Punca dan Cara Mencegah Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

SetResdung

 Alfalfa Complex

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Cara Menghilangkan Bisul

Tetapi ada satu petua yang saya nak kongsikan apabila anda ditumbuhi bisul. Hasil carian saya, bawang putih merupakan antara petua orang dulu-dulu untuk mengubati bisul. Caranya, tumbuk bawang putih dan sapukan pada bisul. Tetapi, faham-fahamlah kepedihan yang terpaksa anda tanggung. Bukan sekali kena sapu tu. Banyak kali sehingga mata bisul tu pecah dan surut. Sanggupkah? Atau anda boleh juga memakan bawang putih secara mentah untuk mengubati bisul sehingga bisul tersebut surut dan hilang. Lagi sekali soalan saya, sanggupkah anda?

Alhamdulillah, Shaklee ada menghasilkan vitamin berasaskan bawang putih yang sememangnya terkenal sebagai antifungal dan antiseptik. Bermakna bawang putih atau GARLIC ini bukan sahaja berkesan untuk mengubati bisul, segala apa yang berkaitan kulat, yis candida atau virus lain. Andaikata anda seringkali mendapat penyakit bisul, kulat air atau sering gatal-gatal akibat kulat atau fungal, anda boleh mencuba Garlic sebagai antiseptik dan antibakteria semulajadi.

kulat air, fungal, bisul, garlic shaklee

Penghantaran segera sekiranya anda berada berdekatan dengan kawasan COD saya

Garlic bukan hanya membantu masalah bisul dan penyakit kulat sahaja, ada banyak lagi kebaikan Garlic yang bakal saya kongsikan di entry yang lain.

Tunggu yea….

Bagi anda yang sengsara akibat sering kali ditumbuhi bisul, redakan dan hapuskan akar bisul dengan kuasa bawang putih atau Garlic Shaklee. Anda boleh dapatkan garlic dengan hubungi saya seperti di bawah.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

 

Tips Elakkan Muntah Ketika Hamil

morning-sickness-239x300

Berikut adalah antara Tips untuk mengelakkan muntah ketika hamil:

  • legakan sebu perut dengan mengambil makanan atau minuman yang berasaskan halia. Anda boleh amalkan teh halia atau pun ayam masak halia yang dimakan bersama nasi panas
  • ketika terasa mual, hidu bau lemon atau buatkan jus lemon. Jus lemon boleh meneutralkan asid yang ada dalam perut
  • cuba makan makanan ringan seperti biskut atau sandwich selang dua jam. Perut anda perlu diisi dengan makanan supaya asid tidak meninggi yang boleh mencetuskan loya
  • makan makanan kegemaran anda sebaik sahaja bangun dari katil bagi membantu menyerap asid perut. Ia juga membantu mengawal tahap gula dalam darah daripada terlalu rendah
  • makan makanan berkhasiat yang boleh mengelakkan loya seperti mentega kacang, protein, roti atau pasta
  • elakkan mengambil makanan yang boleh mengakibatkan loya seperti berminyak, kafein atau makanan manis
  • minum sekurang-kurangnya 10 gelas air masak setiap hari bagi mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan dan untuk mengelakkan sembelit
  • anda boleh cuba mengunyah asam atau chewable vitamin C untuk menghilangkan rasa loya
  • elakkan mengambil minuman dengan banyak ketika makan
  • jauhi bau-bauan yang boleh menyebabkan anda muntah

Anda boleh cuba 10 tips yang dikongsikan sekiranya anda sering muntah ketika hamil.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Punca dan Pencegahan Kaki Kejang Ketika Hamil

leg-cramps

Rata-rata wwanita hamil sememangnya mengalami masalah yang satu ini. Yang membezakannya ialah kekerapan. Ada yang hampir setiap malam diserang, ada yang jarang-jarang sekali.

Ia disebabkan oleh asid terkumpul di serat betis yang menyebabkan otot betis anda menegang. Ia juga disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam darah. Apabila wanita hamil mempunyai kurang kalsium dan magnesium, bayi dalam kandungan terpaksa menarik nutrisi yang diperlukan daripada simpanan badan anda.

Lebih parah jika kandungan nutrisi yang tersimpan dalam badan tidak mencukupi untuk bayi anda. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu kekuatan fizikal dan otot serta tulang bayi anda akan terjejas.

Apa Nak Buat Apabila Diserang Kejang Kaki

Apabila malam anda diganggu dengan kaki kejang, pertama sekali yang anda perlu ingat supaya tidak melawan kesakitan itu. Sama juga seperti bersalin, apabila kita melawan kesakitan, otot-otot lain akan turut tegang dan merasa lebih sakit.

Oleh itu, anda perlu buat regangan dengan menegakkan kaki dan gerak-gerakkan tapak kaki anda. Ianya memang agak menyakitkan pada mulanya tetapi ia akan beransur hilang dalam tempoh yang sekejap. Anda boleh urut otot yang sakit itu sekiranya kesakitan masih dirasai.

Masa saya mula-mula kena dulu, memang agak terkejut. Saya akan meringkuk kesakitan sehinggakan pagi esok nak berjalan pun sakit. Sehinggalah satu malam saya diserang kekejangan lagi. Saya kejutkan suami dan beritahu kaki saya krem. Dia tarikkan kaki saya dan urutkan tapak kaki.

Alhamdulillah, sekejap sahaja sakit itu hilang walaupun masa suami tarik rasa macam nak menangis. Pagi esoknya juga saya dapat berjalan macam biasa, tidak seperti sebelum ini.

Cara Untuk Elak Daripada Kaki Kejang Ketika Hamil

Tentulah jika diberi pilihan, saya memang tidak mahu diserang kejang kaki ketika sedang enak tidur. Walaupun saya sudah ada cara untuk memastikan kesakitan tidak berpanjangan, tetapi saat diserang ketika dalam keadaan tidak sedar memang sangat membuatkan saya terkejut.

Macam kena kejutan elektrik tau sebab ia menyerang secara tiba-tiba.

Oleh kerana punca kejang kaki disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium, maka anda perlulah tambah nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian anda. Saya faham mungkin anda peminum susu tegar dan sudah pun mengambil pil kalsium dari klinik.

Tapi anda perlu faham, kejang kaki merupakan indicator atau isyarat bahawa anda tidak menyalurkan nutrisi selengkapnya pada bayi sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan anda. Ini juga membuatkan badan anda semakin lemah apabila kandungan semakin membesar.

Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.

Bahaya kan jika fizikal bayi terjejas hanya kerana kita kurang ambil berat tentang nutrisi secukupnya kepada bayi. Oleh itu, anda perlulah mencari suplemen yang bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil. Pilih suplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium seperti Ostematrix Shaklee. In shaa Allah, anda boleh elak daripada mengalami masalah kejang kaki.

Jika anda alami masalah kejang kaki, atau anda mempunyai rakan yang ada masalah sebegini cubalah ikhtiar supaya masalah tidak berpanjangan. Kita pastinya inginkan kesihatan yang terbaik buat diri sendiri dan anak dalam kandungan kan? Jangan abaikan indicator yang Allah hantar bahawa badan anda kekurangan nutrisi. Kesian pada baby.

Jaga pemakanan dan pastikan pengambilan nutrisi kehamilan sentiasa dijaga dengan baik.

Sila kongsikan artikel ini jika dirasakan ia dapat membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kejang kaki.

Petua Doa Di Perkenan Dari Rasulullah

muslimah-berdoa

 

Berikut adalah sembilan petua daripada Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mencapai keberkatan dan darjat doa mustajab : –

1. Anas Bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak “ .

2. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman : “ Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Klik untuk petua seterusnya..

3. Abu Hurairah R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah S.W.T. mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “.

4. Ibnu Abbas R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu ”.

5. Hadis Abu Hurairah R.A., Nabi S.AW. bersabda : ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ” Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan ”.

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang bangun pada waktu malam hari dan mengatakan solat atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. ” Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam ), solatnya akan diterima Allah S.W.T. ”.

7. Atha bin Abi Rabah juga berkata : ” Telah sampai padaku bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang membaca Surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan ”.

8. Hadis daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : ” Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : ” Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan ”.

9. Hadis daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda : ” Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah S.W.T., pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu ”.

Apapun harus diingat bahawa doa tanpa ikhtiar atau usaha tidak akan mendatangkan hasilnya. Selain dari petua di atas… banyak lagi syarat-syarat dan adab-adab berdoa yang perlu dipatuhi agar setiap doa itu diterima oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu merupakan senjata orang-orang yang beriman… Wallahu’alam.

Petua Turunkan Darah Tinggi

heartsoap

Sediakan satu batang pokok belimbing tanah. Rebus dan minum airnya dua kali sehari.

ATAU

Ambil satu mangkuk bulu jagung. Rebus bersama dua gelas air. Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih kurang satu gelas.

Minum air rebusan bulu jagung tersebut sebanyak 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti setiap hari. Jika diamalkan berpanjangan dengan izin Allah paras darah tinggi akan mula menurun.

ATAU

Ambil tujuh pelepah daun cermai. Rebus dengan satu liter air. Sebaik saja air mendidih cepat-cepat keluarkan daun tersebut.

Bila dah sejuk sedikit, minum air rebusan tu dua kali sehari. Cuba tanya doktor samada terdapat perbezaan, sebelum dan sesudah mengamalkan petua berkenaan.

ATAU

Ambil satu gelas air kelapa muda. Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau hingga sebati dan minum. Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menurunkan kembali paras darah tinggi.

ATAU

Amalkan makan dua ulas bawang putih setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya. Bawang putih tu perlu dibakar terlebih dahulu.

Satu cara lagi ialah ambil tiga ulas kecil bawang putih. Tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak. Kendian minum setiap hari selepas bersarapan. Amalkan setiap hari selama seminggu. Dikatakan hasilnya sangat berkesan, insyaAllah.

Cara Makan GLA Shaklee Untuk Hamil

Cara pemakanan GLA adalah bergantung kepada individu masing-masing. Setiap orang tak sama. Salah cara makan, mungkin tak mendatangkan hasil yang diinginkan. Ada yang hanya makan sebotol GLA, dah menampakkan hasilnya dan ada yang makan sampai 3-4 botol baru menampakkan hasilnya.

Secara Amnya,Pengambilan GLA Complex, untuk hamil ada caranya.

Jadi, jom kita cek, cara makan GLA Complex bagi mereka yang ingin hamil.

Belly of a pregnant woman with flower.

Tips adalah seperti berikut:

Shaklee GLA – Cara makan untuk hamil

——————————————————
(1) Period Teratur

Kira kitaran period.

Contoh: 28 hari / 2 = 14 hari.
Cara makan: ambik mulai hari pertama period hingga hari ke-14.

Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner.

Selepas hari ke 14 : Berhenti makan GLA sehinggalah haid seterusnya.

Bila haid lambat datang, haruslah segera cek kan? ;-)

(2) Period Tak Teratur
Cara makan: ambik sebiji selang 8 jam setiap hari, sehingga period menjadi teratur.
Bila period dah teratur, guna cara (1).

BERHENTI ambil GLA bila anda dah hamil ya!

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Tanda Tanda Kehamilan

pragnancy

Tahukah anda apakah antara tanda tanda kehamilan? Bagi yang baru berkahwin, tentu sekali tidak biasa dengan tanda-tanda mengandung. Kahwin awal, maka hamil muda? Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Selalu berlaku, doktor akan memberikan berita gembira yang tidak disangka-sangka!

Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Ada yang sudah beberapa minggu, malah beberapa bulan, tidak sedar bahawa dirinya mengandung. Apa-apapun, tidak kisah samada bakal dapat bayi kembar, anak lelaki atau anak perempuan, yang penting sihat!.

Mari kita lihat, apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:

1. Haid tidak datang

Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ‘miss’ beberapa hari, besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ‘pregnancy kit’. Usah tunggu lama-lama. Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Namun, bagi yang mempunyai haid tidak teratur, ia agak sukar untuk diagak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu berharap jika ada tanda tanda kehamilan ini. Jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.

2. Mual atau ‘morning sickness’

morning-sickness1

Kalau mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, ia juga satu petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal. Suami perlu bagi sokongan moral. Sedih sangat bila lihat isteri muntah-muntah di sinki.

Jika sudah ada tanda tanda kehamilan seperti ini, bila isteri termuntah, suami kena rajin tepuk-tepuk belakang isteri.

3. Payudara yang tegang dan sensitif

Tiba-tiba dapat rasa payudara agak bengkak. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘tender breasts’ atau ‘swollen breasts’. Tampak lebih besar dan berat dari biasa. Ibu yang bakal mengandung kena pastikan pakai bra yang dapat menampung payudara dengan selesa. Walaupun tanda tanda kehamilan ini bukan yang paling jelas, ia masih lagi satu petunjuk yang seseorang wanita itu hamil.

4. Sakit kepala

Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan’stress’. Peningkatan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan sakit kepala bila berubah kedudukan tempat duduk.

Bila ada tanda tanda kehamilan seperti ini, walaupun tidak tahan, elakkan dari mengambil ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor. Elakkan beli ubatan sendiri di farmasi. Lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu.

5. Rasa penat

Rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa. Ini juga berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah.  Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.

Suami jangan kata isteri mengada-ngada pula. Rasa penat itu sememangnya tanda tanda kehamilan.

6. Perubahan ‘mood’ yang ketara

Wanita hamil memiliki ‘mood’ yang mudah berubah. Suami kena tahan sahaja bila ini berlaku. Ini kerana sekejap ‘happy’ sekejap sedih. Silap-silap, suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku akibat perubahan hormon. Isteri anda hanya cuba menyesuaikan tubuh badan dengan kehadiran hormon baru.

Adakah tanda tanda mengandung ini akan kekal atau hilang? Biasanya, tanda tanda kehamilan ini akan hilang pada trimester 2. Apa yang penting, tidak kisah samada anak lelaki atau perempuan, kembar ataupun tidak, yang paling penting anak kita sihat. Pastikan jaga pemakanan seharian. Lebih baik jika makan makanan ibu mengandung menurut Islam.

Selamat menempuhi alam hamil dan keibuan yang cukup menyeronokkan ya ibu-ibu sekalian  ;)

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Fakta Mengenai VitaLea

vita2

 

fakta vitalea

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Bahaya kencing manis kepada Ibu Mengandung

Kencing manis ketika hamil amat berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu hamil jangan ambil mudah dengan paras gula ketika hamil. Perlu selalu buat pemantauan terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai sejarah keturunan yang mempunyai kencing manis. Ada juga ibu hamil yang mengidap kencing manis sebelum dia mengandung lagi.

TYPE-2-DIABETES-&-GESTATION

Kesan kencing manis kepada ibu hamil

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuhmaka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan kencing manis kepada bayi dalam kandungan

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah)dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari.
  • Boleh ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.

 Bagaimana kencing manis  ketika hamil terjadi?
Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, ibu hamil akan mendapat kencing manis.

Jejom amalkan diet yang sihat elakkan kencing manis ketika hamil.

Untuk kekal bertenaga ketika mengandung, amalkan pengambilan ESP Shaklee. ESP Shaklee ini memang bagus untuk ibu hamil. Selain memberi tenaga tambahan kepada ibu hamil, ia juga rendah kalori dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Apa itu ideks glisemik?
IMG-20150317-WA0006
Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah.  Makanan dengan indeks glikemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama. (sebab itu makan ESP semasa perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan)

Saya juga mengamalkan vitamin Shaklee yang membantu mengatasi gejala kencing manis ketika hamil. Dalam set ibu hamil Shaklee mengandungi vitamin yang membantu mengawal paras gula ibu hamil seperti:
B Complex

  • Membantu menukarkan gula kepada tenaga
  • Membantu mengurangkan keletihan
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B

Vitalea

  • Membantu dalam penghasilan insulin
  • Mengandungi 19 Vitamin dan Mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan ibu hamil

Ostematrix

  • Membekalkan Magnesium kepada ibu hamil (kekurangan mangnesium antara punca kencing manis)
  • Mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
  • Membekalkan kalsium magnesiam sepenuhnya bagi pembesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.

Mengelakkan makanan yang mempunyai karbo yang berlebihan. Lebihkan makan buah-buahan untuk dapatkan serat yang mencukupi. Peti ais saya memang sentiasa penuh dengan stok epal, limau, buah naga dan sebagainya. Tak rugi kita makan buah-buahan ni.

fruit
Ibu hamil perlu jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Lengkapkan diri dengan nutrisi yang secukupnya. Perlu pandai memilih makanan apa yang berkhasiat untuk kesihatan ibu mengandung. Saya memang mengamalkan Set Ibu Hamil Shaklee semasa hamil. Sudah 2 kali mengandung Shaklee menjadi peneman setia saya ketika mengandung. Alhamdulillah fasa kehamilan saya memang sangat indah, seronok dan ceria.

Selain itu ibu hamil kena sentiasa bersenam untuk sentiasa sihat dan cergas. Bersenamlah mengikut kesesuaian ibu hamil bersenam.

Kepada ibu hamil yang mengalami kencing manis ketika hamil atau masih lagi mencari-cari supplement tambahan untuk ibu hamil bolehlah menghubungi saya untuk dapatkan Shaklee. Insyallah saya akan beri konsultasi dan cadangan vitamin yang sesuai untuk uols.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi Saya Rohimaiza di 012 6584283