lah peluang sebelum dia melelapkan mata untuk anda meminta maaf darinya. Jadikan ini sebagai amalan supaya ibu & anak saling memohon maaf antara satu sama lain.

Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

Bersalam

Seboleh mengkin.janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu si manja untuk tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa menyanyanginya.

Kejutkan anak dari Tidur

boy-in-bed-waking-up-in-the-morning

Beri Salam

Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.

Doa Bangun TidurDoa sesudah bangun tidur

Ajarlan anak-anak untuk sentiasa membaca doa ketika bangun dari tidur. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.

Gerakan

Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyang perlahan-perlahan. Lakukannya dengan penuh kasih sayang, supaya anak-anak tidak terkejut dan ini akan membuatkan mereka mengamuk dan akan menyukarkan pagi anda.

Kejutkan anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.

Tips —> Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya. Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik. Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak mama yang baik, anak mama yang soleh/solehah, anak mama yang rajin. Anak mama nih senang bangun pagi nih… sekali kejut, terus bangun.”

Ciuman Bangun Tidur

Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera bersiap untuk ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

Ganjaran

Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan mereka dengan cara yang kasar. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.

Oleh itu, elakkanlah perbuatan marah-marah ke, bentak-bentak kat anak-anak kita dan yang sewaktu dengannya semasa kita mengejutkan anak bangun dari tidur k.