Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.

cara pengambilan vitamin

Ramai yang sering bertanya kat Roe mengenai cara dan waktu makan Vitamin Shaklee yang betul dan sesuai. Ok meh sini Roe nak sharekan cara dan waktu yang sesuai untuk makan Vitamin Shaklee nih k .

Sebelum nak cerita cara makan vitamin shaklee, perlu di ketahui susunan produk Shaklee mengikut kepentingannya.

1.ESP- Jika anda ingin “berkenalan” dengan Shaklee, ESP adalah pilihan yang terbaik untuk sesi berkenalan. ESP berperanan untuk membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu.

 

ESP

Mulakan hari kita dengan segelas ESP (Protein). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera.

Bolih juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing.Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.

2.Vitalea – Ia diibaratkan sebagai makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.

3.Lecithin & Omega, Alfalfa  & Zinc – vitamin sebelum makan

Lecithin bertugas sebagai pemecah LEMAK dan Omega pula pemecah KOLESTEROL sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.

  1. Alfalfadisamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.

Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan dan gastrk dan alergik.

* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 alfalfa.

Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara baik dan lebih baik.

  1. Zinc Complex – Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.

Cara Makan Vitamin Shaklee

Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.

Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.

 

Contoh:

* Selepas minum pagi – 1 Vita C & 1 B- Complex, dll.

* Selepas makan tengahari  – 1 vita lea,  1 Vita C, dll

* Selepas makan malam -1 vitalea, 1B co, 1 vita E dll

* Sebelum Tidur – 4 osteomatrix, dtx, 4 herblax  (seminggu sekali) .

 

 Elakkan:

1 Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. kerana iron di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.

2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.

3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman mengandungi kafein, sekurang-kurangnya bagi jarak masa 30 minit antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.

Medizin
Bagi individu yang ada penyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 1 jam.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Jejom Kita BerBlog

Hari nih Roe nak cite pasal Blog. Mesti kawan-kawan semua pernah dengar,pernah baca & pernah berBlog kan?? Ok meh sini baca sampai habis bingkisan Roe kali nih,

blogger

Blog ini  adalah tempat untuk seseorang individu ataupun kumpulan tertentu untuk berkongsikan apa jua yang diingininya kepada orang lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Melalui cara ini lah maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet diseluruh dunia.

Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Blogging

Itu lah antara makna Blog, amacam dah boleh nampakkan kenapa semakin ramai yang suka berBlog la nih. Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukuwwah dan persahabatan, di samping dapat berkenalan dengan blogger lain dengan kita pergi “melawat” ke blog mereka. Biasanya kita boleh tinggalkan komen kita di ruangan komen untuk memberikan pandangan kita mengenai artikal yang kita baca di blog seseorang itu. Jadinya dari situ perkenalan sudah boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Sonya wujudlah perkataan Blogger khusus untuk mereka-mereka yang ada gemar berBlog ni…

So amacam sekarang? Nak cuba berBlog? Tapi tak reti macam mana nak mula?

Meh sini Roe kenalkan seseorang yang boleh membantu anda untuk mula berblog. Klik kat link ini k. http://www.salwasaleh.com/2015/07/blog-makeover.html

salwasaleh

Sis Salwa Saleh adalah salah seorang blogger yang menawarkan perkhidmatan Make Over Blog untuk mereka-mereka yang ingin berBlog. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dalam bentuk pakej yang pastinya menawarkan harga yang berpatutan. Anda pasti berpuas hati punya lah. Sebabnya Blog Roe nih sendiri pun ada sentuhan dari beliau tau. ;). Salwa nih baik jer orangnya tau… Senang berurusan dengan sis Salwa nih. So kawan-kawan semua jangan segan-segan tuk bertanyakan lanjut kat dia k.

 

Ok lah sekian dulu perkongsian Roe tuk kali nih k.

10 Makanan Menggemukkan Malaysia.

Siapa yang tak suka nasi lemak dan roti canai?? Ce angkat tangan, Roe nak tengok sat… Majoriti dari kita mesti dah terbayangkan nasi lemak.. sambal ikan bilis yang ummpp… tambah pula telor mata.. perhhh… Roti canai pula dapat yang lembut, tepek pula telor, cicah pulak dengan kuah dal. Perhhh… mau 2 pinggang pun leh abih tuh kan.

Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah kalau Roe cakap ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

Meh sini kita tengok meh…

nasi lemak

  1. Nasi Lemak.

Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

 

  1. Roti Canai.

roticanai

Siapa yang tak suka roti canai kan? Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…

  1. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

  1. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

  1. Burger.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

  1. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

  1. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

  1. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

  1. Roti Manis dan Donut.
donut

… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

 

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

 

  1. Mayonis.

Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

…petikan dari perkongsian Kelvin Zahri

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

MLM Membinasakan

EE… kau nih.. Takde ke bisness lain kau nak buat? Bisnes yang ko tengah buat nih MLM tau tak… eek au takkan kemana lah dengan MLM nih…

Al kisah, ada sorang ni pergi pejabat jualan satu syarikat lepas dipujuk kawan rapatnya. Agaknya lepas korek2 info dapat tahu syarikat tersebut menjalankan perniagaan MLM; Terus dia cakap “MLM Haram! Aku taknak bagi anak bini aku duit haram!” dan bergegas keluar.

Begitulah antara luahan beberapa orang rakan kepada saya tahu saya buat bisness online nih.. Tergambar kekesalan dan kerungsingan pada raut wajahdepa-depa nih.. Jenama MLM menjerat ramai dengan berhutang, kerugian… hurmm…

MLM Membinasakan

clickcabin_How-to-Get-People-to-Visit-Your

Kenapa jadi begini? Adakah MLM itu membinasakan? Jangan terjebak dengan MLM haram jadah seperti ini:

Ok meh sini teruskan pembacaan, Suka saya nak sharek n apa yang salah seorang leader saya yang hebat kupaskan mengenai MLM nih.

Apa Itu MLM 

Marketing Strategy

Sebenarnya, MLM adalah satu sistem pemasaran utk memasarkan dan memperkenalkan sesuatu barangan di samping meluaskan pasaran.

Sebagai contohnya,

Makcik Tikah buat Kek Coklat, lepas tu suruh 5 orang anak-anak dia tolong hantarkan kek-kek tuh ke beberapa kedai sekitar rumah mereka,Sonya bila dah mintak tolong anak-anaknya, nak kena lah bagi upah sedikit sebanyak kan, kalau tak, kompem lepas2 tuh anak-anak dia akan liattt nak tolong lagi kan

Satu lagi kalau Roe buat risalah pasal Shaklee dan mintak  nyonyah yang edarkan surat khabar masukkan dalam surat khabarsuratkhabar yang dia hantar hari-hari.

Semuanya kaedah untuk PEMASARAN.

MLM haram itu jelas. Skim cepat kaya entah apa-apa, itu satu bentuk MLM. Bagi duit, barang takde, pelaburan kononnya. Tapi sudahnya masuk ke poket orang paling atas. MLM haram jadah, ia bermula dari syarikat MLM yang halal biasanya. Tapi orang-orang dalam MLM haram jadah ni yang buat sedikit kedajalan. Banyak mungkin. Misalnya cari downline beramai2, janji macam2, bayar banyak2… lepas tu lesap. Yang kawan ni siap pinjam duit AhLong bagai lah kononnya lepas ni boleh dapat berganda2… sudahnya membayar hutang berganda2 (kena interest kompemnya aaa kan). Itu belum lagi yang hilang kawan, hilang saudara sebab MLM

Jadi bila saya dah mula bisnes MLM , dah nampak jalan yang sebenarnya macamana.. ya.. MLM (selain yang haram) tu tak salah langsung. Malah ia satu sistem marketing yang sangat bagus dan low cost. Kos utk pengiklanan yang berjuta2 dapat dijimatkan. Berkenaan dakwaan barang murah dijual mahal, itu dah termasuk dalam masalah syarikat tersebut secara khusus, bukan MLM itu sendiri.

mlm

Hakikatnya, boleh dikatakan sebenarnya hampir 90% orang yang register masuk MLM dengan niat nak jana pendapatan, tapi akhirnya balik dengan poket berlubang. Ada juga yang rasa ditipu. MLM yang sebenar adalah satu sistem -jamaie. Yang mana timbal-balik antara upline dengan downline. Upline tugasnya membimbing downline, dan bukan memperalatkan downline untuk kepentingan dirinya, seperti amalan MLM haram jadah. Manakala downline  pula kenalah ikut apa yang upline tunjukkan. Barulah faham apa yang diperjuangkan. Ya, ada orang yang register MLM lepas tu mengharapkan duit masuk ke poket tiap2 bulan tanpa berbuat apa2. Jangan macam tu… nak untung kenalah buat kerja. Macamana pun, berhati2 bila nak merealisasikan niat menjadi KAYA… orang kaya tanggungjawabnya banyak. Sebab tu orang kaya lambat masuk syurga. Jangan dikaburi biji mata dengan ketamakan dan janji2 kereta besar rumah besar, sampai sanggup buat apa saja tanpa fikirkan halal-haram.

Pertama sekali, elakkan dari terjebak dalam MLM haram.

Kedua, elakkan dari MLM haram jadah.

Inilah antara sebab kenapa saya di sini. Membetulkan persepsi tentang MLM dan membetulkan pelakuan MLM yang haram jadah. Oleh sebab itu saya berkongsi segala kaedah pemasaran online yang saya praktikkan selama ni agar sistem MLM yang kita buat ni benar2 multi-level marketing, bukan multi-level mampusthing. Di mana ia cuma dilaksanakan di rumah saja…

 

Macam Mana Nak Kenal MLM Haram Jadah:

1- Modal ribu riban

2- Tak cukup duit, depa akan suggest buat loan

3- Janjikan komisen RMXXXX kalau labur RMXXXXXX

4- Pakai pakaian berjenama

5- Bawak kereta mewah

6- Kena cari orang bawah

7- Jual barang jadi no 2

8- Suruh ajak orang labur ribu-ribu jugak

9- Upline selalu paksa dan push suruh cari orang

Jadi kalau korang ada terasa simptom-simptom seperti di atas. Baiklah muhasabah diri balik. Kalau sempat baik korang angkat kaki. Kalau dah terlabur, cubalah cari jalan selesaikan hutang.

So, jika anda dengar keluhan “mangsa MLM”, cuba kaji sama ada MLM yang haram atau orangnya yang haram jadah. Kalau dua-dua pun haram, gi report polis atau kementerian agar perkara sama tak terjadi kepada orang lain. Dan jika anda berminat nak join mana-mana atau apa-apa MLM, pastikan anda pilih leader yang best; confirm tak nyesal… (kalau tak malas).

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Amalan Gaya Hidup Sihat

Healthy lifestyle for better live

Tentu kita menginginkan kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat kan. Untuk mencapai impian tersebut,pengamalan gaya hidup sihat merupakan  langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat

Healthy-Lifestyle-Tips

Semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Anda akan kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan.

Mulakan dengan makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang terdiri dari empat aras makanan.

piramit-4aras makanan

Aras Satu – Pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

Aras Dua – Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Aras Tiga – Daging dan kekecang begitu juga dengan susu, dadih dan keju.

Aras Empat – Gula, garam, lemak dan makanan yang tinggi dengan kandungannya.

Kita di sarankan untuk melebihkan makan makanan yang berada di Aras Satu. Seimbang dan pelbagaikan pilihan makanan daripada setiap aras dan makanlah mengikut waktu yang teratur untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pilihan snek yang berkhasiat dan elak dari mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama.

Makan dengan jumlah yang sedikit,dan minumlah enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Makan secara berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada masalah kegemukan/Obesiti. Gunakan Indeks Jisim Badan atau IJB (BMI) untuk menentukan sama ada kita mempunyai berat badan yang sihat atau sebaliknya.

IJB

Untuk mengira IJB anda, bahagikan berat badan anda dalam kilogram dan ketinggian anda dalam meter persegi. IJB di antara 18.5 dan kurang daripada 25 adalah berat badan yang sihat. Jika IJB anda 25 dan ke atas ini bermakna anda berlebihan berat badan.

Kita di galakkan untuk melakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan kita. Gabungkan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemop lantai, menaiki tangga dan bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenamlah tiga hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kesihatan jantung.

 

Aktiviti Menyihatkan Badan

  1. Libatkan diri dalam aktiviti aerobic seperti berjalan pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain atau bersukan.
  2. Memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam dapat menghindarkan kecederaan dan meningkatkan prestasi.
  3. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan serta kasut yang sesuai.
  4. Minumlah air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.
  5. Jangan sesekali bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan atau ketidakselesaan.
  6. Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat.
  7. Tidak merokok juga adalah amalan cara hidup sihat.
    1. Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok, termasuk karbon monoksida, nikotin dan tar.
    2. 63 jenis bahan kimia yang lain pula adalah penyebab kanser.
    3. Merokok adalah penyebab kepada lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut seperti serangan jantung, strok, kanser dan chronic bronchitis.
    4. Ibu-ibu hamil yang terdedah kepada asap rokok adalah berisiko untuk mendapat bayi pra matang atau kurang berat badan atau pun mati sewaktu dilahirkan.
    5. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok pula kerap mengalami batuk, selesema serta jangkitan pernafasan. Perkembangan otak dan paru-paru mereka juga lembab malahan mereka juga akan mengalami komplikasi kesihatan.
    6. Jika anda seorang perokok, berhentilah. Dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan ketagihan.

Cuba kaedah 10M berikut.

  1. Melengah untuk menyalakan rokok,
  2. Minum banyak air.
  3. Menarik nafas panjang,
  4. Membuat sesuatu,
  5. Menjauhi orang yang merokok,
  6. Mengunyah sesuatu,
  7. Membasuh tangan,
  8. Mandi dengan kerap,
  9. Melakukan senaman regangan,
  10. Memohon doa.

Cubalah dan nikmati faedah dan ganjaran untuk tidak merokok. Tangani stress untuk hidup yang sihat. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan stress. Matlamat yang tidak realistic, masalah keluarga, kerja rumah, masalah kewangan, kerja pejabat yang perlu disiapkan, hubungan tidak baik dengan rakan sekerja, persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai, hilang pekerjaan. Stress apabila berpanjangan, keterlaluan dan anda tidak mampu menanganinya boleh menjurus kepada kemarahan.

Kemarahan

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Jika anda mula hilang sabar, tinggalkan tempat tersebut dengan segera. Kawal kemarahan dan kurangkan stress. Mengaku yang anda sedang marah, bawa bertenang, tarik nafas panjang panjang dengan menggunakan otot abdomen anda. Tahan, lepaskan. Ulangi sebanyak 10 kali. Cuba cari punca kemarahan anda. Dengar pendapat orang lain. Jangan katakan sesuatu yang mungkin anda sesalkan kelak. Belajar memaafkan orang lain. Ketahui punca kemarahan seseorang dan cuba elakkannya. Lakukan perubahan sekarang. Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, jangan merokok, tangani stress.

Sayangi keluarga anda.

Promosi September, ESP kembali lagi

 

pROMOSEPTesp

Yuhuuuu. Kepada ,mereka-mereka yang suka kepada ESP Shaklee, bulan ini sekali lagi lagi Shaklee membuat promosi beli 6 PERCUMA 1. Sonya pengamal-pengamal Energizing Soy Protein atau nama ringkasnya ESP bolah lah mendapatkan ESP anda pada bulan ini. Jimat banyak nih.

 

4 Kebaikan Soy Protein Isolate Powder dalam ESP Shaklee 

Soy Protein Isolate Powder ddalah supplement tinggi protein yang dihasilkan dalam bentuk serbuk. Dimana komponen-komponen kacang soya diasingkan dan dipisahkan untuk mendapatkan 90% hingga 95% protein  dan selebihnya sebanyak 5% hingga 10% adalah karbohidrat, rendah lemak bebas kolestrol serta laktosa yang hampir menyamai kandungan protein sebenar dalam kacang soya. Tambahan Soy Protein Isolate Powder dalam ESP Shaklee Protein soya dalam ESP yang terdahulu adalah protein soya yang lengkap dengan 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan kini ESP dilengkapkan dengan Protein Isolate Powder yang rendah lemak dan karbohidrat membuatkan ESP Shaklee lebih isitmewa dan berkhasiat.

Keistimewaan Soy Protein Isolate Powder – ESPShaklee

  1. Rendah kalori sesuai untuk berdiet.
  2. Kaya dengan protein bagus untuk pembinaan otot
  3. Rendah karbohidrat
  4. Rendah lemak, ESP tidak mengandungi lemak tepu.

Kebaikan Tambahan Soy Protein Isolate Powder dalam  ESPShaklee

  1. Mencegah kehilangan ketumpatan dan mineral tulang
  2. Mengurangkan risiko kanser payudara
  3. Mengurangkan jumlah lemak badan dan lemak dibahagian abdomen
  4. Membina otot dan meningkatkan jisim otot

 

Siapa perlu ambil ESP Shaklee?

  1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
  2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis
  3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna
  4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas – penambah tenaga/energy booster
  5. Penghidap kencing manis
  6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit
  7. Orang yang alergik atau alahan.
  8. Wanita ingin menguruskan badan

Kebaikan dan Kelebihan ESP

  1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
  2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
  5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
  6. Memberi ton warna kulit yang sekata
  7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
  11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
  12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
  15. Membantu mengurangkan risiko kanser,
  16. Bertindak sebagai antioksidan,
  17. Menguatkan sistem imun tubuh,
  18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
  19. Memelihara kesihatan jantung
  20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
  24. Membantu merendahkan paras kolestrol,
  25. Mencegah osteoporosis
  26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
  27. Membantu menyembuhkan gastrik.
  28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
  29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
  30. Memudarkan parut
  31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
  32. ESP  untuk Kecantikan kulit dan rambut.

Perbezaan ESP dengan soya lain

  1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
  2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
  3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  4. 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  6. Rendah lemak, tanpa kolestrol
  7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

 

Sel badan kita terbetuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak lansung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga.

 

Sel–Tisu–Organ–Sistem

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani