Piala Malaysia 2015

Ok kali nih Roe nak update pasal Bola pulak… Yeahhh…Exited pulak tetiba.

Liga Perdana dan Liga Super pun dah berakhir, Tahniah kepada pasukan Kedah dan JDT sebab dah jadi Juara . So la nih semua akan tertumpu kepada Piala Malaysia pulak.

Piala Malaysia

Keputusan rasmi undian Piala Malaysia 2015 mengikut kumpulan. Perlawanan bola berprestij kini dimulakan dengan proses undian yang diadakan pada Khamis 27 Ogos 2015. Manakala perlawanan Piala Malaysia 2015 mengikut kumpulan akan membuka tirai mulai 11 September 2015. Berikut adalah keputusan rasmi undian Piala Malaysia 2015.

Jadual Siaran Langsung Perlawanan Piala Malaysia 2015

11 & 12 September 2015
Peringkat Kumpulan 1

18 & 19 September 2015
Peringkat Kumpulan 2

25 & 26 September 2015
Peringkat Kumpulan 3

2 & 3 Oktober 2015
Peringkat Kumpulan 4

16 & 17 Oktober 2015
Peringkat Kumpulan 5

27 & 28 Oktober 2015
Peringkat Kumpulan 6

Suku Akhir
6 & 7 November 2015
Peringkat Suku Akhir 1

21 & 21 November 2015
Peringkat Suku Akhir 2

Separuh Akhir
27 & 28 November 2015
Peringkat Separuh Akhir 1

4 & 5 Disember 2015
Peringkat Separuh Akhir 2

Akhir
Sabtu, 12 Disember 2015
Jejom kita berbolaa… GGOOOLLLLLL!!!!!

Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi

kulit kering

Jenis kulit wajah kering adalah jenis kulit yang terjadi kerana kelenjar minyak yang tidak berupaya untuk menghasilkan minyak untuk membantu menjaga kelembapan kulit. Antara gejala yang ditunjukkan dari kulit wajah yang kering adalah bersisik dan juga mengelupas.

Masalah kulit kering ni sebenarnya merimaskan. Bukan hanya boleh terjadi kepada golongan remaja tetapi dah semakin berusia pun boleh lagi dapat masalah kulit kering ni.

Kulit Wajah yang kering sering memang menjadi masalah yang sangat mengganggu kita kan… Mesti kita akan berasa sangat kurang keyakinan diri dan sering berasa kurang selesa dengan keadaan kulit muka kita yang kering dan kadang-kadang sampai menggelupas jadinya.

AWAS!Anda harus waspada kerana sekarang ini semakin banyak produk yang menggunakan bahan kimia untuk mengatasi kulit wajah kering. Bahan kimia yang digunakan tersebut sangat tidak elok untuk kulit muka kita. Adalah lebih baik kita menggunakan bahan yang semulajadi yakni yang tiada bahan kimia.

Penyebab Masalah Kulit Kering?

  • Faktor genetik
  • Diet yang tidak seimbang atau tidak berhati-hati mengambil makanan berkhasiat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Persekitaran (habuk, kotoran)
  • Pelbagai penyakit (sembelit, lemah fungsi hati untuk menyingkirkan toksid)
  • Stress (badan akan menghasilkan hormon androgen yang berlebihan yang juga menjadi sebab terhasilnya sebum yang berlebihan)
  • Selalu letih
  • Tidur yang tidak cukup
  • Penggunaan alat penjagaan muka atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit
  • Perubahan cuaca

Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Cara Mudah

Masalah kulit kering bukan sahaja membuatkan kita rendah diri, segan nak menghadapi orang lain, tetapi juga menjadi tempat terkumpulnya kotoran dan bakteria. Sebab itu jugalah orang yang mempunyai masalah kulit kering ini akan dapat pakej masalah berjerawat sekali. Maka sebab itulah pentingkan kita menjaga kebersihan diri.  Antara tips yang boleh diikuti;

  • Cuba elakkan menyentuh muka dengan menggunakan tangan sebelum dibersihkan (mungkin terdapat kotoran pada tangan anda)
  • Cuci muka 2 kali seharidengan air suam untuk membuka liang pori-pori dan gunakan pencuci muka yang lembut pada kulit anda, kemudian bilas dengan air sejuk (suhu biasa) untuk menutup kembali pori-pori muka.
  • Jaga pemakananyang berkhasiat, lebihkan buah-buahan dan sayuran hijau serta minum banyak air masak
  • Penting juga memilih produk penjagaan muka yang bersesuaian untuk memastikan masalah kulit berminyak terkawal.
  • Minum air suam 8-10 gelas dalam setiap hari dapat membekalkan bendalir yang mencukupi yang di perlukan oleh kulit muka untuk memastikan kelembapan berkekalan.
  • Untuk membantu memberikan kelembapan pada kulit yang kering, maka sebaiknya gunakanlah krim pelempab. Krim pelembab ini biasanya bekerja unutk membantu menarik air yang ada pada sekeliling kulit dan mampu membantu untuk mencegah agar tidaj terlalu banyak penguapan yang terjadi. Menjaga kulit wajah supaya kekal lembut dan lembab serta segar memerlukan faktor yang perlu kita perhatikan, misalnya sapuan krim pelembap yang mencukupi untuk seharian.
  • Mandi dengan meggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga menjadi penyebab kulit kering pada wajah. Sebaiknya gunakanlah sabun yang sesuai dengan tingkat kelembapan wajah kita.
  • Dan selain itu, untuk membuat kulit tidak kering, maka hindarilah sinar matahari dengan langsung dan hindari juga ruangan yang terlalu sejuk dengan suhu penghawa dingin yang tinggi.

 Atasi masalah kulit kering dengan Vitamin E Shaklee! 

Kita selalu dengar orang kata yang vitamin E adalah baik untuk kulit, tetapi kita jarang ambil tahu apa yang vitamin E ni buat pada kulit kita. Secara amnya, vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki struktur kulit kita.

 

Apa itu Antioksidan?

Antioksidan merupakan zat yang berfungsi untuk melindungi tubuh kita dari serangan radikal bebas. Radikal bebas pula merupakan molekul yang boleh merosakkan sel tubuh, menyebabkan kulit kering, kedutan dan garis-garis halus.

 

Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku.Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling kuat, tetapi badan kita tidak bolehmenghasilkannya. Ini bermakna kita perlu mendapatkan nutrien ini daripada diet harian kita.Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan pengambilan suplemen vitamin E bolehmembantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan sel-sel DNA.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

eyebag

Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih bukan.. Ok kali nih Roe nak sharekan pulak Tips nak hilangkan Lingkaran Gelap di bawa mata ataupun selalu orang gelar Mata Bear lah Eyebag lah.

 

Tips 1 : Minum air suam selalu

air suam

Amalan meminum air suam setiap hari amat lah penting. Cuba elakkan pengambilan ais. Bagi anda yang tak biasa,ataupun kurang gemar dengan air suam. anda boleh lah memulakan dengan cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Untuk kes eyebag ini, minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.

Tips 2 : Timun dan Tomato sebagai eyemask

cucumber-tomato-trans

Daripada anda buang lebihan tomato dan timun, baik anda gunakan untuk kecantikan. Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.

Tips 3 : Kulihat Hijau..(macam lagu lah pulak)

hijau

Bagi anda yang luangkan masa terlalu lama di hadapan komputer, tv a tau laptop, anda juga cenderung untuk mendapat lingkaran bawah mata ini tau. Ha selain lesu dan penat, paling membimbangkan adalah lingkaran bawah mata ini. Tapi kalau dah memang kerja hari hari mengadap komputer, bagaimana? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan permandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan. Kenapa? Kerana oxygen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputet, tv, alihkan pandangan anda. Ha.. macam Roe nih, kat pejabat nih kat atas meja ada pokok hijau… sejukk mata memandang taw. Eh jangan pula beli pokok plastic tau!

 

Tips 4 : Tidur yang secukupnya

sleeping-baby

Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat! Percayalah

Tips 5 : Eye roller atau eye cream

eye-cream

Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.

 

Tips 6 : Uncang teh sebagai penyejuk mata

tea bag

Setelah habis air teh yang kita minum pagi ataupun petang tuh,Jangan terus buang uncang teh nya, sebaliknya gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Ingin Roe ingatkan ada supaya jangan pula anda guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Karang dihurung semut pula. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Pasti anda rasa segar!

Tips 7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur

Walaupun minum air bagus, tetapi dinasihatkan supaya anda tidak minum 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata anda itu. Elakkan ya?

Jadi inilah yang Roe boleh kongsikan dengan pembaca tersayang. Diharap tips ini berguna untuk anda semua amalkan. Bukan tertumpu sahaja pada mereka yang mengejar hari bahagia, tapi juga untuk anda yang sibuk belajar, penat berjaga lewat malam study/jaga anak/kerja. Kunci paling utama adalah

“Kurangkan rungutan, tingkatkan usaha!” Tapi ingin Roe tekankan di sini, jika anda sudah dilahirkan begitu, jalan penyelesaian mungkin dengan melakukan laser. Tapi jangan risau, semua dilahirkan cantik sempurna. Banggalah dengan diri anda!

Semoga Berjaya!

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Senarai Harga Suppliment Shaklee

1.Senarai Lengkap Nutrisi

Bil Jenis Nutrisi Saiz Informasi Harga (RM)
SM S/S
1 Alfalfa (kecil) 330 tablet Mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Dikenali sebagai raja segala tumbuhan. 54 54
2 Alfalfa (besar) 700 tablet 98 98
3 B – Complex 120 tablet Mempunyai kesemua khasiat vitamin B termasuk asid folik, B12, B7 dan sebagainya. 54 54
4 Carotomax 30 tablet Gabungan alpha-carotene, beta-carotene,lutein,lycopene,zeaxanthin dan astaxantin untuk kesihatan mata, pertumbuhan tisu & kulit 74 74
5 GLA Complex 60 tablet Jawapan kepada masalah kitaran haid, darah tinggi, kolestrol, masalah wanita 92 92
6 Herb Lax 120 tablet Detox usus, Pelawasan Semulajadi 53 53
7 Garlic Complex 60 tablet Antibiotik secara semulajadi 48 48
8 Energizing Soy Protein (ESP) 850g Protein bukan-GMO. Lengkap dengan kesemua asid amino perlu. 150 150
9 Meal Shakes 544g Sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan 114 114
10 Lecithin 180 tablet Nutrisi penghantaran mesej ke system saraf dan otak serta mencairkan lemak. 53 53
11 Performance Drink 539g Mengembali tenaga segera dan kekal bagi menyokong hidrasi optimum. 83 83
12 Collagen Powder 15 sachet Serbuk kolagen berasal dari sisik ikan merah dan herba terpilih. 298 298
13 Advance Joint Health Tablet 60 tablet Gabungan tumbuhan untuk sendi yang sihat dan lebih baik. 124 124
14 Nutriferon 30 sachet Suplemen tunggal dicipta oleh Dr. Yasuhiko Kojima (pakar imun) untuk mempertingkat imunisasi tubuh. 182 182
15 Ostematrix 120 tablet Kalsium,vitamin D,magnesium untuk kekuatan tulang. 61 61
16 Omega Guard 90 tablet EPA dan DHA daripada ikan 136 136
17 Peppermint-Ginger 90 tablet Legakan gastrik, angin dan senak perut 45 45
18 Zinc Complex 120 tablet Kesuburan lelaki dan kesihatan rambut. 34 34
19 Vita E Complex 120 kapsul Vitamin cinta, kurangkan kolestrol dan anti-oksidan. 149 149
20 Vivix 150ml Antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi 475 475
21 Vitalea Iron Formula 120 tablet 28 jenis multivitamin lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum. 89 89
22 CoQ Health Shaklee 30 tablet Penawar Untuk Kesihatan Jantung. Juga penawar untuk kencing manis dan darah tinggi. 124 124
23 Vita C Sustained Released 500mg 180 tablet Vitamin C khas diserap secara berperingkat untuk kesihatan tubuh. 93 93
24 Chewable Vita-C 100mg 60 tablet Sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang susah untuk menelan tablet. 38 38
25 DTX Complex 90 tablet Tonik untuk hati 155 155

 

2.Senarai Lengkap ‘Healty Weight’

Bil Jenis Saiz Informasi Harga (RM)
SM S/S
1 Cinch™ Energy Tea Mix 28 sachet Memberikan rasa nyaman disamping meningkatkan tenaga secara semulajadi 131 131
2 Cinch Shake Mix Choc 765g Dipertingkat dengan Leucine™ untuk kekalkan otot semasa menurunkan berat badan. Penuh dengan dengan protein & serat. Penting membantu tubuh anda untuk rasa kenyang sentiasa. 173 173
3 Cinch Shake Mix Vanilla 765g
4 Cinch Shake Mix Latte 765g

 

3. Senarai Lengkap Penjagaan Harian (Dailycare)Senarai Lengkap Penjagaan Harian

Bil Jenis Saiz Informasi Harga (RM)
SM S/S
1 Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 50ml Krim siang 200 200
2 Gentle Deep Foaming Cleanser 150ml Pencuci muka 119 119
3 Overnight Renewal Whitening Cream 50g Krim malam 225 225
4 Soothing Radiance Whitening Softener 150ml Toner 138 138
5 Spot Whitening Treatment 10ml Hilangkan bintik 150 150
6 Gentle Action Makeup Remover 150ml Pembersih mekap 95 95
7 Daily Defense Whitening Essence 30ml Serum pemutih 231 231

 

4.Senarai Lengkap Penjagaan Kulit ‘Enfuselle’

Bil Jenis Saiz Informasi Harga (RM)
SM S/S
1 Purifying Cleansing Gel 177ml Bagi kulit berminyak 89 89
2 Hydrating Cleansing Lotion 177ml Bagi kulit normal dan kering 97 97
3 Purifying Toner 177ml Bagi kulit berminyak 79 79
4 Hydrating Toner 177ml Bagi kulit normal dan kering 79 79
5 Balancing Moisturizer 59ml Bagi kulit berminyak 84 84
6 Hydrating Moisturizer 48g Bagi kulit normal dan kering 98 98
7 Eye Treatment 14ml Untuk semua jenis kulit 53 53

 

5.Senarai Lengkap Penjagaan & Perapian Rambut ‘Prosante’

Bil Jenis Saiz Informasi Harga (RM)
SM S/S
1 Revitalizing Shampoo 296ml Melebatkan rambut dan melicinkan kutikel rambut 67 67
2 PurifyingShampoo 296ml Membersih secara total,membuang sisa produk fesyen rambut, mineral terkumpul dan bahan pencemar lain 63 63
3 Nourishing Scalp Treatment 59ml Melebat dan memperkuat akar rambut 94 94
4 Lightweight Conditioner 296ml Mengembalikan struktur rambut supaya rambut tampak lebih lebat dan bersinar 67 67
5 Replenishing Conditioner 296ml Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan mengelakkan rambut bercabang 68 68
6 Long Lasting Finishing Spray 237ml Gaya rambut kekal hebat berpanjangan 59 59

 

6.Senarai Lengkap ‘Get Clean’

Bil Jenis Saiz Informasi Harga (RM)
SM S/S
1 Get Clean® Water Pitcher 303 liter Sistem penurasan air mudah-alih dalam bentuk jag air. Multipaten terbaru yang menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. 460 460
2 Dish Wash Concentrate 473ml Tidak mengandungi bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate yang merengsa 28 28
3 Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate 473ml Pencuci dengan 1001 macam kegunaan 46 46
4 Soft Fabric Concentrate 946ml Ramuan semulajadi tanpa fosfat dan bahan pewarna 40 40
5 Fresh Laundry Concentrate (Serbuk) 2.49kg Hipoalergenik dan tanpa bahan kimia bahaya 80 80

Kos penghantaran :

SM – Semenanjung Malaysia- RM10.00

Sabah/Sarawak- RM20.00

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Sabar dan Redha Dalam Menghadapi Ujian

 

sabar

Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia.

 

Apabila Allah uji kita dengan fitnah/ ujian kesusahan, bagaimanakah caranya kita mahu menghadapi ujian ini?

 

Pertama sekali ialah sabar. Sabar dalam bahasa Arab membawa maksud ‘kurung’ atau ‘penjara’. Yakni bermaksud mengurung emosi dan nafsu kita.

 Sebagai contoh ada orang yang tertekan dan ingin terjun bangunan.Ada orang tidak mampu menahan tekanan rasa mahu menjerit. Adapula teori kaunseling mengatakan, menjerit dan meluahkan satu dari cara meredakan tekanan. Itu menurut teori psikologi moden.

Walhal Islam mengajarkan supaya wudhu, solat dua rokaat dan mengadu kepada Allah. Bukan menjerit.Adayang menjerit hu ha hu ha kerana tension. Adakah ini cara yang betul untuk menghilangkan tekanan?

Menurut Islam, tekanan ini diselesaikan dengan sabar. Itu sebab Allah menceritakan kelebihan-kelebihan orang yang sabar. Sebagai contoh,

“khabar gembira bagi orang yang sabar” (al-Baqarah, ayat 155).

 Manakala cirri-ciri orang yang sabar ialah redha seperti dalam firman Allah,

“Yakni orang-orang yang apabila ditimpah musibah, mereka berkata inna lillahi ilaihi rojiun.” (al-Baqarah, ayat 156) 

Maksudnya dia redha dengan apa yang menimpa. Oleh sebab itu, kita harus redha dengan dugaan dan ujian yang Allah timpakan kepada kita.

Kita selalu lihat apa yang berlaku di luarsana, ada ramai orang yang diuji lebih teruk daripada kita. Jangan kita lihat hanya diri kita semata-mata. Kemudian sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah.

Itu yang harus kita jadikan sebagai motivasi dan muhasabah.Kita selalu meminta dari Allah, namun tidak pernah memberikan ketaatan. Kita tidak akan dibantu oleh Allah seandainya kita tidak membantu agama Allah. Seperti firman Allah,

“Sekiranya kamu tolong agama Allah, nescaya Allah tolong kamu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Maksudnya bukan kita menolong Allah, sebaliknya menolong agama Allah. Caranya ialah dengan mentaati perintah Allah.Ini cara untuk melahirkan perasaan redha.

sabar1

Orang yang faham sabar dan redha ini ialah orang yang memahami taqkir Allah. Hanya orang yang tidak beriman kepada qada dan qadar tidak mampu untuk bersabar dan tak mampu untuk redha.

Berbicara tentang sabar, ia sering dikatakan sebagai satu sifat yang mudah disebut, payah untuk dilaksanakan. Ada benarnya, kerana kesabaran mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Maka itulah jelas kedudukan seseorang di sisi Allah, dan hampirnya seseorang hamba itu dengan Tuhannya adalah dengan menerusi nilai kesabaran yang ditunjukkan dengan akhlaknya, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]

Dan Allah Swt juga mengingatkan kejadian kita sebagai hambaNya dalam ayatNya “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah ayat 155]

Sesungguhnya dalam usaha menjadi orang yang Berjaya dunia dan akhirat adalah dengan belajar memperbaiki diri. Dan dalam memperbaiki diri mengatasi kelemahan menerusi dua perkara sabar dan menahan marah ini, keduanya memerlukan kepada kekuatan hati untuk dilaksanakan.

Maka Setelah selesai sesuatu amalan yang baik ucapkanlah Alhamdulilah. Memperbanyakkan ucapan ini kerana ia  melambangkan sifat sabar dan syukur kerana dihidayahkan Allah SWT untuk kita berubah kepada kebaikan dan membahagiakan diri dan pasangan. Semoga dipermudahkan setiap usaha kepada pengakhiran yang baik di dunia dan akhirat yang abadi.

Bahaya Ke Kolestrol Tinggi Dalam Badan Kita?

Tahu tak anda apa bahayanya kalau kolestrol dalam badan kita di paras yang tinggi?

Kolesterol-t

Kolestrol yang TERKUMPUL dalam darah jika tidak dikawal lama kelamaan akan membuatkan anda diserang tekanan darah tinggi. Jantung kita terpaksa bekerja dangan lebih keras untuk mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh kita. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah ini akan mengakibatkan aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila penimbunan lemak mula berlaku, Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan SERANGAN JANTUNG akan berlaku padaBILA-BILA MASA.

kolesterolla

Dan yang lagi SERAM, benda ni sume attack tanpa bagi petanda. Strok, Sakit jantung, Errrr…sume nih adalah silent killer!!!.TAKUT…

Tadi pagi customer saya kongsi keadaan suami dia dah start sakit dada sebab tu dia carikan suplemen untuk suaminya. (siapa tak sayang suami, yer tak). So saya advise la apa yang patut. Saya memang bukan doktor tapi saya pengedar Shaklee yang berilmu.

Pesanan saya buat semua rakan2 saya, kalau dah tahu kolestrol tu tinggi, TOLONG jangan amik remeh.

Selalu-Selalu lah check kadar kolestrol.

Amalkan gaya hidup sihat. Kerap bersenam,

Banyakkan pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C (Vitamin C perlu untuk kesihatan salur darah)

Kalau nak beli suplemen jenama Shaklee, saya syorkan beberapa seperti Omega Guard, Pytocol-ST, Lecitin, GLA, Vitamin C, Vitamin E, GLA, Vivix. (yang mana satu, ikut bajet)

notakaki: Kalau nak beli suplemen, dapatkan consultation dari pengedar yang tahu at least fungsi suplemen yang dijual, yang boleh bagi jadual makan, yang tahu produk yang bersesuaian.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Kulit Sentiasa Lembab

Tahukah anda sekiranya kulit anda kelihatan kering dan kusam, apakah petandanya? Adakah anda perlu minum air bergelen-gelen untuk memastikan kulit anda kembali lembab? Kalau macam itu, baik kita berendam jer dalam air kan, lagi senang kan.

Salah tau cara tuk, sebenarnya kita perlu melihat kemampuan kulit kita untuk menyerap air yang kita minum, kalau kulit kita dah tak mampu nak serap air, memang tak guna kita minum air. Sesia saja tau. Satu kerja pulak kita asik nak berulang alik ke toilet.

Jangan buat main2 kulit bagi signal kering ni. Kalau tidak, banyak masalah kulit yang akan datang, antaranya jerawat,kulit kasar, kesan penuaan,

So apa nak buat supaya kulit kita berupaya untuk ‘serap’ air?

BerVitamin lah jawapannya.

vivix25young8Jadikan VITAMIN sebagai teman baik anda (ambil vitamin B Complex yang lengkap dengan B3 dan B5, Vitamin C juga meningkatkan hidrasi.Pengambilan Vitalea 2 biji setiap hari membantu kulit ‘sihat dan cantik’. Top up dengan GLA dan Vivix lagi lah efek superpower best. Ambil Collagen powder pun triple bonus untuk kulit ‘serap’ air)

Kalau kita konsistent amek semua vitamin yang Roe senaikan tuh, perhh kompem kulit kita akan haluss mulus macam baby tauu…

TAPI…Banyaknyer vitamin nak amik? Sebab tu kena rujuk pengedar yang boleh bagi jadual dan cadangan vitamin utk kesan yang optimum.

 

Perasan tak, bila kita demam or sakit… Selera makan kita akan merudum.. Then jenuh ler inaninsan kesayangan kita memaksa kita makan gak, buatkan bubur, blikan air bagi tenaga lah kan…

Kenapa? sebab nak bagi tenaga kat kitakan…

Kerap jatuh sakit ni tandanya sel badan kita ‘sakit’ dan kurang sihat.

Sel badan kalau sihat, kita akan JARANG demam/jatuh sakit

Sonya cemana nak bagi sel ni sihat cukup tenaga?

Kalau saya, saya akan cadangkan anda konsisten ambil Vivix & ESP

Sebab vivix ni repair akar umbi punca banyak penyakit..Puncanya dari sel yang kurang sihat. Vivix ni direct tuju ke sel terus taw.Itu lah antara kehebatan Vivix nih.

Vivix ni bertindak dengan cara bagi tenaga kat sel tadi, repair DNA sel kita dan juga kurangkan AGE protein dlm badan kita..

Bila sel sihat,sel cantik,tu yang penyakit kurang datang. kita pun rasa cergas aje sentiasa.

Vivix bukan short term solution, bukan drug, bukan ubat segera, tapi long term. sebab dia rawat sel, punca segala penyakit.

Siapa yang dah makan Vivix dalam satu tempoh yang lama pulak, boleh notis satu badan dari hujung rambut ke hujung kaki nampak beza.

Cubalah sehari sesudu kecil & konsisten tiap hari. InsyaAllah, kesannya anda pasti akan setuju dengan tagline Vivix >>>FEEL 25 YEARS YOUNGER AND LIVE 25 YEARS LONGER

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber

Jangan tak tahu yer, Alfalfa Complex Shaklee ni bukan untuk wanita sahaja, bukan untuk ibu menyusu sahaja. Banyak khasiatnya. klik gambar dibawah

kelebihan alfalfa

Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Apa keistimewaan Alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan Alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

10 Tip dan Panduan untuk menjadi ibu bapa yang baik.

Dari Prof Muhaya

Salam semua..

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi ibu dan bapa yang baik….

Jejom kita sama-sama jadikan amalan….

wpid-komunikasi-keluarga

 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya #silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani