Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib?

Zakat, infak dan sedekah termasuk amal ibadah yang dianjurkan untuk dibayarkan dalam ajaran agama Islam. Ibadah tersebut dilakukan dengan cara memberikan sesuatu yang kita miliki yang membawa manfaat bagi orang lain. Masyarakat umumnya terkaburkan oleh tiga istilah tersebut sehingga sering menyamakan ketiganya sebagai sedekah biasa. Sebenarnya, apakah perbedaan zakat, infak dan sedekah?
Apa itu Zakat?
Pengertian zakat adalah mengambil sebagian harta dengan ketentuan tertentu untuk diberikan kepada kelompok tertentu. Menurut kewajiban melakukannya, zakat adalah amal ibadah yang wajib dijalankan oleh setiap muslim yang dikenai kewajiban membayar zakat dan diberikan kepada 8 golongan masyarakat. Sedangkan amal sedekah dan infak tidak wajibkan, hanya saja disunnahkan untuk dilakukan umat Islam.

Apa itu Infaq?

Menurut ahli fiqih, pengertian infak adalah semua jenis pembelanjaan seorang muslim untuk kepentingan diri sendiri, keluarga, maupun masyarakat.

Apa itu Sedekah?

Sedangkan sedekah adalah bentuk infak yang lebih khusus lagi, yaitu pembelanjaan yang dilakukan di jalan Allah. Bersedekah tidak harus berupa uang. Kita juga dapat melakukannya dengan cara berbagi pikiran yang berguna dan membantu dengan tenaga.

Perbedaan zakat, infak dan sedekah yang kedua adalah waktu pembayarannya. Kita dapat berinfak dan bersedekah kapan saja ketika memiliki kemampuan membayarnya. Sedangkan waktu pembayaran zakat hanya boleh dilakukan pada masa-masa tertentu saja. Zakat fitrah wajib dibayarkan selama bulan Ramadhan, lalu zakat maal dibayarkan ketika telah mencapai nisabnya dan dimiliki penuh selama setahun.

Zakat, infak dan sedekah merupakan amal ibadah yang memiliki peran penting dalam kesejahteraan umat, menjalin persaudaraan dan mewujudkan toleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan beramal, khususnya amal zakat, kita juga dapat membersihkan harta kita sehingga kekayaan yang kita miliki menjadi harta yang barokah. Mari berzakat, infak dan sedekah sesuai anjuran agama

Berjalan Baik Untuk Kesihatan

Ramai di kalangan masyarakat di Malaysia didapati sudah mulai sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan. Oleh itu, sekiranya kita berpeluang untuk mengunjungi taman-taman rekreasi pada waktu petang kita akan dapat melihat ramai orang yang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah sama ada berjalan, berjoging, atau bersenam dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan khas. Kini telah menjadi perkara biasa sekiranya kita melihat orang berjoging di lebuh raya, di tebing sungai, di tepi pantai, di laluan kereta api, dan sebagainya.

walking

Kenapa berjalan kaki baik untuk kesihatan? Jika sukar untuk anda berikan komitmen sepenuhnya kepada rutin senaman atau ke gimnasium, ada cara mudah untuk anda keluarkan peluh adalah dengan memaksimakan langkah iaitu semudah berjalan kaki.

Tambahkan masa berjalan dalam sehari seperti parking lebih jauh dari destinasi, naik turun tangga, ringankan tulang berjalan ke meja rakan sepejabat berbanding menelefon atau tawarkan diri untuk hantarkan pekeliling pejabat adalah antara cara mudah untuk lebihkan langkah.

Selain itu, jadikan rutin berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan dan ya berjalan keliling shopping mall juga boleh dikira (tetapi anda sukar berpeluh oleh kerana penghawa dingin). Jom kita tengok mengapa berjalan juga baik untuk kesihatan dan kebaikannya untuk tubuh secara keseluruhan.

Baik untuk otak

Berjalan meningkatkan kadar endorfin dalam otak, ia adalah kimia “gembira” yang boleh membuat anda rasa kurang stres dan hilangkan rasa lesu. Menurut laporan kajian di sebuah universiti, mereka yang kemurungan mendapati diri lebih tenang dan ceria hanya selepas berjalan santai selama 10 minit.

Baik untuk kulit

Seperti semua senaman kardio, berjalan membuatkan jantung aktif dan memperbaiki aliran darah. Jadi apabila aliran darah baik, kulit yang juga organ terbesar pada tubuh menerima darah yang kaya nutrien untuk kesihatan optimum.

Baik untuk jantung

Hanya 30 minit berjalan lebih dari tiga kali seminggu akan menurunkan tekanan darah. Rutin berjalan mampu untuk mengurangkan kebarangkalian penyakit jantung bagi wanita dan sama efektif dengan senaman harian.

Baik untuk tulang

Secara tidak langsung, berjalan menggalakkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Dan aktiviti berjalan turut membantu menguatkan sendi serta mengukuhkan saraf.

Baik untuk imunisasi

Dengan hanya berjalan selama 45 minit lima kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan demam selesema. Sesi berjalan yang menggalakkan aliran darah yang sihat membantu sel darah untuk melawan virus dan bakteria dengan lebih cepat dan berkesan.

 

Kelebihan Surah Al Khafi

Assalamualaikum,
alkahfi
Hai….Terima kasih kerana masih sudi melawat blog supernifz ini.

Didoakan anda semua sihat sejahtera dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sempena hari Jumaat yang penuh berkat, penghulu segala hari ini, nak share satu ilmu tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Sebenarnya, ini ilmu baru juga bagi Roe. Sebelum ni, sejak kecik lagi Roe dah biasa dengar yang kita elok baca Surah Yaasin malam Jumaat kan.

Tapi rupa-rupanya, ada Surah lain yang juga afdhal di baca hari Jumaat iaitu Surah Al-Kahfi.

Jejom kita jadikan amalan.

Al-Kahfi-1-10-+Awal

 

 

Terjemahan :

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi: 1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (Al-Kahfi: 2)

 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.(Al-Kahfi: 3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”. (Al-Kahfi: 4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi: 5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi: 6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi: 7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi: 8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi: 9) 

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”. (Al-Kahfi:10)

==================================================================

Kesimpulannya, kalau anda ada masalah nak bace sampai habis, jangan expect untuk habiskan baca semua pada masa yang sama. Nanti kita rasa STRESS dan susah nak konsisten!!

Tapi kita boleh mulakan dari malam Jumaat dan sambung baca sikit-sikit. InsyaAllah, lama-lama pasti habis.

Roe harap tip simple ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang menghadapi masalah nak perabihkan, terutama ibu-ibu yang sangat sibuk dengan urusan seharian dan anak-anak.

Roe sendiri pun masih banyak perlu belajar dalam memperbaiki amalan diri sendiri.

Jom sama-sama kita berdoa agar Allah bantu kita semua untuk konsisten dengan amalan ini sehingga ke akhir hayat. Amin.

 

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online

Nak berbisnes dari rumah, tapi anak ramai. Dah lah tuh, abih semua gadget-gadget kita depa dok “kongker” haduih macam mana nak update blog, Sharing info dalam FB, reply message customer kalau dah macam ini,

kidwithgadget

Nak kerjakan rumah lagi, hal anak-anak lagi. Nak bisnes lagi? Ish..macam tak boleh jek.

Macam mana lah agaknya orang-orang yang berjaya dalam bisness online nih buat untuk handle anak2 yang macam nih ek?

Jejoms kita tengok jawapannya yang di kongsikan oleh Puan Lyna Noh nih.

 

Alhamdullilah, begitu rupanya cara Puan Lyna Noh kita nih handle anak-anak. Memang nak kena ikotkan nih, manalah tahukan selepas ini, saya pulak boleh jadi macam Puan Lyna nih kan, jadi WAHM yang berjaya .   :lol:

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

 

Atasi Sembelit Kanak-Kanak dengan Shaklee

sembelit

Pernah tak anak-anak anda mengalami masalah sembelit? Kadang-kadang sampai 2 ke 3 hari masih tidak membuang…atau mengalami maslah sembelit… Lebih membimbangkan ialah kanak-kanak terutama yang masih bayi atau baru berumur setahun tidak pandai mengadu untuk memberitahu ketidakselesaan yang dihadapi.

Macam orang dewasa juga, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. Bayi yang diberikan susu badan akan  buang air setiap kali selepas disusukan atau sekali dalam masa tujuh hingga 10 hari.

Namun biasanya bayi yang diberi susu badan buang air sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hingga tiga hari. Mengenai kekerasan najis, anda hanya perlu bimbang jika ia menyebabkan anak mengalami masalah untuk buang air.

Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak khususnya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman  buang air yang menyakitkan.

.Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut :

  1. Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
  2. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.

Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.

Sembelit boleh menyebabkan :

  • Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
  • Rasa tidak selesa.
  • Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
  • Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).

Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan :

  • Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.

Sebab terjadinya sembelit :

  • Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
  • Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
  • Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.

Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam MEALSHAKE:)

meal shakesMeal Shakes mengandungi fiber. Jadi ia dapat membantu dalam pelawasan. Walau bagaimanapun, ia perlu disertai dengan pengambilan air masak yang banyak. Jadi, pastikan anak anda ambil air masak yang banyak ya…

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Masalah Sembelit Kanak-Kanak

 

 

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis

Sembelit juga menyebabkan terganggunya sistem pencernaan yang turut dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan kurang atau sukar membuang air besar.

Treating-diarrhea-in-children

Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan susu yang berlebihan, kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur atau kurang minum air putih. Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan kotoran najis.

 TIP MUDAH

  • Makan makanan yang kaya dengan serat
  • Minum air putih dengan banyak.
  • Kurangkan makanan segera.
  • Penyediaan makanan dengan cara yang bersih.
  • Basuh tangan sebelum makan dan minum.

Sukar untuk bagi anak-anak ikuti tip mudah diatas?? apa kata cuba Meal Shake Shaklee ni… Bukan saja untuk sembelit…malah lagi banyak khasiat yang anak-anak anda boleh dapat.

Ye Tetap sekali…..MEALSHAKE  dari Shaklee…mengandungi nutrin-nutrin penting yang sangat berkhasiat untuk Pekembangan Kesihatan meraka..

Nak tahu tak Khasiat sebenar MEALSHAKE..??? Klik sini k

meal shakes

xBerminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

 iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus

Kali nih Roe nak sharekan pasal iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus aaa… memang cun golos aa phone nih…

Jejoms kita jamu mata jomm…

Slide1

Dua telefon pintar baru dibawah keluarga iPhone, iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci.

Kedua-dua model telefon pintar ini hadir dengan sokongan paparan Retina HD, dan dikatakan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Apple turut menekankan mengatakan mereka membawakan skrin paparan yang tercantik pada iPhone, dan ia dikuatkan dengan ketahanan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Slide2

Slide3

Dari segi resolusi skrin, iPhone 6 membawakan papran resolusi 1334×750 pixel, sementara iPhone 6 Plus pula membawakan paparan 1080p.

Slide4

Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini. Memandangkan iPhone 6 Plus membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi, pihak Apple turut menawarkan paparan secara melintang untuk peranti tersebut.

Slide5

Slide6

Kedua-dua peranti ini juga dijana menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 – menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas, dan grafik lebih 50% laju. Untuk melengkapkannya, pihak Apple turut mengumumkan Metal untuk pembangun – membolehkan mereka hadir dengan pelbagai permainan pada grafik tinggi untuk iPhone 6.

Pihak Apple turut dilihat membawakan pengoptimasian dari segi penggunaan tenaga melalui iOS 8 untuk iPhone 6 ini. Mereka mengatakan iPhone 6 lebih efisyen dalam menggunakan tenaga bateri berbanding sebelumnya.

Melengkapkan pemprosesan pada iPhone 6 ini adalah penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya. Kedua-dua ini dilihat akan membantu pengguna dalam memantau aktiviti kecergasan mereka dengan mudah menggunakan iPhone 6.

iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus ini turut akan hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini. Pihak Apple turut melengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.

Bahagian kamera pada iPhone 6 turut dinaik-taraf, dimana kini iamenyertakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture – untuk rakaman gambar yang lebih cantik berbanding sebelumnya. Melengkapkannya, pihak Apple turut mengatakan ia hadir dengan Focus Pixel untuk iPhone 6 memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.

Slide7

Kamera hadapan turut ditambah baik dengan sokongan pengecaman wajah, dan kini ia menyertakan sensor baru dengan ƒ/2.2 aperture – sekaligus membolehkan lebih 80% cahaya dirakamkan bersama-sama gambar selfie anda. Fungsi Burst Selfie turut disertakan untuk membolehkan lebih 10 gambar selfie dirakamkan menggunakan kamera hadapan dengan mudah – sekaligus membolehkan anda memilih gambar yang menarik untuk anda.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, iPhone 6 akan hadir dengan pelbagai fungsi baru melalui penggunaan iOS 8, termasuk sokongan notifikasi daripada pihak ketiga yang lebih baik, papan kekunci yang diberikan nafas baru dan sebagainya.

iPhone 6 akan ditawarkan di beberapa negara terpilih bermula 19 September ini. Negara terdekat dengan Malaysia yang akan menerimanya adalah Singapura pada tarikh tersebut.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu putih, hitam, dan juga berwarna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C.

Slide8

 

Wah.. memang menarikkan iPhone 6 & 6+ nih… Kompem lawa giklos gambar2nya…

Memang phone idaman Roe nih… Kalau lah dapat, mau 7 hari 7 malam tak abih godek nih…akakakak…

Doakan Roe dapat memiliki phone nih ya.. ;)

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

 

Cara Elakkan Penyakit dan Sembuh Mengikut Sunnah Rasullullah (saw)

sabarsolattenang

CARA-cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit, seperti yang dipetik dari sebuah buku.

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf: 179).

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata,’ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini’

Tambahnya dengan nada tegas,’Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran.’

Jejom kita layan video nih sebagai salah datu cara untuk muhasabah diri

Cara Nak Jadi Orang Yang BERBAKAT

 

Biasa kita dengar bahawa orang mengatakan seseorang itu berbakat dalam sesuatu bidang, contohnya dalam bidang seni nyanyian, seni lukis, seni ukir dan sebagainya. Tetapi adakah orang tertentu sahaja yang dikurniakan oleh Allah S.w.t bakat tersebut? Dan adakah bakat itu semata-mata telah ada pada pada diri seseorang tanpa dia berusaha untuk mempunyainya? Dan adakah bakat itu hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu dan orang lain tidak berpeluang memilikinya?

talent_4

Seperti yang di kongsikan oleh Puan Lyna Noh di video di atas, disebalik setiap bakat yang ada, terdapat cerita jatuh dan bangunnya. Dari situ lah Bakat kita di gilap perlahan-lahan dan semua orang akan mulai menilai dan memandang kita sebagai seorang yang berbakat.

Ingat ye Bakat nih seperti Iman, Ia tidak di warisi k.

MULA… KONSISTEN …JANGAN PUTUS ASA…

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani